mendapat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Aug 2021 07:47:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mendapat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif untuk membangun infrastruktur telekomunikasi https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/#comments Mon, 09 Aug 2021 07:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4352
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan perjanjian yang ditandatangani pada Isnin, bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menandatangani perjanjian itu
bagi pihak kerajaan negeri manakala Qhazanah Sabah diwakili oleh Ghazallie Ansing yang juga
Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) iaitu anak syarikat milik penuh Qhazanah.

Hajiji berkata dengan perkembangan ini, kerajaan negeri menyasarkan untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet dengan kemudahan telekomunikasi yang sangat diperlukan, terutama sekali di kawasan luar bandar.

Katanya, melalui CTTSB, kerajaan negeri akan menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan sebanyak 400 yang baru di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Manakala, CTTSB adalah salah satu pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia.

Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Rusdin Riman, Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah, Mohd Shukor Abdul Mumin, Ketua Pegawai Eksekutif Qhazanah Sabah, Ahmad Rizal Dahli dan Ketua Pegawai Eksekutif CTTSB, Mikail Sungiau Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/qhazanah-sabah-mendapat-hak-eksklusif-untuk-membangun-infrastruktur-telekomunikasi/feed/ 1 4352
Program ‘STEM Speaker Series’ Mendapat Sambutan Pelbagai Lapisan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/#respond Fri, 11 Jun 2021 08:09:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1026
Read Time:1 Minute, 43 Second

11 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Sempena dengan “Virtual Ocean Celebration 2021” yang telah dilancarkan pada 08 Jun lalu, mendapat sambutan menggalakkan dan minat daripada pelajar sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti di seluruh Sabah.

Program ‘Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Speaker Series’ ini adalah anjuran bersama U-Science UMS dan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilancarkan melalui platform Youtube Live pada 10 Jun 2021.

Terdapat beberapa siri ‘STEM Speaker Series’ yang akan berjalan sepanjang bulan Jun 2021 ini yang bertemakan ‘Sains Marin’.

Satu topik menarik bertajuk “20 Fun Facts about Fish”yang telah dibawa oleh Pensyarah dan Penyelidik IPBM,UMS, Profesor Madya Dr Faihanna Ching Fui Fui, sangat mendapat perhatian dan amat digemari oleh pelbagai lapisan umur peserta yang hadir semasa program secara maya itu berlangsung.

“Para peserta daripada pelajar sekolah, guru dan ibu bapa boleh menghadiri sesi-sesi berkenaan melalui saluran Youtube Pusat UScience UMS dari masa ke semasa”, kata Dr Faihanna Ching ketika dihubungi pihak media.

“STEM speaker series yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memupuk minat masyarakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Modul-modul perkongsian daripada ahli-ahli akademik UMS adalah berteraskan pembelajaran topik-topik dalam bidang STEM yang menarik dan unik, ia selaras dengan intipati matlamat U-Science UMS yang bertujuan untuk menarik minat para pelajar sekolah untuk menceburi bidang STEM dan memupuk minat komuniti untuk membudayakan STEM dalam aplikasi harian,” tambahnya.

STEM Speaker series dalam sains marin juga telah mendapat perhatian bagi sesi sebelum ini yang bertajuk “Voices of the Sea” yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Juanita Joseph pada 27 Mei 2021 yang lalu.

Program berkenaan merupakan program julung kali bagi STEM Speaker Series dan telah diterima baik oleh para pelajar dan guru-guru dalam usaha memberikan impak kepada komuniti melalui pembelajaran informal secara digital, secara tidak langsung boleh memupuk pembudayaan STEM di kalangan masyarakat.

Dalam program ini, para pelajar berpeluang untuk mengutarakan pelbagai persoalan yang berkenaan kepada pihak penceramah sekaligus dapat memupuk minat mereka melalui penyampaian pembelajaran informal yang disampaikan dengan kaedah yang menyeronokkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/feed/ 0 1026