Menembak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Apr 2026 04:28:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menembak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program menembak bersama TYT perkukuh hubungan strategik pimpinan negeri, pasukan keselamatan https://sabahmedia.com/2026/04/13/program-menembak-bersama-tyt-perkukuh-hubungan-strategik-pimpinan-negeri-pasukan-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2026/04/13/program-menembak-bersama-tyt-perkukuh-hubungan-strategik-pimpinan-negeri-pasukan-keselamatan/#respond Mon, 13 Apr 2026 04:28:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94765
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Acara menembak bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 menjadi platform memperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan tertinggi negeri dan pasukan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, program itu bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan kepimpinan negeri.

“Program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk semangat setiakawan, disiplin serta ketangkasan dalam kalangan pasukan keselamatan.

“Selain itu, ia juga satu penghormatan besar kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Tun Musa selaku Yang di-Pertua Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program yang berlangsung di Lapang Sasar Tertutup, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini.

Sementara itu, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris muncul johan kategori 15 meter dengan markah penuh 100 mata, manakala Datuk Limus Jury menjuarai kategori 25 meter dengan 73 mata.

Tun Musa turut menerima Anugerah Penembak Terbaik pada program sulung berkenaan.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/13/program-menembak-bersama-tyt-perkukuh-hubungan-strategik-pimpinan-negeri-pasukan-keselamatan/feed/ 0 94765
SSA raih tempat kedua IPSC kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/10/15/ssa-raih-tempat-kedua-ipsc-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/ssa-raih-tempat-kedua-ipsc-kebangsaan/#respond Wed, 15 Oct 2025 02:27:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83310
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Pasukan menembak Sabah Shooting Association (SSA) semakin menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih tempat kedua kategori Production dalam Kejohanan Menembak IPSC Piala DSS 2025 Level 2 yang berlangsung baru-baru ini di Putrajaya.

Ketua Pasukan, Jeson Yong berkata, kejayaan ini adalah bukti bahawa pasukan menembak dari Sabah mampu bersaing dengan pasukan elit agensi keselamatan seperti Gerup Gerak Khas (GGK) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami sangat bangga kerana telah memecahkan dominasi pasukan keselamatan dalam kejohanan ini, dan ia menunjukkan bahawa penembak-penembak dari kelab swasta juga berpotensi besar,” katanya.

Namun, Jeson mengakui perjalanan mereka tidak mudah apabila menghadapi cabaran besar seperti reka bentuk litar menembak yang sangat taktikal dan memerlukan teknik tinggi termasuk penggunaan tangan bukan dominan (weak hand).

“Kami terpaksa membuat persiapan rapi dari segi latihan dan mental, selain menanggung kos sendiri untuk menyertai pertandingan ini,” tambahnya.

Selain kejayaan berpasukan, Jeson juga meraih tempat ketiga dalam kategori individu di kejohanan LEIOS IPSC Open awal tahun ini, memperkukuh reputasinya sebagai penembak terkemuka Sabah.

Jeson berharap agar lebih ramai penembak Sabah mendapat peluang bertanding di luar negeri bagi menimba pengalaman dan meningkatkan kemahiran mereka.

Beliau juga menyambut baik cadangan untuk menganjurkan kejohanan IPSC Level 2 di Sabah tahun depan.

“Kami mahu membangunkan sukan menembak di Sabah agar lebih kompetitif dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 121 penembak dari seluruh negara, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap sukan menembak sukan lasak ini.

Pasukan SSA terdiri daripada Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Azlin Mohi dan Azlina Azizan, masing-masing memberi sumbangan penting dalam kejayaan pasukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/ssa-raih-tempat-kedua-ipsc-kebangsaan/feed/ 0 83310
Briana raih gangsa walau beraksi dengan senjata pinjam https://sabahmedia.com/2025/10/06/briana-raih-gangsa-walau-beraksi-dengan-senjata-pinjam/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/briana-raih-gangsa-walau-beraksi-dengan-senjata-pinjam/#respond Mon, 06 Oct 2025 07:12:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82635
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Beraksi dengan ‘senjata pinjam’ bukan penghalang buat penembak muda Sabah, Briana June Daya, menyerlah di pentas kebangsaan.

Atlet berusia 19 tahun dari Penampang itu meraih pingat gangsa dalam acara 50 meter Rifle Prone Women Junior pada Kejohanan SportExcel/NSC/MILO/NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2025 yang berlangsung di Subang, Selangor, baru-baru ini.

Kejayaan tersebut turut melakar sejarah tersendiri buat Persatuan Menembak Sabah (SSA) apabila Briana menghadiahkan pingat pertama negeri dalam kategori berkenaan.

“Saya berasa amat gembira kerana segala usaha dan latihan akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Menurut Briana, dia melakukan latihan secara ‘endurance’ seperti kekal dalam posisi meniarap (prone) sekurang-kurangnya selama satu jam untuk 70 kali ‘dry fire’.

“Untuk kejohanan kali ini, kami terpaksa meminjam senjata daripada Persatuan Menembak Selangor dan membuat penyesuaian secara ‘on the spot’ setibanya di lokasi pertandingan,” jelasnya.

Briana berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk memperbaiki prestasi dan memecahkan rekod kebangsaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Menembak Sabah, Dennis Ejoh, berkata pencapaian Briana membuktikan bahawa atlet muda negeri ini mempunyai potensi besar walaupun berdepan kekangan kemudahan.

“Kejayaan ini mampu membakar semangat atlet lain untuk menggandakan usaha dalam menguasai seni menembak bagi acara jarak 50 meter,” katanya.

Sebanyak 22 penembak daripada lima pasukan berentap dalam kategori itu, yang menyaksikan penembak dari Perak, Nurul Ain Murad, muncul juara diikuti rakan sepasukannya, Ainul Mardhiah Mohd Yusri, pada kejohanan berprestij merebut Piala NSAM Ally T.H. Ong 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/briana-raih-gangsa-walau-beraksi-dengan-senjata-pinjam/feed/ 0 82635
52 peserta sertai ujian kemahiran menembak https://sabahmedia.com/2025/04/29/52-peserta-sertai-ujian-kemahiran-menembak/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/52-peserta-sertai-ujian-kemahiran-menembak/#respond Tue, 29 Apr 2025 02:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72868
Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Seramai 52 peserta daripada pelbagai agensi penguat kuasa dan sektor awam mengambil bahagian dalam Ujian Kemahiran Menembak yang diadakan selama dua hari berakhir di sini Ahad lalu.

Ujian kemahiran sempena Kejohanan Menembak Piala Pengarah Imigresen Sabah 2025 yang dianjurkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dan Persatuan Menembak Sabah (SSA) itu berlangsung di Lapang Sasar SSA Lok Kawi.

Acara ini disertai oleh anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Turut menyertai Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Bantuan Sutera Harbour, serta penyertaan awam.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia, Negeri Sabah (Kawalan) Garry Belayong Anak John Siki bagi mewakili Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Program ini bukan sahaja menguji ketepatan dan kemahiran menembak para peserta, malah mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi penguatkuasa di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/52-peserta-sertai-ujian-kemahiran-menembak/feed/ 0 72868