Menentu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Jan 2022 01:38:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menentu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perancangan Yang Betul Penting Untuk Atasi Banjir Kerana Keadaan Cuaca Tidak Menentu – Maximus https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/#respond Tue, 04 Jan 2022 01:38:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10684
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Perancangan yang betul adalah penting untuk mengatasi banjir oleh kerana keadaan cuaca tidak menentu pada ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keadaan cuaca sangat tidak menentu sekarang menyukarkan sebarang perancangan tebatan banjir malah tidak boleh hanya bergantung kepada data lepas kerana jumlahnya mungkin telah berubah selain statistik juga turut berbeza setiap masa seperti jumlah mangsa banjir dan bantuan yang diperlukan serta kerugian yang dihadapi.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu menjelaskan bahawa adalah baik membuat perancangan yang betul seperti anggaran perbelanjaan yang berkemungkinan disebabkan kerosakan infrastruktur asas, serta tindakan susulan untuk membersihkan jalan, saliran dan bekalan air serta elektrik.

Bagaimanapun katanya, ia adalah usaha bersepadu semua, daripada pejabat daerah sehinggalah kepada semua agensi berkaitan.

“Kita mesti berkongsi tarikh dan maklumat, terutama yang memberi kesan kepada rakyat, supaya perancangan bandar yang baik dan bantuan sewajarnya dapat dihulurkan kepada golongan terjejas dengan segera.

“Kita tidak boleh berlengah-lengah dalam menangani kehidupan seseorang. Kita mesti pastikan mereka yang ditempatkan sementara di pusat pemindahan mempunyai keperluan asas,” katanya.

Setakat hari ini, Kota Marudu merupakan antara daerah dengan jumlah mangsa banjir tertinggi, dengan 2,682 orang daripada 1,015 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita memerlukan lebih banyak khemah bantuan bencana, lebih daripada sebelum ini. Bayangkan, salah satu pusat pemindahan di sini menempatkan 42 keluarga,” katanya selepas melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Ranau, di sini, semalam.

Justeru, beliau menambah, kerajaan negeri Sabah mampu menghadapi ancaman seperti banjir yang melanda negeri ini, hasil hubungan antara agensi yang erat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi keselamatan lain.

“Selain perancangan dalam tebatan banjir, bahawa sumber kewangan yang mencukupi juga penting, terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan.

“Prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati juga terpakai dalam kawalan tebatan banjir,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa adalah lebih baik untuk membelanjakan kos pembinaan infrastruktur sekarang daripada menangguhkannya kerana kos perbelanjaan akan lebih mahal sekiranya berlaku bencana akibat perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/perancangan-yang-betul-penting-untuk-atasi-banjir-kerana-keadaan-cuaca-tidak-menentu-maximus/feed/ 0 10684
Bung Arah PKOB Siap Sedia Berikutan Cuaca Tidak Menentu https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/#respond Mon, 03 Jan 2022 08:55:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10659
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan diaktifkan 24 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Beliau berkata, ianya penting bagi memastikan segala persiapan dapat dirangka lebih awal sekaligus memastikan kelancaran operasi bersama agensi serta jabatan kerajaan berkaitan terutama dalam usaha membantu dan menyelamat.

Jelas beliau, ia juga bertujuan mengelak daripada timbul sebarang isu kelewatan gerakan operasi yang akhirnya hanya akan memberi kesan terhadap usaha-usaha menyelamat penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

“Saya minta seluruh PKOB di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan supaya melaksanakan persiapan awal dan rapi bagi memastikan perjalanan operasi berjalan dengan lancar.

“Perancangan yang rapi dan teratur dapat memastikan semua petugas serta aset-aset berkaitan dapat digerakkan bersama semasa operasi dijalankan sekaligus mengelak daripada sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini, hasil jalinan kerjasama padu semua pihak, ” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut mengarahkan semua jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah masing-masing supaya memantau infrastruktur dibawah seliaan mereka berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Katanya, jalan raya yang berisiko termasuk bahagian cerun perlu dipantau bagi memastikan ianya selamat digunakan oleh pengguna dan sekiranya terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, jurutera perlu memaklumkan ke pihak kementerian untuk tindakan lanjut.

Tambah Bung, mana-mana kawasan yang berisiko haruslah diletakkan papan tanda amaran bagi memastikan pengguna jalan raya peka dan lebih berhati-hati di kawasan tersebut bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Beliau turut menasihati pengguna supaya tidak mengambil sebarang risiko terutama bagi kenderaan kecil untuk meredah air banjir walaupun kelihatan tidak deras kerana apa-apa kemungkinan boleh berlaku dalam sekelip mata.

” Pihak JKR akan sentiasa mengemaskini kedudukan keadaan jalanraya cerun dan jambatan yang terjejas dengan keadaan banjir yang berlaku sekarang,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/feed/ 0 10659