Menerima – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 Apr 2022 06:47:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menerima – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengguna Perlu Berhati-hati Ketika Menerima Panggilan Telefon Daripada ‘Scammer’ https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/#respond Tue, 05 Apr 2022 06:47:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13926
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh sindiket scammer khususnya yang menggunakan nama penguat kuasa seperti polis, kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, akhir-akhir ini ramai yang mudah percaya dan akhirnya terperangkap dengan panggilan-panggilan palsu yang dibuat oleh kumpulan penipuan.

Menurut beliau, orang ramai perlu faham bahawa penguat kuasa tidak membuat siasatan melalui panggilan telefon, sebaliknya meminta individu berkenaan hadir ke balai polis atau pejabat LHDN.

“Mereka ini membuat panggilan dengan membuat pelbagai dakwaan seperti ada cukai tertunggak, nama digunakan untuk pinjaman bank, akaun bank diguna untuk aktiviti dadah dan pengubahan wang haram.

“Jangan sesekali percaya dengan panggilan seperti ini sebaliknya tamatkan perbualan dan telefon ke balai berdekatan atau bank yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak boleh meminta butiran akaun bank, nombor pin dan apa sahaja maklumat berkaitan perbankan daripada orang ramai melalui panggilan telefon atau teks mesej.

Menyentuh perkara lain, beliau berkata, pengguna juga  perlu bijak mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.

“Pembelian depan mata pun ramai yang tertipu, inikan pula online, kedai pun tak ada. Jadi macam mana?

“Di sebalik obses ada segelintir pengguna membeli menggunakan platform online, mereka (pengguna) perlu lebih berhati-hati dan berani menggunakan hak pengguna sekiranya tertipu,” katanya.

David berkata, antara penipuan jual beli online yang sering berlaku termasuklah mutu kualiti produk yang tidak sama seperti diiklankan, selain pengguna tidak menerima barangan dijanjikan selepas selesai proses transaksi wang.

“Budaya seperti ini yang kita risaukan. Asalkan tak kena tangkap kita lihat makin ramai yang makin berani menjadi penipu. Ada juga yang dikesan hanya mula menipu selepas berjaya meyakinkan pelanggan pada mulanya. Ini sesuatu yang tidak betul.

“Jadi, kita harus mengamalkan etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menghindari kejadian sebegini,” katanya.

Menurut David pengguna juga dinasihatkan agar memanfaatkan hak masing-masing jika diperdaya peniaga online termasuk mendesak pemulangan bayaran semula (refund) atau merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/feed/ 0 13926
Penduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu giliran https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/ https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/#respond Fri, 23 Jul 2021 08:41:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3474
Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Majoriti daripada 1,155 orang penerima imunisasi vaksin bagi suntikan dos pertama Covid-19 di Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau iaitu pada 21 Julai hingga 22 Julai 2021 adalah warga pendidik daripada sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.

Salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Abin Kenyon berkata, kebanyakan mereka yang hadir sebenarnya sudah lama mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan  menunggu untuk menerima  suntikan dos pertama namun, bersabar menunggu giliran yang  ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kita sedar dengan keperluan vaksinasi itu, namun tepaksa bersabar menunggu giliran bila tarikh  yang bakal ditetapkan”, kata Abin.

“Saya lama sudah mendaftar tetapi lambat terima tarikh untuk menerima suntikan dos pertama”, kata Sangkui Sandor, 73, dari Kg Bundu Tuhan dengan semangat beliau hadir ke pusat vaksinasi memakai baju ala-tradisi suku kaum Dusun.

Manakala, seorang lagi warga emas, Maunah  Iwod 76, dari Kg Mumpait turut berasa bangga kerana berjaya mengambil suntikan dos pertama pada hari tersebut.

Sementara itu Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku Pegawai  Penyelaras PPV itu, Dr.Edwaider Koimin, mengharapkan kepada penduduk yang sudah mendapat tarikh dan jadual untuk di vaksinasi agar datang ke PPV yang ditetapkan untuk menerima suntikan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya juga mengharapkan kepada mereka yang menerima suntikan dos pertama dan dos kedua supaya terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas Dr Edwaider.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/feed/ 0 3474
Sabah antara yang terawal menerima vaksin CanSino https://sabahmedia.com/2021/07/23/sabah-antara-yang-terawal-menerima-vaksin-cansino/ https://sabahmedia.com/2021/07/23/sabah-antara-yang-terawal-menerima-vaksin-cansino/#respond Fri, 23 Jul 2021 07:02:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3468
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Sabah diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan pada bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), memberi jaminan itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam pertemuan secara maya di sini pada Jumaat.

“Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah dan juga, kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” tambahnya.

Khairy mengatakan ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Ketua Menteri untuk lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi negeri ini iaitu sebanyak 60 peratus menjelang bulan Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

”Ia juga penting bagi kita agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang mana mobiliti mereka terkesan oleh keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh,” katanya.

“Kami telah membuka 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri hingga kini, dan dengan kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kami berada di landasan tepat untuk memastikan lebih ramai akan menerima vaksin,” kata Hajiji memaklumkan kepada Khairy.

Hajiji Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas semua kerjasama yang diberikan kepada Sabah dalam program vaksinasi dan menyambut baik tindakan Khairy di tengah-tengah kekangan bekalan vaksin ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan bahawa PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

PPV Integrasi akan memberi vaksin secara percuma dan membenarkan hospital swasta membantu untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan maya itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Bersama Khairy ialah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/23/sabah-antara-yang-terawal-menerima-vaksin-cansino/feed/ 0 3468
SESB pastikan pengguna menerima diskaun PEMULIH https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/#comments Thu, 22 Jul 2021 06:43:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3423
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memastikan pengguna akan menerima diskaun bil elektrik sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan.

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, SESB akan memberikan diskaun bil elektrik kepada kumpulan sasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 1 Julai, 2021 hingga 30 September, 2021.

Justeru itu, kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB sedang dilaksanakanbermula pada awal Julai untuk merekod masuk diskaun bil elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata berikutan kepada kerja-kerja konfigurasi tersebut, pengguna SESB akan menerima bil elektrik lewat untuk bulan Julai ini.

“SESB menghentikan bacaan meter di tapak bagi mengemaskini sistem pembilan untuk memastikan diskaun tersebut dapat diberikan kepada semua pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, SESB sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan diskaun PEMULIH berjalan dengan lancar.

Katanya, akaun pengguna akan dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya dan akan diselaraskan apabila bacaan di sebenar di tapak dilaksanakan pada penghujung Julai ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihati pengguna untuk mendaftar ke Online Customer Services (OCS) SESB bagi mendapat semakan bil.

SESB juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS) berkaitan maklumat bil.

Dalam pada itu, SESB turut menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 31 Ogos 2021 untuk semua pelanggan SESB.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088- 515000, 019- 852 5427 (aplikasi Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/feed/ 1 3423