Mengalu-alukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Apr 2022 15:25:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mengalu-alukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usahawan Tempatan Sabah Mengalu-alukan Pembukaan Semula Sempadan, Fasa Endemik https://sabahmedia.com/2022/04/02/usahawan-tempatan-sabah-mengalu-alukan-pembukaan-semula-sempadan-fasa-endemik/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/usahawan-tempatan-sabah-mengalu-alukan-pembukaan-semula-sempadan-fasa-endemik/#respond Sat, 02 Apr 2022 15:17:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13841
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Para usahawan tempatan di negeri ini mengalu-alukan pembukaan sempadan yang berkuat kuasa 1 April baru-baru ini berikutan negara beralih ke fasa endemik.

Pengurus Ohanakita, Lia Anthony, 49, berasal dari Daerah Penampang berkata, setelah sempadan dibuka semula, beliau berharap pasaran produknya akan meluas lagi seperti dua tahun lalu sebelum pandemik COVID-19 yang tiada sebarang sekatan untuk memasarkan produk.

“Saya berharap dapat memasarkan produk-produk saya di luar Sabah, malah produk saya telahpun ditawarkan untuk dipasarkan di semenanjung dan akan memenuhi permintaan itu dalam bulan ini, harapan saya ia juga bukan setakat pasaran tempatan tapi lebih luas lagi hingga ke persada antarabangsa,” katanya.

Lia mula bergiat aktif dalam dunia perniagaan sejak tahun 2019 yang lalu dan telah menghasilkan tiga produk tempatan yang sudahpun berada dalam pasaran di beberapa pasaraya di Sabah seperti produk Chili Podos, Pes Bawang dan Sambal Tausi.

Menurut Lia, terdapat dua lagi produk tempatan terbaharu beliau iaitu Chili Podos Sweet and Sour dan Cencaluk Tuhau, ia baru dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu.

Bagi rakan niaga Lia, Marina Kong, 35, berkata, dalam fasa endemik yang baharu saja dikuatkuasakan, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat memulakan perniagaannya dengan menghasilkan produk tempatan ala Korea iaitu Sabah Kimchi.

Katanya, walaupun baru setahun produk Sabah Kimchi dipasarkan, ia sudah mendapat tempat di beberapa pasaraya di sekitar Kota Kinabalu dan berhasrat untuk memasarkannya di luar Sabah.

Manakala seorang lagi usahawan Juliana Abdul Aji, 35 berasal dari Daerah Kepayan meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib usahawan-usahawan kecil seperti mereka.

“Saya sangat gembira apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan antarabangsa kerana saya telah memulakan perniagaan saya sejak lima tahun yang lalu dengan menjual kuih muih tradisional Sabah di bazar-bazar dan juga pasar hujung minggu di Jalan Gaya Kota Kinabalu.

“Perniagaan saya terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda negara, biasanya saya menjual kuih muih tradisional di pasar hujung minggu Jalan Gaya, sasaran kami ialah bukan saja pengunjung tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara seperti China, Eropah dan Korea.

“Mereka (pelancong) sangat meminati kuih muih tempatan kita. Kuih muih seperti buras, ayam lengkuas, kelupis, penjaram, kuih cincin, lamban dan banyak lagi.

“Saya berharap dengan pembukaan sempadan antarabangsa ini akan memberi manfaat sepenuhnya dan meningkatkan pendapatan ekonomi kami sebagai usahawan kecil ini,” ujarnya.

Usahawan-usahawan tersebut ditemui pemberita Sabah Media semasa tinjauan program Ekspo Ramadan@KKIA 2022 yang diadakan di Kawasan Ruang Pejalan kaki di antara balai ketibaan 2 dan 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, (KKIA) pada Sabtu. Ekspo tersebut akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini. (2 April)

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/usahawan-tempatan-sabah-mengalu-alukan-pembukaan-semula-sempadan-fasa-endemik/feed/ 0 13841
Sabah Bersedia Mengalu-alukan Kedatangan Pelawat https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/ https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/#respond Wed, 09 Mar 2022 07:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12820
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR: Sabah mengalu-alukan kedatangan pelawat sebaik sahaja sempadan negara dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan mendapat manfaat besar daripada pembukaan semula sempadan negara yang ditunggu-tunggu dan memastikan ia akan dapat membantu ekonomi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa.

“Ekonomi Sabah terjejas teruk sejak penutupan sempadan antarabangsa kira-kira dua tahun lalu kerana pelancongan adalah antara sumber pendapatan utama negeri,” katanya.

Hajiji turut menegaskan keperluan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia boleh menyelaraskan SOP untuk memenuhi keadaan dan keperluan negeri.

“Manakala dalam beberapa penglibatan saya dengan pemain industri pelancongan, ini (pembukaan semula sempadan) adalah yang sentiasa mereka desak,” ujarnya.

Baru-baru ini, Hajiji mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk K L Tan yang telah merayu untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Perdana Menteri dalam satu pengumuman khas hari Selasa berkata rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti yang mereka lakukan sebelum pandemik itu.

Pengembara yang telah mendapat vaksin penuh tidak perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke Malaysia, sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan ketika ketibaan.

Ismail berkata keputusan untuk membuka semula sempadan dibuat berdasarkan “sains dan fakta terkini” mengenai COVID-19, dengan menyatakan bahawa negara lain juga telah mula membuka sempadan mereka.

Sempadan negara telah ditutup sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/feed/ 0 12820
Hajiji Mengalu-alukan Kedatangan Pelancong Dari China Ke Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/15/hajiji-mengalu-alukan-kedatangan-pelancong-dari-china-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/hajiji-mengalu-alukan-kedatangan-pelancong-dari-china-ke-sabah/#respond Sat, 15 Jan 2022 02:11:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11122
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan kedatangan ramai pelancong dari negara China melawat negeri ini apabila pintu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sektor pelancongan negeri ini banyak bergantung kepada pelancong asing terutamanya dari negara China.

“Pandemik COVID-19 menyebabkan sektor pelancongan teruk terjejas. Dengan pembukaan sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat, kita berharap ramai pelancong dari China akan melawat Sabah.

“Ini akan dapat membantu pemulihan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeri”, katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide di kediaman rasminya di Sri Gaya, pada Jumaat.

Hajiji juga berharap Liang dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia membantu mempromosikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di China.

“Sabah juga mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari negara China selain sektor pelancongan untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri ini seperti industri pembinaan, pertanian dan industri berteknologi tinggi yang baharu.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China untuk menarik lebih ramai pelabur China ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri ini.

“Hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi, kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak”, tegasnya.

Terdahulu Liang memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini negara republik rakyat China dan usaha yang dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/hajiji-mengalu-alukan-kedatangan-pelancong-dari-china-ke-sabah/feed/ 0 11122
Sabah mengalu-alukan bantuan Amerika https://sabahmedia.com/2021/08/17/sabah-mengalu-alukan-bantuan-amerika/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/sabah-mengalu-alukan-bantuan-amerika/#respond Tue, 17 Aug 2021 05:53:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4756
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dan Amerika Syarikat (AS) sentiasa menjaga hubungan dua hala yang baik dan mesra. Di peringkat antara negara pula, Malaysia dan AS juga sudah menjalin hubungan dua hala sejak tahun 1957.

AS kekal sebagai rakan dagang terbesar di negara ini dan Malaysia adalah salah satu sekutu lama serta terdekat negara itu dalam kerjasama membabitkan bidang ketenteraan, pelaburan, ekonomi dan pendidikan.

Terbaharu dalam kerjasama dua hala itu, AS telah menyumbang sebanyak satu juta dos vaksin kepada Malaysia dan menjanjikan tambahan bantuan COVID-19 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan penghargaan itu kepada Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. Mcfeeters, ketika berhubung secara maya, di sini pada Isnin.

“Kami berterima kasih dengan semua bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia dan Sabah dalam bidang pendidikan, pemuliharaan alam semulajadi dan yang terbaharu bantuan untuk memerangi pandemik COVID-19.

“Bantuan ini akan mempercepatkan lagi usaha kami dalam memerangi cabaran susulan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Hajiji turut menyambut baik janji duta sebanyak USD1 juta sebagai usaha untuk pemuliharaan hidupan liar di Sabah bagi melengkapkan program pelindungan hidupan liar yang sedang dilaksanakan di negeri ini.

Mcfeeters turut menawarkan kerjasama bersama dalam konservasi hutan yang merujuk kepada program Heart of Borneo (HoB), inisiatif konservasi rentas sempadan secara meluas hingga ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia sendiri.

Hajiji dan Mcfeeters turut menyentuh pelbagai isu lain ternasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pemerdangangan manusia, pendatang tanpa izin, dan kerjasama Kedutaan Besar Amerika Syarikat dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menangani keganasan.

Mcfeeters yang memegang jawatan sebagai Duta Besar AS ke Malaysia pada Februari tahun ini, berkata dia tidak sabar untuk berkunjung ke Sabah iaitu destinasi pelancongan yang terkenal dalam kalangan rakyat negaranya kerana tarikan alam semulajadi dan Gunung Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/sabah-mengalu-alukan-bantuan-amerika/feed/ 0 4756