Menghadiri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Mar 2022 08:44:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menghadiri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya https://sabahmedia.com/2022/03/08/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/ https://sabahmedia.com/2022/03/08/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/#respond Tue, 08 Mar 2022 08:44:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12809
Read Time:59 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini, pada Selasa.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah bertujuan untuk menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini pada Selasa. - Foto Ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini pada Selasa. – Foto Ihsan JKM

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah juga akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan khususnya dari segi pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk mensejahterakan rakyat sekali gus untuk membangunkan negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana
Negara.

Dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur sejak Isnin, Hajiji turut diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Le Meridien, KL Sentral, hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/08/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/feed/ 0 12809
Hajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar & Ketua Menteri ke-137 https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/#respond Tue, 23 Nov 2021 08:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8769
Read Time:43 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 di Parlimen di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membincangkan antaranya isu-isu semasa dan pembangunan yang melibatkan semua negeri di negara ini.

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Hajiji (duduk tiga dari kanan) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untung sebelum mesyuarat bermula manakala Ketua Menteri baharu Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (duduk sebelah kiri).

Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.

Sulaiman turut hadir dan duduk di sebelah Ketua Menteri Sabah semasa mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/feed/ 0 8769