Mengikut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Feb 2023 08:02:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mengikut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Malaysia Madani perlukan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/#respond Tue, 14 Feb 2023 07:39:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29555
Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Konsep Malaysia Madani sebagai satu acuan besar nasional, perlu diterjemah dalam secara lebih spesifik dengan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, gagasan Membangun Malaysia Madani amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di negeri Sabah, termasuk dalam lanskap serta ekosistem tempatan negeri ini.

“Kita mengakui bahawa konsep Malaysia Madani sememangnya sudah pun berciri menyeluruh dan inklusif. Namun begitu, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia Madani adalah sebuah kerangka kebangsaan yang bersifat sejagat dan terbuka.

“Justeru, adalah penting proses “localisation”, atau menterjemah gagasan besar kebangsaan kepada konteks tempatan secara lebih spesifik. Sebagai satu acuan besar nasional, Malaysia Madani perlukan pengisian-pengisian terbaik yang lebih khusus sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Ketua Menteri berkata, Sabah mempunyai keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik, selain aspirasi lokal yang masih belum mendapat tempat yang cukup kukuh dalam citra kebangsaan.

“Justeru, kita sudah tentu mempunyai keperluan yang unik dalam kerangka nasional
Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu digarap dalam seminar ini, supaya hasilnya nanti mencerminkan semangat nasional Malaysia Madani yang ditunjangi dengan ciri lokal.

“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan dengan tepat konsep Malaysia Madani kepada lanskap dan ekosistem negeri Sabah. Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar Madani, proses itu haruslah dipacu oleh prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi serta budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai latar etnik, geografi dan sejarah
yang pelbagai, katanya Sabah boleh mengambil posisi di hadapan bagi menterjemah ciri-ciri Madani ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi serta impian yang sama iaitu ingin melihat
sebuah negara atau negeri yang berjaya dan maju dengan acuan kemanusiaan yang murni.

“Justeru, konsep Membangun Malaysia Madani ini bertepatan dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri
selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Sebagai contoh, antara inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah untuk mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan membuat agihan kemakmuran yang lebih inklusif. Bagi konsep Malaysia Madani pula, antara matlamatnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, kerajaan mempunyai pendekatan yang lebih komprehensif dalam meningkatkan kemajuan serta pembangunan negeri, yang sejajar dengan kerangka kebangsaan dan hasrat tempatan,” katanya.

Beliau yakin melalui hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri, kedua-dua inisiatif ini boleh memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif kepada rakyat di negara ini.

Sementara itu, Hajiji berkata seminar Membangun Malaysia Madani adalah satu
pendekatan yang amat relevan untuk menjelaskan secara terperinci konsep ini kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi.

Pembabitan semua pihak juga terutama rakyat katanya, adalah penting bagi mengelakkan konsep Malaysia Madani menjadi sia-sia dan hanya tinggal slogan
kosong semata-mata.

“Oleh itu, saya menganggap program pada hari ini adalah satu daripada pendekatan
yang sangat relevan dan tepat pada masanya bagi menjelaskan konsep ini secara meluas serta terperinci kepada peringkat akar umbi.

“Ini adalah usaha murni untuk kita di peringkat kerajaan negeri, penjawat awam negeri dan Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli politik dan masyarakat awam menghayati konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/feed/ 0 29555
Projek Mitigasi Banjir Penampang Dijalankan Mengikut Jadual https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/ https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/#respond Fri, 05 Nov 2021 08:46:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8199
Read Time:1 Minute, 10 Second

PENAMPANG: Kerajaan akan memastikan projek mitigasi banjir untuk daerah Penampang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan memastikan projek mitigasi itu akan disiapkan selain dua daripada tiga pakej mitigasi banjir telah pun siap dilaksanakan.

Sementara itu, Hajiji telah menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri pada jangkaan musim monsun Timur Laut bulan ini.

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan untuk meletakkan persediaan logistik bersiap sedia termasuk tempat pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas pada September lalu di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, pada Jumaat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam penyaluran bantuan kewangan dan peruntukan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka,selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”, yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).,” katanya.

“Semoga bantuan kewangan daripada kerajaan dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 pada hari ini.

Selebihnya rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh daerah pada September lalu akan menerima bantuan dalam masa dua minggu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/feed/ 0 8199
Mohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/#respond Thu, 05 Aug 2021 15:08:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4125
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan menerusi lama Facebooknya.

“Mohon supaya pastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin. Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” kata Salleh yang juga Ahli Undangan Negeri Usukan.

Terdahulu, Kerajaan Sabah berharap bekalan vaksin yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk negeri ini akan tiba tepat pada waktunya.

Jurucakap Sabah COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini hanya menerima kenaikan dos vaksin sejumlah 374,214 dos sejak 21 Julai hingga 31 Julai 2021.

Manakala jumlah dos harian tertinggi adalah 48,300 pada hari Sabtu, 31 Julai lalu.

Beliau berharap akan dapat lebih banyak bekalan seperti yang telah dipersetujui, sesuai dengan waktu yang dijadualkan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/feed/ 0 4125