meninggal dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Dec 2025 23:51:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png meninggal dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bung Moktar meninggal dunia https://sabahmedia.com/2025/12/05/bung-moktar-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2025/12/05/bung-moktar-meninggal-dunia/#respond Thu, 04 Dec 2025 22:28:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87747
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia jam 1.46 pagi pada Jumaat di sebuah hospital swasta di sini.

Perkara itu disahkan anaknya Naim Moktar menerusi di Facebook beliau.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke Hospital Gleneagle, di sini, sejak pagi semalam.

Bung Mokhtar dijadual disembahyangkan di Masjid Bandaraya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/05/bung-moktar-meninggal-dunia/feed/ 0 87747
Warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah terkunci di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/#respond Sun, 09 Nov 2025 07:03:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85352
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di Batu 8, Jalan Labuk, di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.07 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang terkunci sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam bilik.

“Mangsa berusia 66 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi yang turut disertai dua anggota polis dan dua anggota perubatan itu mengambil masa kira-kira 40 minit dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.16 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-rumah-terkunci-di-sandakan/feed/ 0 85352
Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta https://sabahmedia.com/2025/01/05/lelaki-warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kereta/ https://sabahmedia.com/2025/01/05/lelaki-warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kereta/#respond Sun, 05 Jan 2025 05:48:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66519
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva yang diparkir di tepi Jalan Bukit Temasu, Taman Sinar dekat sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima melalui talian MERS 999 pada jam 10:03 pagi.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 10:11 pagi, kira-kira 8 minit selepas panggilan diterima.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kenderaan tersebut didapati terkunci dengan enjin masih hidup. Tindakan segera diambil menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan bagi memeriksa keadaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agustavia berkata, mangsa, seorang lelaki berusia 69 tahun, itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10:22 pagi setelah pemeriksaan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/05/lelaki-warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-dalam-kereta/feed/ 0 66519
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi pendakian Everest https://sabahmedia.com/2023/05/20/pengarah-apm-kedah-meninggal-dunia-ketika-misi-pendakian-everest/ https://sabahmedia.com/2023/05/20/pengarah-apm-kedah-meninggal-dunia-ketika-misi-pendakian-everest/#respond Fri, 19 May 2023 22:44:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34748
Read Time:53 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

“Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya di sisi Allah, semoga pemergian arwah kerehatan sebenar dari urusan dunia.

“Semoga arwah dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Misi yang bermula awal April lepas turut disertai antaranya ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak, Muhammad Hawari Hashim dan Vincent Tiong Ling Yang.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kematian Pengarah APM Kedah berkenaan.

“Malawakil kami di Kathmandu memaklumkan mengenai kematian itu.

“Kami telah mengarahkan Malawakil untuk memantau proses membawa turun jenazah ke Base Camp sebagai langkah pertama operasi itu,” katanya dalam kenyataan ringkas, di sini, malam tadi. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/20/pengarah-apm-kedah-meninggal-dunia-ketika-misi-pendakian-everest/feed/ 0 34748
Bot Karam: Dua Beradik Meninggal Dunia, Satu Masih Hilang https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/#respond Sun, 02 Jan 2022 07:06:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10581
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Dua beradik berumur lima dan 15 tahun dijumpai meninggal dunia manakala seorang masih hilang dipercayai lemas dalam insiden bot karam di Kg Batu Payung, dekat sini pada Sabtu petang.

Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu (1 Januari 2022), pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai satu kejadian bot karam di Kg Batu Payung kira-kira 24 kilometer jarak dari Balai Bomba Daerah Tawau.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, hasil maklumat dari mangsa bot karam, kejadian berlaku semasa bot cuba berpatah balik dari Batu 4 Kg Rawa-Rawa ke Kg Batu Payung tetapi bot terbalik dan karam.

“Terdapat sembilan orang mangsa sekeluarga di mana enam orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung, dua orang mangsa telah dijumpai awal pagi tadi namun disahkan telah meninggal dunia manakala seorang mangsa masih belum dijumpai.

“Dua mangsa adik-beradik yang dijumpai oleh penduduk kampung namun meninggal dunia dikenali sebagai Saiful Muhaimin, 15, mangsa dijumpai di Perairan Tinagat pada jam 8.58 pagi manakala adiknya Jaidi Muhaimin ,5, dijumpai di pesisir pantai pada pada jam 6.30 pagi. Bagaimanapun mangsa ketiga dipercayai kakak kepada kedua-dua mangsa Rahena Muhaimin, 20, masih belum temui,” kata Misran.

Pasukan bomba bersama agensi bantuan terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 13 orang berserta dua buah bot, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lima orang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) tujuh orang berserta sebuah bot, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) lima orang dan penduduk kampung berserta 20 buah bot.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/bot-karam-dua-beradik-meninggal-dunia-satu-masih-hilang/feed/ 0 10581
Abang Sulung Bung Moktar Meninggal Dunia https://sabahmedia.com/2021/10/12/abang-sulung-bung-moktar-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/abang-sulung-bung-moktar-meninggal-dunia/#respond Tue, 12 Oct 2021 07:03:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7428
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BUKIT GARAM: Bekas Ketua Usia Bahagian Kinabatangan Hamidin Radin, 69, yang juga merupakan abang sulung kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Duchess Of Kent Sandakan petang semalam (11 Oktober 2021) kerana mengalami komplikasi buah pinggang.

Menurut pegawai media Datuk Seri Bung Moktar, Jaafar Wahid berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak minggu lalu yang sebelum ini turut menjalani rawatan hemodialisis.

Katanya, jenazah Allahyarham Hamidin telah selamat dikebumikan berhampiran dengan kediamannya di kampung Bukit Garam pagi tadi.

Allahyarham Hamidin meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak .

Sepanjang hayat Allahyarham, beliau merupakan seorang aktif dalam kegiatan dakwah melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Kinabatangan yang beliau terajui sebelum mengundurkan diri kerana faktor kesihatan.

Allahyarham juga merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan khususnya di kawasan Kinabatangan

Selain Bung yang juga Ahlli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag turut berada di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Sukau Datuk Jafr Arifin, Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah Datuk Juhari Janan, bekas Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, ahli keluarga Allahyarham serta pemimpin masyarakat tempatan.

Sementara itu Bung ketika ditemui turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada saudara mara rakan-rakan yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan Allahyarham termasuklah mereka yang hadir di upacara pengebumian Allahyarham.

“Saya berterima kasih atas ucapan dan doa kepada Allahyarham abang sulung saya, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir di majlis pengebumian hanya Allah SWT sahaja memberikan ganjaran pahala kepada semua” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/abang-sulung-bung-moktar-meninggal-dunia/feed/ 0 7428
Anak Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/#respond Tue, 24 Aug 2021 06:45:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5156
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta disini.

Kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa menyatakan anak lelakinya Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021.  Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Pemergian anak Musa itu tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/anak-bekas-ketua-menteri-sabah-meninggal-dunia/feed/ 0 5156