Meningkat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Feb 2024 08:50:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Meningkat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suhu panas meningkat beri kesan Sistem Grid Elektrik – Adrian https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/ https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/#respond Tue, 27 Feb 2024 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50175
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda negeri Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.

Menurut Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Adrian Leo Mosigil (gambar), keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskannya.

Katanya, pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat.

“Selain itu, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/feed/ 0 50175
Peruntukan badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian di Sabah meningkat https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/ https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/#respond Sat, 27 Jan 2024 09:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48599
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Peruntukan untuk pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah meningkat sebanyak RM2.7 juta tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56.75 juta untuk tujuan itu pada tahun 2024 berbanding sebanyak RM54.05 juta pada tahun 2023.

Beliau berkata, daripada RM56.75 juta itu, sebanyak RM24.15 juta untuk sekolah-sekolah dan RM32.6 juta untuk perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam.

“Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding peruntukan pada tahun 2023. Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2024, anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Katanya, tahun ini Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta untuk membekal kepala singa di seluruh Sabah.

Menurutnya, bantuan ini akan diagih-agihkan kepada pelbagai persatuan dan tokong-tokong yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek, terutamanya dalam penyaluran peruntukan dan sumbangan bagi memastikan rakyat dapat meraikan perayaan masing-masing.

Hajiji turut memuji USCCAKK kerana tanpa gagal menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina setiap tahun. Acara itu dinanti-nantikan
oleh masyarakat Cina dan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Sempena Tahun Baharu, beliau mengajak semua rakyat negeri ini termasuk masyarakat Tionghua agar terus bersama-sama kerajaan membangun dan memajukan negeri ini, agar Sabah terus maju jaya ke hadapan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada masyarakat Cina atas sokongan berterusan anda dalam berganding bahu bersama kami untuk memakmurkan negeri ini”, tegasnya.

Hajiji berkata, tahun 2024 merupakan Tahun Naga dalam Zodiak Cina, yang terkenal dengan kuasa, kehebatan dan keberaniannya.

“Saya berharap sifat semula jadi Naga ini menjadi pemangkin semangat untuk kita meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan semua
perancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/feed/ 0 48599