mental – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Aug 2025 01:23:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mental – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Buli Perlu Dilihat Sebagai Isu Kesihatan Mental https://sabahmedia.com/2025/08/30/buli-perlu-dilihat-sebagai-isu-kesihatan-mental/ https://sabahmedia.com/2025/08/30/buli-perlu-dilihat-sebagai-isu-kesihatan-mental/#respond Sat, 30 Aug 2025 01:22:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80322
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR– Isu buli kini menjadi perhatian seluruh negara, dibincangkan dari kedai kopi hingga ke Dewan Rakyat, melibatkan pelbagai aspek termasuk perundangan, pencegahan dan pemulihan .

Minggu lalu, Sekretariat Gerakan Anti Buli (GAB) menggesa kerajaan menggubal Akta Anti-Buli khusus bagi menangani kes buli tanpa bergantung kepada peruntukan undang-undang lain. Menurut GAB, undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk membendung budaya buli yang semakin berakar umbi. GAB merupakan gabungan peguam dan NGO .

Beberapa hari kemudian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mengakui tiada definisi khusus atau hukuman jelas berkaitan kesalahan buli dalam undang-undang sedia ada. Beliau memaklumkan kerajaan sedang meneliti keperluan penggubalan Akta Anti-Buli termasuk penubuhan tribunal untuk mendengar kes melibatkan pelajar dan kanak-kanak .

Statistik Buli di Sekolah dan IPT

Kemarahan masyarakat meningkat apabila banyak kes buli dilaporkan di sekolah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), termasuk yang membawa kepada kecederaan dan kematian. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mendedahkan, setakat Oktober 2024, terdapat 6,208 kes buli direkodkan di sekolah berbanding 6,528 kes (2023), 3,883 (2022) dan 326 (2021). Puratanya, 21 kes dilaporkan setiap hari sepanjang Januari–Oktober 2024 .

Bagi IPT pula, Menteri Pendidikan Tinggi memaklumkan sebanyak 31 kes buli dilaporkan dalam tempoh 2014–2025 di lapan universiti awam, melibatkan kes buli fizikal dan siber .

Namun, pemerhati berpendapat angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai mangsa tidak melaporkan kes akibat rasa takut atau malu.

Buli dan Kaitannya Dengan Kesihatan Mental

Perbahasan umum ketika ini banyak menjurus kepada aspek perundangan dan hukuman, namun aspek pencegahan juga perlu diberi perhatian selaras dengan prinsip “mencegah lebih baik daripada merawat”. Isu buli wajar ditangani sebagai masalah kesihatan mental kerana punca utama sering berkait dengan persekitaran rumah, pengaruh rakan sebaya, role model serta penggunaan media sosial .

Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 mendedahkan hampir sejuta kanak-kanak berusia 5–15 tahun menghadapi masalah kesihatan mental, meningkat dua kali ganda daripada 424,000 (2019) kepada 922,318 (2023). Bagi populasi berusia 16 tahun ke atas, satu juta orang (4.6%) dilaporkan mengalami kemurungan, manakala kes bunuh diri meningkat daripada 981 (2022) kepada 1,087 (2023) .

Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) 2022 oleh KKM turut merekodkan peningkatan pelajar yang mempunyai idea membunuh diri daripada 10% (2017) kepada 13.1% (2022), melibatkan 33,523 pelajar di 239 sekolah menengah.

Selain itu, kajian UNICEF pada 2022 di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur dan Selangor mendapati 12.3% kanak-kanak serta remaja mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan, manakala 13.4% pernah terfikir untuk mencederakan diri atau membunuh diri .

Usaha Kerajaan Menangani Isu Mental

Menyedari masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) pada Oktober 2022, manakala penubuhan Institut Kesihatan Mental diumumkan Perdana Menteri pada September 2023 bagi memperkasa usaha kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil .

Namun, cabaran besar dihadapi negara adalah kekurangan pakar. Pada November 2024, jumlah pakar psikiatri berdaftar hanya 623 orang, dengan KKM menyasarkan peningkatan kepada 720 menjelang 2025 bagi mencapai nisbah 1 pakar untuk setiap 50,000 penduduk .

Selain itu, nisbah kaunselor kini 1:1,000 penduduk, dianggap tidak mencukupi. Talian Kasih kendalian KPWKM menerima lebih 500 panggilan sehari berkaitan tekanan, penderaan dan isu kewangan. Setakat Ogos 2024, terdapat 11,790 kaunselor berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia, dengan sasaran nisbah lebih kecil menjelang 2040 .

Kesimpulan

Statistik menunjukkan isu kesihatan mental berpotensi menjadi penyakit kedua tertinggi selepas sakit jantung menjelang 2030. Justeru, menangani kes buli memerlukan pendekatan menyeluruh yang menekankan pencegahan dan pemulihan di samping aspek perundangan, agar masalah ini tidak terus menular dalam kalangan generasi muda .

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/30/buli-perlu-dilihat-sebagai-isu-kesihatan-mental/feed/ 0 80322
Lelaki direman bantu siasatan penemuan puluhan bangkai, rangka kucing https://sabahmedia.com/2023/03/26/lelaki-direman-bantu-siasatan-penemuan-puluhan-bangkai-rangka-kucing/ https://sabahmedia.com/2023/03/26/lelaki-direman-bantu-siasatan-penemuan-puluhan-bangkai-rangka-kucing/#respond Sun, 26 Mar 2023 06:49:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31528
Read Time:51 Second

Lelaki dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, direman sehingga 28 Mac susulan penangkapannya semalam.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Cheras.

“Tangkapan telah dibuat dan penahanan reman dibenarkan sehingga 28 Mac ini.

“Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut,” katanya menurut Astro Awani.

Semalam, Zam Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lalu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Pada Jumaat, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman sosial Facebook mendedahkan penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing dalam rumah disewa suspek.

MAA turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.

Presiden MAA, Arie Dwi Andika, berkata setakat pengetahuan beliau, kes itu adalah yang pertama melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti banyak di negara ini.

Penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/26/lelaki-direman-bantu-siasatan-penemuan-puluhan-bangkai-rangka-kucing/feed/ 0 31528
Berfikiran Positif Bantu Tangani Kesihatan Mental Pelajar Pada Era Pandemik https://sabahmedia.com/2021/10/09/berfikiran-positif-bantu-tangani-kesihatan-mental-pelajar-pada-era-pandemik/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/berfikiran-positif-bantu-tangani-kesihatan-mental-pelajar-pada-era-pandemik/#respond Sat, 09 Oct 2021 09:54:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7361
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pemikiran, perasaan dan perlakuan merupakan komponen yang membantu dalam menangani stress dalam pembelajaran.

Pakar Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Prof. Madya Dr Balan Rathakrishnan berkata, setiap orang perlu sentiasa berfikiran positif kerana tekanan negatif yang berpanjangan tidak memiliki faedah terhadap diri terutamanya dari segi kesihatan mental.

“Pemikiran yang positif akan mempengaruhi emosi dan seterusnya tingkah laku seseorang termasuk pelajar.

“Sekiranya seseorang itu dapat belajar mengamalkan pemikiran dan perasaan yang baik sudah pasti tindakan mereka juga akan menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Forum bertajuk ‘Using STEM in Learning Mental Health Among Youth’ anjuran Persatuan MySTEM Ambassador UMS, baru-baru ini.

Menurut Balan, kesihatan mental adalah ‘sains dan matematik’ yang perlu difahami oleh anak muda.

“Ia sangat penting dan seharusnya tidak dikendalikan secara bersendirian. Individu yang mempunyai gejala perlu mendapatkan intervensi dan rawatan yang sesuai agar gejala masalah kesihatan mental dapat dikurangkan.

“Berdasarkan kajian, seorang daripada tiga pelajar kolej berpotensi mengalami depresi berpanjangan.

“Seorang daripada empat pelajar didapati berfikiran untuk membunuh diri, manakala seorang daripada tujuh pelajar melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah akibat tekanan,” jelasnya.

Ujar Balan, ada yang cuba menghilangkan tekanan dengan mengambil alkohol atau menonton filem pornografi.

“Bagi pelajar perempuan, ada yang mengurangkan tekanan dengan mengambil makanan yang banyak namun memuntahkannya semula (bulimia) kerana bimbang akan menjadi gemuk.

“Tabiat ini tidak menyelesaikan masalah tekanan yang dihadapi, malah boleh memudaratkan dan menyebabkan mereka menjadi ketagih dengan sesuatu tingkah laku yang tidak berfaedah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengajak orang ramai termasuk para pelajar untuk mengunjungi laman web c19psychcare.com sekiranya memerlukan bimbingan akibat tekanan disebabkan impak pandemik COVID-19.

“Melalui laman web ini, orang awam boleh mendapatkan rawatan yang efektif dalam menangani masalah mental seperti tekanan, depresi, kebimbangan, dan kurang keyakinan diri daripada pakar-pakar dalam bidang psikologi,” tambah Balan.

Bersiaran langsung melalui YouTube MySTEM Ambassador, forum secara dalam talian itu dianjurkan dengan kerjasama U-Science dan FPP UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/berfikiran-positif-bantu-tangani-kesihatan-mental-pelajar-pada-era-pandemik/feed/ 0 7361
KKM Terima Lebih 100,000 Panggilan Minta Bantuan Sokongan Psikososial Sejak Jan 2021 https://sabahmedia.com/2021/06/26/kkm-terima-lebih-100000-panggilan-minta-bantuan-sokongan-psikososial-sejak-jan-2021/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/kkm-terima-lebih-100000-panggilan-minta-bantuan-sokongan-psikososial-sejak-jan-2021/#respond Sat, 26 Jun 2021 04:06:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1983
Read Time:2 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu direkodkan bermula 1 Jan sehingga 18 Jun lepas dan sebanyak 109,806 panggilan atau 89.4 peratus daripadanya adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik COVID-19.

Antara masalah yang dilaporkan ialah kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, kehilangan tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian serta penderaan (emosi dan fizikal).

“Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam serta petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai golongan lain dalam kalangan masyarakat.

“Talian bantuan yang diwujudkan sejak 25 Mac 2020 dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM dan sukarelawan pegawai psikologi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain talian bantuan itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif lain yang turut dilaksanakan termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu ‘KSK Care’ (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Talian KASIH.

Di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan pula, inisiatiaf bantuan yang dilakukan ialah Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS disediakan untuk kumpulan sasar.

“Kumpulan sasar merangkumi individu dalam perhatian(PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah, pesakit COVID-19 di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), petugas kesihatan dan agensi lain yang bertugas dalam menangani wabak serta ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat mengambil langkah mengurangkan impak psikologikal sepanjang pandemik, seperti mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul selain mengelakkan diskriminasi, stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19.

Dr Noor Hisham juga menyarankan agar masyarakat mengekalkan kecergasan optima dan ketenangan jiwa; memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan; sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan dan paling penting, segera mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu sokongan emosi

“Tekanan ini akan menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/kkm-terima-lebih-100000-panggilan-minta-bantuan-sokongan-psikososial-sejak-jan-2021/feed/ 0 1983