Menteri Besar & Ketua Menteri ke-137 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Nov 2021 08:32:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menteri Besar & Ketua Menteri ke-137 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar & Ketua Menteri ke-137 https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/#respond Tue, 23 Nov 2021 08:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8769
Read Time:43 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 di Parlimen di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membincangkan antaranya isu-isu semasa dan pembangunan yang melibatkan semua negeri di negara ini.

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Hajiji (duduk tiga dari kanan) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untung sebelum mesyuarat bermula manakala Ketua Menteri baharu Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (duduk sebelah kiri).

Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.

Sulaiman turut hadir dan duduk di sebelah Ketua Menteri Sabah semasa mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/feed/ 0 8769