KOTA KINABALU — Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman hari ini diumumkan sebagai pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu berkuatkuasa selama 2 tahun mulai 19 jun 2023.
Pelantikan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) untuk menjadi pengerusi perbadanan Labuan selaras dengan seksyen 5 (1) Akta perbadanan Labuan ( Akta 609)
“ Semoga melalui kempimpinan serta kredibiliti yang di dimiliki oleh YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman yang mempunyai pengalaman luas di pelbagai peringkat negara dan antarabangsa, beliau dapat memperkasakan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan untuk terus cemerlang dan mencapai misi yang direncanakan ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan mampan dan sejahtera menjelang 2026 kata Perbadanan Labuan di dalam satu kenyataan media disini, hari ini.
Pada Mac lalu, Anifah yang juga Mantan Menteri Luar, dilantik sebagai Senator di Dewan Negara
Pelantikan beliau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
]]>Kuala lumpur — Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab penuh atas kekeliruan membabitkan lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan dua diplomat ke negara itu dipanggil pulang.
Bekas menteri luar Anifah Aman berkata, jika berada dalam situasi sama beliau akan mengendalikan siasatan dalaman terlebih dahulu.
Menurutnya, walaupun Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa tindakan itu adalah kerana kegagalan mereka menyelaraskan pengurusan dan logistik, namun kedua-duanya tidak harus dipanggil pulang dengan tergesa-gesa.
“Ini memalukan negara dan menteri harus bertanggungjawab terhadap kekurangan di kementeriannya, beliau harus mempertahankan pegawainya.
“Saya berasa curiga bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang maklumat penting terutama jika membabitkan hal ehwal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.
Anifah turut menjelaskan ketika menjadi menteri luar, beliau akan berada di lapangan lebih awal untuk memastikan segala persediaan sudah dibuat.
Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa langkah memanggil pulang duta besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan konsul jeneral Malaysia di Dubai adalah disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Ismail ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.
Dua pegawai kanan terbabit gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan perdana menteri seperti yang sepatutnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi lawatan peringkat tertinggi negara di luar negara terutama semasa ketibaan perdana menteri di Dubai pada 29 Mac.
Kegagalan itu termasuk menyebabkan perdana menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh imigresen Dubai selain tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk perdana menteri seperti amalan SOP.
“Lazimnya dalam apa keadaan sekalipun, seperti mana ketika perdana menteri menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu, ketua perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikuti SOP untuk perdana menteri.
“Kedua-dua pegawai terbabit juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya mengenai penganjuran World Government Summit (WGS) yang diadakan dalam kawasan Ekspo Dubai dan pimpinan tertinggi KLN hanya mengetahui mengenai WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain dan sekiranya perkara ini dimaklumkan lebih awal, usaha pastinya dibuat supaya perdana menteri menyampaikan ucapan pada program berkenaan,” kata kementerian itu dalam kenyataan.
]]>KOTA KINABALU: Penyelidik Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Charles S Vairappan menerima Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun dalam majlis ringkas di pejabat Konsul Jepun di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Anugerah tersebut diberikan atas usaha secara berterusan beliau dalam mempromosikan pendidikan dan penyelidikan di antara Malaysia dan Jepun mendapat pengiktirafan kerajaan Jepun apabila beliau dikurniakan Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun.
Anugerah disampaikan oleh Konsular, Pejabat Konsul Jepun di Sabah, Kako Shiho.
Duta Jepun ke Malaysia dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Embassy of Japan In Malaysia menjelaskan Profesor Dr Charles yang merupakan ahli akademik di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS telah melakukan usaha berterusan dalam membuka ruang kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan di antara Jepun dan Malaysia sepanjang kerjaya akademik beliau.
“Beliau juga pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan bersama dengan institusi penyelidikan Jepun melalui projek Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) serta Third Country Training Programme (TCTP) yang melibatkan aktiviti latihan mengenai pemuliharaan biodiversiti di Sabah.
“Dengan pencapaian ini Dr. Charles merupakan contoh terbaik terhadap kejayaan pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur yang akan menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun depan,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Pihak Kedutaan Jepun turut mengharapkan sumbangan berterusan Dr. Charles dalam mengukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu ucapan ringkas ketika menghadiri majlis pengurniaan tersebut berkata, penganugerahan tersebut memberi makna yang sangat istimewa kepada UMS.
Katanya, UMS telah terlibat dalam pelbagai aktiviti pemuliharaan yang disokong oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) sejak 20 tahun lalu.
“JICA menyokong pelbagai aktiviti UMS bersama penyelidik Jepun melalui Program Borneo Biodiversity and Ecosystems Conservation (BBEC) dari tahun 2002 hingga 2012, kemudian diikuti dengan Sustainable Development of Biodiversity and Ecosystem Conservation (SDBEC) dari 2013 hingga 2017.
“UMS juga amat berbangga kerana menjadi satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang dipilih sebagai institusi latihan dalam bidang pemuliharaan oleh Wisma Putra dan JICA melalui program TCTP,” katanya.
Menurut Dr. Taufiq, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan bilangan penyelidik Jepun yang berinteraksi secara langsung dengan ahli akademik dan pelajar UMS melalui projek penyelidikan, webinar dan program pertukaran pelajar.
“Dr. Charles telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut atas kapasiti beliau sebagai Duta Rangkaian Universiti Hokkaido dan Kagoshima University Yuuko Taishi, yang menyaksikan graduan UMS memperoleh pasca kedoktoran dan kedoktoran di Universiti Hokkaido, selain peluang latihan industri jangka pendek.
“UMS komited untuk meneruskan kerjasama dua hala yang amat menggalakkan dengan rakan kami di Jepun bukan sahaja dalam bidang Biologi Pemuliharaan tetapi juga dalam bidang pengajian lain yang sedang diusahakan oleh ahli akademik kami,” kata Taufiq.
Beliau turut berharap agar Dr. Charles yang dijangka berlepas ke Universiti Tokyo bagi menjalani tempoh sabatikal tidak lama lagi akan meneruskan usaha membuka lebih banyak laluan kepada ahli akademik dan pelajar dari kedua-dua negara untuk berinteraksi dan memahami budaya dan ilmu pengetahuan antara satu sama lain sepanjang berada di Tokyo nanti.
Turut hadir dalam acara pengurniaan anugerah tersebut Timbalan Konsular, Tsukamoto Ai dan Pengarah IBTP, Prof. Madya Dr. Monica Suleiman.
]]>Kuala lumpur — Baru lima hari lalu Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi dua buah pesawat manakala sebuah lagi akan tiba hari ini.
Demikian kata Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.
Tambahnya tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan berkenaan.
“InsyaAllah, tengahari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua”, katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.
Baru-baru ini Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud telah menitahkan “King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action” supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan untuk membantu Malaysia menangani cabaran COVID-19.
Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini.
Hishammuddin menyifatkan ia satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud dan dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini,”
]]>