Menumbok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Nov 2025 07:16:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menumbok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Menumbok, Kuala Penyu berpotensi jadi hab pelancongan baharu Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/#respond Thu, 06 Nov 2025 07:15:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85100
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Normimie Diun

KUALA PENYU: Daerah Kecil Menumbok dan Kuala Penyu berpotensi besar menjadi kawasan pelancongan baharu Sabah sekiranya pembangunan strategik yang dirancang termasuk pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok dapat direalisasikan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, pelan pembangunan yang dilancarkan melalui Pelan Strategi Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok akan menjadi panduan hala tuju pembangunan ekonomi setempat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Menumbok dan Kuala Penyu mempunyai kelebihan dari segi geografi, keindahan pantai, serta kedudukan berdekatan pulau-pulau pelancongan. Apabila jambatan menghubungkan Labuan ke Menumbok siap kelak, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi termasuk pelancongan, perkhidmatan dan pekerjaan untuk penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok, Penyerahan Kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), Perasmian Masjid Nur Ihsan Menumbok serta Penyampaian Bantuan Yayasan Datuk Limus Jury, di sini hari ini.

Hajiji berkata, projek pembinaan Club Med Resort Kuala Penyu, yang kini dalam pelaksanaan, turut menjadi pemangkin pertumbuhan pelancongan dan akan menarik kedatangan pelancong antarabangsa.

“Apabila sektor pelancongan berkembang, rantaian ekonomi akan turut meluas  termasuk perniagaan kecil, perhotelan, pengangkutan, produk kraftangan, serta peluang pekerjaan. Ini adalah pembangunan yang memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi jaminan bahawa pembangunan Menumbok dan Kuala Penyu akan terus dirancang secara teratur dan menyeluruh supaya masyarakat tempatan menikmati hasil kemajuan itu secara adil.

Hadir sama pada majlis itu, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/feed/ 0 85100
Isu Tapak Pra-Sekolah Perlu Diselesaikan Secara Menang-Menang https://sabahmedia.com/2021/10/05/isu-tapak-pra-sekolah-perlu-diselesaikan-secara-menang-menang/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/isu-tapak-pra-sekolah-perlu-diselesaikan-secara-menang-menang/#respond Tue, 05 Oct 2021 06:39:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7191
Read Time:55 Second

KUALA PENYU : Keputusan secara menang-menang perlu dicapai bagi memastikan isu tapak pembinaan Pra-Sekolah di Kampung Sinapokan Menumbok dapat dicapai.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, perbincangan dan pertemuan telah diadakan bersama pemimpin masyarakat di kampung berkenaan yang turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sinapokan Saiful Suari.

“Perbincangan telah dilakukan bersama mereka dan berharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan projek pembinaan Pra-Sekolah di kampung ini dapat dimulakan demi kepentingan anak-anak di kampung ini.

“Hasil perbincangan ini juga tersebut telah pun saya maklumkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut berharap agar pihak kementerian dapat mengambil tindakan penyelesaian terhadap kemelut itu bagi membolehkan projek itu dapat diteruskan.

Dalam perkembangan lain, Awang Aslee turut melawat bangunan kelas KAFA di Kampung Tanjung Aru yang dalam keadaan usang dan daif selain meninjau keadaan sistem perparitan di sekitar gerai dan bangunan surau lama di kampung itu.

Katanya, kerosakan bangunan dan sistem perparitan yang tersumbat hingga mengakibatkan banjir apabila musim hujan perlu diambil perhatian pihak kerajaan dan mengambil langkah melakukan pembaikan sewajarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/isu-tapak-pra-sekolah-perlu-diselesaikan-secara-menang-menang/feed/ 0 7191
ASMAKK dan YADIM Hulur Bantuan di PKPD Kg Manggis Menumbok https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/#respond Mon, 21 Jun 2021 07:54:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1671
Read Time:56 Second

MENUMBOK: Persatuan Alumni SMK Agama Kota Kinabalu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Sabah tampil menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 buah rumah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Manggis Menumbok semalam (20 Jun).

Rombongan diketuai oleh Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki dan Presiden ASMAKK Dr M Kamel Wan Ibrahim.

Samin berkata ketika ditemui di majlis ringkas itu, beliau mengucapkan tahniah atas inisiatif Alumni berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka berkolaborasi dengan YADIM Sabah membantu meringankan beban bagi penduduk yang terkesan ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Samin turut menasihati penduduk kampung agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam di kampung berkenaan sepanjang pelaksanaan PKPD ini.

Rombongan turut menemui petugas barisan hadapan yang terdiri Polis, Tentera, RELA dan Jabatan Kesihatan bagi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam memantau keadaan kawasan PKPD di Kg Manggis itu.

Pelaksanaan PKPD di Kg Manggis, Menumbok yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini akibat dari penularan kes positif Covid-19 meningkat di kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/asmakk-dan-yadim-hulur-bantuan-di-pkpd-kg-manggis-menumbok/feed/ 0 1671