Menyamar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Mar 2026 11:43:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menyamar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes tipu: Menyamar sebagai polis minta sumbangan https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/#respond Mon, 30 Mar 2026 11:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94011
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kota Kinabalu menerima laporan berhubung kes penipuan membabitkan individu menyamar sebagai anggota polis untuk memohon sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kes berkenaan melibatkan permohonan sumbangan kononnya bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Trafik dan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tahun 2026.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan surat palsu yang memaparkan kepala surat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bagi tujuan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Katanya, modus operandi itu turut melibatkan penggunaan aplikasi WhatsApp bagi menyebarkan permohonan berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang permohonan sumbangan yang meragukan, khususnya yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebarang permohonan berkaitan aktiviti polis perlu disemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap pelbagai taktik terkini jenayah penipuan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/30/kes-tipu-menyamar-sebagai-polis-minta-sumbangan/feed/ 0 94011
Lelaki menyamar pegawai polis trafik ditahan https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-menyamar-pegawai-polis-trafik-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-menyamar-pegawai-polis-trafik-ditahan/#respond Tue, 27 May 2025 11:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74639
Read Time:58 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki yang disenaraikan individu dikehendaki kerana menyamar sebagai pegawai polis trafik berjaya diberkas, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dipercayai menyamar sebagai pegawai trafik bagi menyelesaikan satu kes kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Ladang Giram, Kunak pada 3 Februari lalu.

“Suspek telah menawarkan untuk menyelesaikan kes kemalangan tersebut dan meminta sejumlah wang pampasan daripada mangsa kononnya bagi kos pembaikan.

“Namun, mangsa mula curiga selepas mendapati suspek bukan anggota polis dan kemudian tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan lanjut juga mendapati suspek disenarai hitam dan mempunyai dua rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima sebarang tawaran penyelesaian kes daripada individu yang tidak dikenali.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-menyamar-pegawai-polis-trafik-ditahan/feed/ 0 74639
Polis Tawau belum terima aduan individu menyamar buat bancian penduduk https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/ https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/#respond Fri, 06 Sep 2024 05:55:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60247
Read Time:45 Second

TAWAU: Baru-baru ini tular di media sosial dua individu lelaki didakwa menyamar sebagai Pegawai Kementerian Dalam Negeri sedang berlegar-legar untuk membuat bancian penduduk di sekitar Tawau.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata setakat ini Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau tidak menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak berkaitan sebarang kejadian seperti diatas atas atau sebarang kejadian dirompak oleh mana-mana individu yang menyamar seperti yang didakwa.

“Walau bagaimanapun saya menasihati semua masyarakat agar sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daerah Tawau berada dalam keadaan yang baik dan terkawal pada masa ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bekerjasama baik dengan Balai Polis yang berhampiran dan menyimpan nombor telefon IPD/Balai.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian, sila berhubung dengan pihak polis atau membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berhampiran,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/06/polis-tawau-belum-terima-aduan-individu-menyamar-buat-bancian-penduduk/feed/ 0 60247
Pengguna Diingatkan Waspada Dengan Individu Menyamar Sebagai Pekerja SESB https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/#respond Thu, 21 Oct 2021 06:35:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7736
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pekerja SESB untuk membuat pemeriksaan sistem pendawaian dalaman premis dan mengutip bayaran perkhidmatan daripada orang awam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata kerja pendawaian dalaman premis hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sijil pendawaian dan kompeten dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga.

Beliau menjelaskan bahawa SESB hanya melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja menanggalkan meter elektrik bagi akaun yang telah ditutup dan skop kerja tersebut tidak termasuk menanggalkan pendawaian dalaman premis pengguna.

“Kita juga mengingatkan pengguna bahawa ketika ini kerja pendawaian dalaman tidak termasuk dalam skop kerja senggaraan SESB,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata demikian mengulas kepada satu mesej yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp berhubung sekumpulan lelaki menyamar sebagai anggota kerja SESB memasuki premis pengguna di bandaraya Kota Kinabalu dam memaklumkan kepada mereka mengenai kerosakan pendawaian elektrik mereka.

“Penyamar turut memaklumkan pemilik premis untuk segera membuat pembayaran di pejabat SESB di Asia City bagi tujuan menukar meter dan kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan bekalan elektrik mereka dipotong,” Idris berkata.

Katanya, urusan pembayaran perkhidmatan SESB hanya boleh dibuat di kaunter SESB di semua pejabat SESB dan warga kerja SESB tidak dibenarkan menerima sebarang bayaran berbentuk tunai walaupun bagi pihak syarikat.

Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menghubungi polis jika mereka didatangi individu yang mencurigakan dan meminta bayaran bagi sebarang perkhidmatan berkaitan dengan pendawaian dalaman atau kerja pembaikan kotak jangka di premis.

Pengguna turut dinasihati untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 sekiranya berhadapan dengan situasi seumpama ini bagi mendapatkan kepastian selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/pengguna-diingatkan-waspada-dengan-individu-menyamar-sebagai-pekerja-sesb/feed/ 0 7736