Merancang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Oct 2021 04:40:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Merancang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kumpulan Taiwan Merancang Labur RM1 bilion Untuk Resort Eco-Pelancongan Di Pulau Mengalum https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/#respond Wed, 13 Oct 2021 04:36:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7481
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyambut baik rancangan seorang pelabur dari Taiwan untuk membina sebuah resort eko-pelancongan bertaraf 5 bintang yang mewah di Pulau Mengalum, yang dianggarkan kos keseluruhan lebih RM1 bilion.

“Pelancongan sangat penting bagi Sabah dan sebab itulah sektor ini dikenalpasti sebagai salah satu daripada tiga teras utama dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pertemuan dengan Sinyi Realty Group di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa, Hajiji gembira kerana syarikat hartanah terbesar Taiwan memilih Sabah untuk pelaburan mereka.

“Sabah adalah salah satu negeri paling cantik di Malaysia dan banyak yang kami tawarkan daripada aspek pelaburan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Sejajar dengan SMJ, Hajiji memberi jaminan kepada Kumpulan Sinyi bahawa kerajaan negeri akan memberi bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pelaburan mereka di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Kumpulan Sinyi, Chou Chun Chi merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas sokongan terhadap usaha itu dan mengatakan pembangunan di Pulau Mengalum akan menarik pasaran pelancongan serba mewah.

“Ia akan menyediakan kira-kira 2,400 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan diharapkan dapat membawa 97,000 pelancong ke Sabah setiap tahun,” katanya.

Turut mengiringi Chou dalam kunjungan hormat kepada Hajiji ialah Naib Pengerusi Kumpulan Sinyi, Chou Wang Mei Wen; Pengurus Besar; Chow Kok Yein; Pengurus Kanan Tann Chung Yong dan Pengurus Projek, Chou Chun Hao.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Setelah memperoleh lebih daripada separuh pulau dengan harga RM266 juta pada tahun 2019, Kumpulan Sinyi merancang untuk memulihkan bahagian pulau yang tandus dengan penghutanan semula dan juga memulihkan terumbu karang di sekitarnya yang rosak akibat penggunaan bom ikan.

Pulau Mengalum sebelum ini pernah menjadi pusat kuarantin binatang ternakan sehingga tahun 1997.

Sebelum penularan pandemik COVID-19, Pulau Mengalum yang terletak lebih sejam perjalanan dengan menaiki bot dari ibu negeri, ia amat popular dalam kalangan pelancong dari China.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/kumpulan-taiwan-merancang-labur-rm1-bilion-untuk-resort-eco-pelancongan-di-pulau-mengalum/feed/ 0 7481
Tiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan dengan Sokongan Kleptokrat https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4617
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tiga ahli Parlimen Bersatu hari ini mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa mereka tidak merancang untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan dengan sokongan kleptokrat.

Gesaan itu dibuat hari ini oleh Anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Di dalam satu kenyataan bersama itu mereka merujuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membenarkan kleptokrat memegang jawatan dalam pemerintahan.

“Hari ini, DAP (Parti Tindakan Demokratik) telah menyatakan calon Perdana Menteri mereka adalah Datuk Seri Anwar ibrahim. Walaupun mengakui hakikat bahawa Anwar tidak memiliki angka dan dia tentu akan bergantung kepada sokongan kleptokrat dan kelompok mahkamah, mereka tetap menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya. “

“Setelah membuat penentangan terhadap pemerintahan kleptokrat pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), apakah ini yang DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) mahukan ? iaitu mengambil kuasa walau dengan apa cara sekalipun dengan menjalinkan kerjasama bersama bukan rakan seperjuangan, soal mereka lagi.

Menurut mereka lagi sekiranya tindakan untuk mengambil kuasa itu diteruskan, apakah harga yang dibayar untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan kleptocrat itu? sila nyatakan dan tentunya rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Ahli Parlimen Bersatu itu menambah bahawa apa pun yang berlaku sekarang, Muhyiddin tetap gah menjalankan tanggungjawabnya , walaupun karier politiknya terancam dia tetap enggan menyerah kepada kleptokrat, enggan campur tangan dalam kes mahkamah dan enggan menjual masa depan negara kepada pembida tertinggi.

Sementara itu, dalam ucapan khas Muhyiddin yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, beliau telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) setelah undi percaya di Parlimen yang dijadualkan pada 7 September.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengatakan bahawa tidak seorang pun MP dapat membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menghadirkan diri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai perdana menteri yang baru.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tujuh cadangan bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menjemput semua pimpinan parti politik untuk bersama membincangkan cadangan tersebut dan sekiranya dipersetujui akan memanggil sidang khas untuk membentang usul undi percaya dengan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/feed/ 0 4617