merdeka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Aug 2026 06:33:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png merdeka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penghayatan Jalur Gemilang dan lagu patriotik bentuk jati diri kanak-kanak https://sabahmedia.com/2026/08/26/penghayatan-jalur-gemilang-dan-lagu-patriotik-bentuk-jati-diri-kanak-kanak/ https://sabahmedia.com/2026/08/26/penghayatan-jalur-gemilang-dan-lagu-patriotik-bentuk-jati-diri-kanak-kanak/#respond Wed, 26 Aug 2026 06:12:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102270
Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Pendedahan kepada Jalur Gemilang, Bendera Sabah serta lagu-lagu patriotik seperti Negaraku dan Sabah Tanah Airku sejak usia awal mampu membantu membentuk jati diri dan rasa bangga terhadap negara dalam kalangan kanak-kanak.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, pendidikan patriotisme perlu dimulakan sejak kanak-kanak berada di peringkat pendidikan awal kerana nilai yang diterapkan pada usia muda berupaya menjadi asas kepada pembentukan peribadi mereka.

Menurutnya, penghayatan terhadap simbol dan identiti negara tidak seharusnya dilihat sebagai perkara kecil kerana pengalaman yang dilalui kanak-kanak mampu memberi kesan dalam proses pembentukan pemikiran dan sahsiah mereka.

Katanya, aktiviti mudah seperti berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dimainkan, mengibarkan bendera serta mengenali simbol kenegaraan merupakan antara pendekatan yang boleh digunakan bagi memperkenalkan nilai patriotisme kepada kanak-kanak.

“Apabila anak-anak diajar mengenali Jalur Gemilang, menghormati Bendera Sabah, menyanyikan Negaraku dan Sabah Tanah Airku, mereka sebenarnya sedang membina identiti dan rasa bangga terhadap tanah air,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Tunas Patriot 2026 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu di Tadika Chung Hwa Penampang di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis Shahrudin Mat Husain; Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Idris Puteh; Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Polis Dayang Nur Azrinawaty Awang Kachee; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (Sektor Perancangan PPD), Kassim Wiro; serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azmi Matussin.

Arif berkata, pengalaman berkenaan juga dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa kecintaan terhadap negara bukan hanya dizahirkan ketika sambutan Hari Kebangsaan, sebaliknya perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, patriotisme perlu diterjemahkan melalui amalan positif termasuk mematuhi peraturan, menghormati orang lain, menjaga keharmonian serta mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

“Patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera atau melaungkan Merdeka. Patriotisme ialah rasa cinta kepada negara yang diterjemahkan melalui sikap, disiplin, hormat-menghormati dan tanggungjawab kita setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Program Tunas Patriot 2026 merupakan satu platform yang baik untuk memberikan pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak dalam menghayati nilai patriotisme.

Program yang julung kali dilaksanakan melalui kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu itu melibatkan 20 buah tadika swasta di sekitar Kota Kinabalu.

Beliau berkata, penglibatan anggota polis dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali agensi keselamatan negara dalam suasana yang lebih mesra dan positif.

Katanya, pendekatan sedemikian penting kerana pengalaman yang dilalui secara langsung lebih mudah diingati oleh kanak-kanak dan boleh membantu mereka memahami peranan setiap individu dalam masyarakat.

“Bagi kita, perkara ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi bagi seorang kanak-kanak, pengalaman berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dimainkan, mengibarkan bendera dan berinteraksi dengan anggota polis merupakan pengalaman yang akan mereka ingat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha menyemai patriotisme dalam kalangan kanak-kanak dapat diteruskan secara berterusan melalui kerjasama antara tadika, ibu bapa, komuniti dan agensi kerajaan.

Katanya, pendidikan awal yang menggabungkan ilmu pengetahuan dengan nilai patriotisme mampu membantu melahirkan generasi yang bukan sahaja berkemahiran, malah mempunyai jati diri dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Beliau turut berharap lebih banyak institusi pendidikan awal kanak-kanak dapat menyertai program seumpama itu pada masa akan datang bagi memperluaskan usaha membentuk generasi yang mencintai negara sejak kecil.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/26/penghayatan-jalur-gemilang-dan-lagu-patriotik-bentuk-jati-diri-kanak-kanak/feed/ 0 102270
Program komuniti medium Kerajaan dekati rakyat – Hendrus https://sabahmedia.com/2026/08/26/program-komuniti-medium-kerajaan-dekati-rakyat-hendrus/ https://sabahmedia.com/2026/08/26/program-komuniti-medium-kerajaan-dekati-rakyat-hendrus/#respond Wed, 26 Aug 2026 03:33:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102258
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA MARUDU : Program bersama komuniti menjadi medium penting bagi kerajaan mendekati rakyat, menyampaikan maklumat sahih serta memahami keperluan di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Hendrus Anding berkata, pendekatan secara langsung itu memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Penglibatan pelbagai agensi dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan wakil kerajaan, sekali gus mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan.

“Program bersama komuniti seperti ini memberi ruang kepada kerajaan untuk lebih mendekati rakyat, menyampaikan maklumat yang sahih, mendengar suara komuniti serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan masyarakat setempat.

“Penglibatan pelbagai agensi dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan wakil kerajaan, sekali gus mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan.

“Keutamaan kita adalah memperkukuh kemudahan asas, meningkatkan peluang ekonomi, memperkasa belia, memperkukuh pendidikan dan memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Tamu Berbumbung Pekan Tandek, di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Hendrus berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah juga wajar dijadikan ruang untuk memperkukuh semangat patriotisme serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat.

“Semangat patriotisme tidak seharusnya hanya dirasai ketika sambutan Hari Kebangsaan, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan setiap hari dengan menjaga keharmonian, menghormati perbezaan dan memelihara keamanan.

“Kenalilah sejarah, cintailah Malaysia dan teruskan usaha membina masa depannya yang baik untuk negeri Sabah dan negara kita Malaysia,” ujarnya.

Hendrus berharap program seumpama itu dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk memperkukuh hubungan kerajaan dan rakyat, menyemai semangat patriotisme serta membina komuniti yang lebih berilmu, prihatin dan bersatu padu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/26/program-komuniti-medium-kerajaan-dekati-rakyat-hendrus/feed/ 0 102258
1,500 peserta semarak semangat patriotisme menerusi Langkah Jiwa Merdeka https://sabahmedia.com/2026/08/24/1500-peserta-semarak-semangat-patriotisme-menerusi-langkah-jiwa-merdeka/ https://sabahmedia.com/2026/08/24/1500-peserta-semarak-semangat-patriotisme-menerusi-langkah-jiwa-merdeka/#respond Mon, 24 Aug 2026 01:26:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102177
Read Time:1 Minute, 31 Second

KUDAT: Seramai 1,500 peserta daripada pelbagai peringkat usia menyertai program Langkah Jiwa Merdeka di sini, Ahad, dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Program anjuran sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai sesi pemanasan badan sebelum peserta meneruskan perjalanan sejauh tiga kilometer bermula dari perkarangan Dewan Terbuka Tomborungus.

Pelepasan peserta disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Peter Tong Ah Pin, yang juga Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026.

Sepanjang perjalanan, peserta membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah sambil diiringi lagu-lagu patriotik yang diperdengarkan oleh unit Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah.

Suasana berkenaan bukan sahaja memeriahkan program, malah menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Selain aktiviti berjalan kaki, beberapa agensi kerajaan turut mengambil bahagian dengan membuka reruai bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan serta maklumat kepada masyarakat setempat.

Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, Jabatan Pertanian Sabah Daerah Kudat dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kudat.

Penyertaan agensi berkenaan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta maklumat berkaitan penjagaan kesihatan, pertanian dan pencegahan penyalahgunaan dadah.

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung, termasuk permainan flying fox anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kudat.

Hospital Kudat pula menganjurkan kempen derma darah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah bagi membantu memenuhi keperluan bekalan darah hospital.

Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan khas untuk peserta sebagai tarikan tambahan sepanjang berlangsungnya program.

Penganjuran Langkah Jiwa Merdeka dilihat bukan sahaja menjadi platform menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan.

Program berkenaan turut memperlihatkan semangat kebersamaan masyarakat Kudat dalam menyambut sambutan kemerdekaan dengan membawa mesej perpaduan, patriotisme dan kecergasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/24/1500-peserta-semarak-semangat-patriotisme-menerusi-langkah-jiwa-merdeka/feed/ 0 102177
Kerjasama APMM-JAPEN semarak patriotisme melalui KMJG 2026 di Semporna https://sabahmedia.com/2026/08/19/kerjasama-apmm-japen-semarak-patriotisme-melalui-kmjg-2026-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/08/19/kerjasama-apmm-japen-semarak-patriotisme-melalui-kmjg-2026-di-semporna/#respond Wed, 19 Aug 2026 01:51:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101892
Read Time:1 Minute, 57 Second

SEMPORNA: Kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah menerusi penganjuran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti, khususnya masyarakat maritim di negeri ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, kerjasama berkenaan kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya selepas bermula di Sandakan pada 2024, diteruskan di Pulau Banggi, Kudat pada 2025 dan kini diadakan di Semporna.

Menurut beliau, walaupun lokasi penganjuran berubah setiap tahun, matlamat utama program itu kekal sama iaitu membawa semangat kemerdekaan lebih dekat kepada rakyat serta mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

“Kerjasama ini turut melengkapi usaha APMM dan JAPEN dalam mendekati komuniti menerusi program INFO ON BOAT, khususnya bagi menyampaikan maklumat serta mesej berkaitan perkhidmatan dan peranan agensi kepada masyarakat maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena KMJG 2026 Daerah Semporna di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Zon Maritim Semporna, di sini.

Khairulanuar berkata, pendekatan berasaskan kebersamaan itu diteruskan melalui beberapa inisiatif baharu yang diperkenalkan sepanjang KMJG 2026 bagi memperluaskan impak program kepada masyarakat.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah pengenalan Kotak Kembara Cilik di Nabawan, Pek Kembara Cilik dan Kotak Kembara Sejahtera di Kalabakan, pengedaran Beg Kembara Sejahtera serta pelancaran Pin Badge “Malaysia Tanah Airku, Saya Sayang Sabah” di Semporna.

Selain itu, Pek Kembara Sejahtera juga dijadualkan dibawa ke daerah Paitan dalam siri program seterusnya.

Khairulanuar berkata, pelaksanaan pelbagai inisiatif tersebut merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara serta menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Sabah.

“Penglibatan bersama agensi kerajaan dan komuniti menerusi KMJG membuktikan semangat patriotisme dapat diterjemahkan melalui tindakan bersama, bukan sekadar sambutan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

“Sebagai agensi yang mewakili kerajaan, kita membawa hasrat kerajaan kepada komuniti dan bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang supaya semangat kenegaraan dan kemerdekaan itu sampai kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau turut berharap hubungan kerjasama yang terjalin antara Maritim Malaysia dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah dapat terus diperkukuhkan pada masa hadapan bagi memastikan semangat patriotisme terus subur dan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat.

Terdahulu, program itu turut dimeriahkan dengan pengagihan Jalur Gemilang kepada penduduk Kampung Balimbangan, pelaksanaan Program Langkah Jiwa Merdeka serta gimik perasmian KMJG 2026 Daerah Semporna yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/19/kerjasama-apmm-japen-semarak-patriotisme-melalui-kmjg-2026-di-semporna/feed/ 0 101892
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah semarak semangat patriotik https://sabahmedia.com/2026/08/13/kempen-kibarkan-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarak-semangat-patriotik/ https://sabahmedia.com/2026/08/13/kempen-kibarkan-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarak-semangat-patriotik/#respond Thu, 13 Aug 2026 00:21:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101460
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Kempen mengibarkan bendera Kebangsaan dan bendera negeri Sabah perlu terus dipergiatkan sebagai usaha memupuk semangat cintakan negara, menyemarakkan nilai patriotisme serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, bersempena bulan sambutan Kemerdekaan, Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Hari Sabah yang diraikan sepanjang Ogos, pelbagai inisiatif menyemarakkan jiwa patriotik wajar dilaksanakan secara berterusan, khususnya di peringkat akar umbi.

Menurutnya, usaha berkenaan penting bagi menanam rasa cinta terhadap negara dan negeri, selain menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab dalam kalangan rakyat untuk menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi.

“Sudah tentu, kempen mengibarkan bendera ini penting dalam usaha kita meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Dengan kukuhnya perpaduan, rasa cinta kepada negara dapat membangkitkan semangat semua pihak untuk bersatu padu dalam memajukan negara dan negeri kita.

“Malah, bersempena dengan bulan sambutan sebegini, nilai-nilai tersebut secara tidak langsung dapat menyemarakkan jati diri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan, Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Komuniti MADANI Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Shah Awang Sahari; Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd merangkap ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; serta Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.

Terdahulu, Shahelmey turut menyertai aktiviti penjelajahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang melibatkan 25 buah kenderaan dengan penyertaan seramai 63 anggota daripada pelbagai agensi.

Konvoi berkenaan bermula dari Dewan Sri Putatan sebelum bergerak ke Balai Polis Putatan, Kampung Sri Pandan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Contoh, Balai Raya Kampung Muhibbah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, Balai Bomba Putatan, SMK Tansau dan Balai Raya Kampung Meruntum.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/13/kempen-kibarkan-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarak-semangat-patriotik/feed/ 0 101460
KMJG semarak patriotisme, perluas kempen pengibaran Jalur Gemilang di Sipitang https://sabahmedia.com/2026/08/08/kmjg-semarak-patriotisme-perluas-kempen-pengibaran-jalur-gemilang-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2026/08/08/kmjg-semarak-patriotisme-perluas-kempen-pengibaran-jalur-gemilang-di-sipitang/#respond Sat, 08 Aug 2026 02:02:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101214
Read Time:1 Minute, 27 Second

SIPITANG: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) meneruskan jelajahnya ke Daerah Sipitang menerusi Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) Kluster Rumah Ibadat bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluaskan kempen pengibaran Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat.

Program yang berlangsung di Masjid Haji Abdullah, Kampung Lumut, pada Khamis itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan perpaduan komuniti menerusi pengisian kerohanian serta mesej kenegaraan.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam Masjid Haji Abdullah, Osman Matusin.

Selepas solat Isyak, para jemaah meneruskan pengisian dengan bacaan Surah Al-Mulk sebelum acara kemuncak menyaksikan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, menyerahkan kit Jalur Gemilang kepada Pengerusi Masjid Haji Abdullah, Kampung Lumut, Ali Amat Sunting.

Penyerahan berkenaan menjadi simbolik penyertaan institusi rumah ibadat dalam Kempen 1R1JG, sekali gus memperlihatkan komitmen masyarakat setempat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pada majlis sama, Pegawai Penerangan Daerah (PPD) Sipitang, Suhaimie Sahirul, turut memberi penerangan mengenai tatacara penggunaan dan pengibaran Jalur Gemilang.

Beliau menekankan kepentingan menghormati bendera kebangsaan sebagai lambang kedaulatan negara selain memastikan penggunaannya mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Penganjuran Kluster Rumah Ibadat adalah pengisian baharu dalam Kempen 1R1JG tahun ini yang bertujuan memperluaskan penyertaan masyarakat melalui institusi keagamaan.

Pendekatan itu diharap dapat menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan serta menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang secara lebih meluas dalam kalangan rakyat.

Konvoi KMJG yang memulakan jelajah pada 1 Ogos lalu akan meneruskan perjalanan ke seluruh daerah di Sabah dengan pelbagai pengisian bersama komuniti sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan.

Selain mengedarkan Jalur Gemilang, program berkenaan turut menjadi platform menyampaikan mesej kenegaraan dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Daerah Sipitang, DK Noorasrianna Pg Mohd Nooh; Penasihat Masjid Haji Abdullah, Kampung Lumut, Kasim Karim serta Komuniti MADANI Daerah Sipitang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/08/kmjg-semarak-patriotisme-perluas-kempen-pengibaran-jalur-gemilang-di-sipitang/feed/ 0 101214
80 kedai di Jalan Gaya terima Jalur Gemilang, Bendera Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/23/80-kedai-di-jalan-gaya-terima-jalur-gemilang-bendera-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/23/80-kedai-di-jalan-gaya-terima-jalur-gemilang-bendera-sabah/#respond Fri, 22 Aug 2025 21:46:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79858
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil inisiatif mengagih dan mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah kepada para peniaga di sekitar Jalan Gaya di sini pada Jumaat

Agihan bendera itu disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah pada sesi tinjauan mesra kibar bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.

Sabin ketika ditemui berkata, kira-kira 80 buah kedai di sepanjang Jalan Gaya menerima agihan bendera Jalur Gemilang dan Sabah

Katanya, selain Jalan Gaya, beberapa premis di lokasi lain turut menerima agihan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

“Antara kawasan lain yang turut menerima agihan bendera adalah di kawasan Bandaran; Sinsuran; Kampung Air dan Segama.

“Selain agihan bendera, kita turut memberi tunjuk ajar kepada peniaga mengenai cara pemasangan bendera dengan betul bagi memastikan ia dikibarkan dengan penuh hormat.

“Kita berharap aktiviti ini dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kota, di samping menghargai makna kemerdekaan negara dan negeri,” katanya.

Sementara itu, Sabin berkata, usaha menyemarakkan semangat merdeka tidak terhenti dengan pengedaran bendera semata-mata.

Katanya, pihaknya turut menggalakkan pengurusan pusat beli-belah dan premis perniagaan untuk memainkan lagu-lagu patriotik sepanjang bulan kemerdekaan.

“Apabila masyarakat berjalan di pusat beli-belah atau ruang awam, mereka boleh merasai suasana patriotisme dengan alunan lagu-lagu kebangsaan dan negeri.

“Ini juga sebahagian cara menyuburkan rasa cinta pada tanah air,” katanya.

Beliau berkata, DBKK komited memastikan Kota Kinabalu terus menjadi bandar raya yang hidup dengan semangat perpaduan, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan Malaysia Madani. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/23/80-kedai-di-jalan-gaya-terima-jalur-gemilang-bendera-sabah/feed/ 0 79858
Bulan Kebangsaan peluang semai patriotisme, bukan sekadar rutin tahunan https://sabahmedia.com/2025/08/17/bulan-kebangsaan-peluang-semai-patriotisme-bukan-sekadar-rutin-tahunan/ https://sabahmedia.com/2025/08/17/bulan-kebangsaan-peluang-semai-patriotisme-bukan-sekadar-rutin-tahunan/#respond Sun, 17 Aug 2025 08:10:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79470
Read Time:2 Minute, 16 Second

Kota Belud : Bulan Kebangsaan bukan sekadar acara rutin tahunan, sebaliknya ruang penting untuk rakyat mengimbas kembali erti kemerdekaan dan menanamkan nilai cintakan tanah air.

Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek berkata, rakyat Sabah turut memperkukuh makna sambutan ini dengan meraikan Hari Sabah pada 31 Ogos, yang mula diwartakan secara rasmi sejak 2023.

“Bagi rakyat Sabah, Hari Sabah bukan hanya perayaan, tetapi peringatan penting bahawa negeri ini bukan sekadar pyumbang kepada sejarah negara, malah menjadi tunjang penting dalam perpaduan dan kemajuan Malaysia. 

“Sambutan ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan, tetapi juga mengenang jati diri dan peranan besar rakyat Sabah dalam membina negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Inspirasi MADANI (SIM) 2025 bagi mewakili Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Program itu adalah anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, di sini, pada Ahad.

Wahab turut mengingatkan masyarakat agar mengubah sikap sambil lewa terhadap semangat patriotik yang sering muncul hanya ketika bulan kebangsaan.

“Realitinya, setiap kali masuk bulan kebangsaan baru ramai yang sibuk mencari bendera. Malah ada juga segelintir masyarakat hanya mahu mengibarkan Jalur Gemilang jika diberi secara percuma. 

“Kalau tidak dapat percuma, terus tidak kisah. Sikap sebegini perlu diubah,” katanya.

Beliau turut menyeru agar masyarakat lebih proaktif menzahirkan semangat patriotisme bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga melalui penghayatan nilai kemerdekaan dalam kehidupan seharian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, berkata menjaga negara adalah tanggungjawab bersama rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Tanggungjawab menjaga negara ini adalah rasa kenegaraan yang mesti kita pupuk. Pemimpin datang dan pergi, tetapi negara ini tetap sebuah negara berdaulat. 

“Proses membina negara kita masih baharu, hanya sekitar enam dekad, jadi cita-cita ini mesti diteruskan. Jangan biarkan media sosial menentukan masa depan kita,” katanya. 

Menurutnya, hidup bersama dalam kepelbagaian ini adalah kekuatan sebenar Malaysia. 

“Kalau mahu belajar hidup dalam kepelbagaian, datanglah ke Sabah, di sini kita meraikan perbezaan dan menjaganya sebagai kekuatan,” katanya.

Beliau menambah, Perlembagaan Persekutuan menjadi bingkai pembentukan negara, manakala Rukun Negara pula berperanan sebagai ideologi yang mengikat bangsa.

“Perdana Menteri sekarang datang dengan inspirasi MADANI yang perlu kita hayati, kerana ia menuntut kita membina negara berasaskan nilai, dengan rakyat sebagai terasnya,” jelasnya.

Beliau berkata, pengisian yang dibawa termasuk pameran perkhidmatan kerajaan, Bicara Ikon Belia, program TVET dan kerjaya, pameran ekonomi hijau serta pertanian moden, pentas komuniti dan jualan produk tempatan.

“Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran terhadap nilai Malaysia MADANI, memupuk semangat patriotisme dan tanggungjawab sosial serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti setempat,” katanya.

Program ini turut disemarakkan dengan aktiviti Explore Race Belia, persembahan kebudayaan serta Kempen Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/17/bulan-kebangsaan-peluang-semai-patriotisme-bukan-sekadar-rutin-tahunan/feed/ 0 79470
Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarakkan patriotisme rakyat https://sabahmedia.com/2025/08/13/kembara-merdeka-jalur-gemilang-semarakkan-patriotisme-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/08/13/kembara-merdeka-jalur-gemilang-semarakkan-patriotisme-rakyat/#respond Tue, 12 Aug 2025 23:40:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79130
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kembara Merdeka Jalur Gemilan 2025 anjuran Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah terus menyemarakkan semangat patriotisme rakyat negeri ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, program seumpama itu amat bermakna setiap kali tiba bulan Ogos kerana ia menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.

“Konvoi Kembara Jalur Gemilang ini menjelajah dari satu daerah ke satu daerah untuk menyemai rasa bangga dan sayang kepada tanahair. Saya berharap semua lapisan masyarakat dapat mengambil iktibar, memperbaharui tekad serta terus mendukung usaha kerajaan demi kesejahteraan negara dan negeri.

“Paling penting masyarakat diminta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih di media sosial yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Oleh itu, saya mengajak pemimpin masyarakat dan penjawat awam agar menjadi penyampai maklumat tepat agar dapat mempertahankan nama baik kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

NIzam (dua dari kiri) menerima Jalur Gemilang daripada Jainisah. Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata

Terdahulu, beliau melancarkan perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilan 2025 peringkat daerah Tawau di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau, yang turut dihadiri Pengarah Japen Sabah, Jainisah Mohd Noor.

NIzam menambah, budaya mengibarkan Jalur Gemilang harus dijadikan amalan seperti rakyat negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang menyambut hari kemerdekaan mereka dengan penuh semangat patriotisme.

“Kalau kita benar-benar anak Malaysia, kita harus mengenepikan perkara remeh dan menunjukkan rasa cinta kepada negara melalui tindakan, termasuk menaikkan bendera,” ujarnya.

Sementara itu, Janisah berkata, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 melibatkan 75 lokasi singgahan di seluruh Sabah, termasuk kampung, kawasan pinggir bandar dan pulau-pulau.

“Sejajar tema Hari Kebangsaan tahun ini Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, kami cuba mendekati seramai mungkin masyarakat di semua pelusuk negeri,” katanya.

Menurut beliau, konvoi tahun ini disertai lebih 15 agensi termasuk pasukan beruniform, dengan purata 20 kenderaan di setiap destinasi.

Katanya, tahun ini merupakan kali kedua Sabah meraikan sambutan berganda iaitu Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos, yang disusuli dengan Hari Malaysia pada 16 September.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/13/kembara-merdeka-jalur-gemilang-semarakkan-patriotisme-rakyat/feed/ 0 79130
Belia perlu isi kemerdekaan sebaiknya – Matbali https://sabahmedia.com/2024/08/12/belia-perlu-isi-kemerdekaan-sebaiknya-matbali/ https://sabahmedia.com/2024/08/12/belia-perlu-isi-kemerdekaan-sebaiknya-matbali/#respond Mon, 12 Aug 2024 05:05:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58894
Read Time:1 Minute, 4 Second

Sipitang: Golongan belia khususnya di negeri ini perlu mengisi kemerdekaan dengan sebaiknya selain menjadi generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, golongan belia juga harus memahami erti kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan sebaik mungkin

“Saya mengharapkan kepada semua belia supaya akan terus memikirkan bagaimana cara untuk mengisi kemerdekaan.

“Seperti kita maklum, mereka ini merupakan pelapis dan juga pemimpin akan datang maka sudah tentu yang akan mencorakkan masa depan negara ini adalah belia.

“Jadi, kita mengharapkan supaya belia akan terus bersama berganding bahu dan berkolaborasi untuk memastikan supaya mereka terus memartabatkan kemerdekaan serta memastikan golongan ini menjadi anak yang merdeka dan mengisi kemerdekaan sebaik mungkin.

“Kita mengharapkan mereka tidak terlibat dengan gejala sosial yang merunsingkan dan mendatangkan kegelisahan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin masa kini.

“Ini amatlah penting kerana mereka adalah modal insan yang perlu kita gilap dan kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Sipitang di Esplanade Sipitang yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Awang Raimy Pg Abd Rahman.

KMJG Negeri Sabah 2024 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor kini masuk hari keempat selepas menghabiskan perjalanan sejauh 320km melibatkan 15 hentian dan merentasi enam daerah sebelum tiba ke Sipitang sebagai daerah ketujuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/12/belia-perlu-isi-kemerdekaan-sebaiknya-matbali/feed/ 0 58894