Merealisasikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Jan 2023 06:53:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Merealisasikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekalkan kestabilan Kerajaan Negeri, beri peluang untuk merealisasikan visi SMJ – Jamain https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/ https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/#respond Tue, 31 Jan 2023 06:53:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28797
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kestabilan Kerajaan Negeri Sabah perlu dikekalkan sehingga penggal ke-16 Sabah tamat, untuk memberi peluang kepada kerajaan merealisasikan visi Sabah Maju Jaya (SMJ) menjelang tahun 2025.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Jamain Sarudin berkata, kemelut politik Sabah hampir reda, apabila Ketua Menteri menyusun semula pentadbiran negeri termasuk merombak kabinet pada 11 Januari.

Justeru itu, katanya, masa ini bukan masa berpolitik, akan tetapi masa bekerja untuk menunaikan janji-janji pilihan raya negeri pada September 2020.

“Kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berada pada landasan betul, seperti mana dibuktikan menerusi kutipan hasil negeri pada Tahun 2022 yang berjumlah RM6.97 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamain yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, era kepemimpinan negeri masa ini, bukan sahaja memastikan isu-isu tertangguh dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan, akan tetapi juga merealisasikannya.

Katanya, salah satu pencapaian kerajaan hari ini, apabila Geran Khas Persekutuan meningkat berkali ganda, yang mana untuk Tahun 2023 berjumlah RM260 juta, dan dijangka akan terus meningkat menjelang tahun 2026, apabila formula pengiraan dimuktamadkan.

Oleh itu beliau turut mencadangkan mana-mana pihak, agar memberi kepercayaan pada kepemimpinan negeri untuk terus mengurus negeri tanpa gangguan atau campur tangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/feed/ 0 28797
Usahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/#respond Sun, 12 Dec 2021 10:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9791
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan semua termasuk masyarakat India diperlukan untuk memastikan matlamat di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ adalah rangka pembangunan yang inklusif untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya progresif.

Beliau turut menggesa masyarakat India dan usahawan di Sabah mengambil kesempatan daripada pakej ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12).

“Saya berharap masyarakat India di Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan memastikan semua agenda serta inisiatif pemulihan ekonomi dalam SMJ berjaya,” katanya semasa majlis makan malam bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Hotel Le Meridien di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

Ketua Menteri turut mengambil maklum tentang rungutan masyarakat India Sabah, terutamanya berkaitan isu yang tidak dapat diselesaikan seperti pemastautin tetap dan pembiayaan untuk kuil.

“Saya percaya isu ini boleh ditangani dengan kerjasama antara SICC dan badan yang mewakili masyarakat India,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/feed/ 0 9791