Merupakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 29 Sep 2023 12:48:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Merupakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama STAR dan PBS merupakan kombinasi yang baik – Jackerson https://sabahmedia.com/2023/09/29/kerjasama-star-dan-pbs-merupakan-kombinasi-yang-baik-jackerson/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/kerjasama-star-dan-pbs-merupakan-kombinasi-yang-baik-jackerson/#respond Fri, 29 Sep 2023 12:48:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42759
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua EXCO Wiramuda STAR Jackerson Ng Hwa Qing berkata kerjasama antara STAR dan PBS merupakan kombinasi yang baik berdasarkan kewujudan persamaan matlamat perjuangan menuntut hak-hak, membela kepentingan dan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Sabah.

“Wiramuda StarSabah sedia menyokong apa jua inisiatif yang positif dan berkomitmen untuk bekerjasama sepenuhnya bersama Pemuda PBS dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah bahawa ini adalah satu langkah penting dalam evolusi politik politik tempatan, terutama memandangkan inisiatif kerjasama ini telah dicetuskan sendiri pada peringkat kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Pada 1 Julai yang lalu Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengeluarkan kenyataan sedia bergabung dengan PBS untuk menguatkan kedua-dua parti pelbagai kaum tersebut.

Sehari kemudian pada 2 Julai, Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata sebarang usaha ke arah memumpuk perpaduan wajar diberikan pengiktirafan dan cadangan itu memerlukan perbincangan teliti di peringkat akar umbi.

Sehubungan dengan itu pada 22 September lalu Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pandangan semua perwakilan perlu diperolehi dan cadangan seterusnya dibawa ke dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Joachim turut menyatakan bahawa satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan selepas Kongres Tahunan Perwakilan PBS Ke-38 yang berlangsung pada keesokan harinya, 23 September 2023.

Jawatankuasa ini akan melibatkan dua atau tiga ahli dari PBS dan dari parti STAR.

“Malahan beberapa hari yang lalu, Penasihat PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut menyatakan sokongan beliau terhadap kerjasama antara STAR dan PBS dengan harapan untuk mengelakkan sebarang bentuk sabotaj antara dua parti politik itu.

“Dalam konteks ini, saya sangat bersetuju kerana sejauh mana pun perbezaan kita, objektif akhir adalah untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat Sabah,” kata Jackerson.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/kerjasama-star-dan-pbs-merupakan-kombinasi-yang-baik-jackerson/feed/ 0 42759
Unduk Ngadau Kaamatan Merupakan Simbolik Kepada Peringatan Mitos Huminodun – Richard https://sabahmedia.com/2021/06/13/unduk-ngadau-kaamatan-merupakan-simbolik-kepada-peringatan-mitos-huminodun-richard/ https://sabahmedia.com/2021/06/13/unduk-ngadau-kaamatan-merupakan-simbolik-kepada-peringatan-mitos-huminodun-richard/#respond Sun, 13 Jun 2021 08:20:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1147
Read Time:1 Minute, 7 Second

PITAS: Persatuan Rungus Pitas Sabah (PISAAN) menyelar hujahan mahkamah seorang peguam yang menyamakan pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dengan ‘persembahan lembu eksotik’ dan ‘acara lelong’.

Presiden PISAAN Richard Mazagi dalam kenyataan media hari ini berkata hujahan tersebut merupakan penghinaan yang sangat menyakitkan dan mengguris ramai orang di kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR).

“Acara Unduk Ngadau Kaamatan merupakan satu platform untuk menonjolkan gadis-gadis KDMR yang menjadi simbolik kepada peringatan mitos Huminodun.

“Mitos di sebalik acara Unduk Ngadau Kaamatan bukanlah cerita yang boleh dijadikan bahan lawak atau penghinaan kerana ia melibatkan satu pengorbanan yang besar iaitu nyawa seorang gadis, demi mengeluarkan umat manusia dari kelaparan.

“Masyarakat Rungus di daerah Pitas sangat kesal dengan hujahan tersebut dan menyifatkannya sebagai kenyataan melampau yang tidak menghormati budaya dan wanita KDMR,” katanya.

Menurut Richard, penganjuran Unduk Ngadau sejak tahun 60an telah melahirkan ramai wanita berjaya dan mereka bukan sahaja memperkasa wanita lain dari pelbagai aspek, namun telah menjadikan pertandingan tersebut sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

“Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik tradisi yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan meletakkan Sabah di peta dunia.

“Hujahan yang menghina Unduk Ngadau ini sangat keterlaluan, dan kami menggesa peguam terbabit menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

“Kami juga berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk semua pihak agar menghormati wanita dan tidak menghina budaya KDMR,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/13/unduk-ngadau-kaamatan-merupakan-simbolik-kepada-peringatan-mitos-huminodun-richard/feed/ 0 1147