mesin basuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 Aug 2025 05:08:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mesin basuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita dakwa Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh diminta serah maklumat kepada polis untuk siasatan – Peguam https://sabahmedia.com/2025/08/06/wanita-dakwa-zara-dimasukkan-ke-dalam-mesin-basuh-diminta-serah-maklumat-kepada-polis-untuk-siasatan-peguam/ https://sabahmedia.com/2025/08/06/wanita-dakwa-zara-dimasukkan-ke-dalam-mesin-basuh-diminta-serah-maklumat-kepada-polis-untuk-siasatan-peguam/#respond Wed, 06 Aug 2025 05:08:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78671
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Wanita dalam video tular yang mendakwa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh diminta menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, berkata anak guam mereka tidak pernah memberi maklumat sedemikian kepada sesiapa.

“Video seorang wanita menceritakan tentang Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi.

“Kami memohon wanita berkenaan menyalurkan maklumat itu kepada polis bagi tujuan siasatan,” kata peguam dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial video seorang wanita yang mendakwa kononnya Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh dan CCTV mengenai perkara itu didakwa telah ditemui.

Wanita terbabit yang membuat siaran langsung di TikTok turut menjawab persoalan yang diajukan oleh penonton berhubung kes Zara.

Video berkenaan telah dimuat naik semula dalam pelbagai platform media sosial oleh pengguna lain.

Zara, pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa jatuh dari bangunan asrama. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 petang, 17 Julai.

Kejadian itu tular di media sosial susulan dakwaan kejadian buli yang mengaitkan anak menteri, VIP dan individu berpengaruh dengan kematian pelajar terbabit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah pelbagai naratif liar timbul ekoran perkembangan kes Zara yang disifatkan sebagai perlahan.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran gambar kronologi yang menggambarkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 pada jam 8 pagi pada 16 Julai lalu juga adalah satu spekulasi.

“Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang dari anak guam kami,” tegas peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/06/wanita-dakwa-zara-dimasukkan-ke-dalam-mesin-basuh-diminta-serah-maklumat-kepada-polis-untuk-siasatan-peguam/feed/ 0 78671