mesir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jan 2025 08:34:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mesir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPT Pantau Rapat Insiden Kemalangan Pelajar Malaysia di Mesir https://sabahmedia.com/2025/01/28/kpt-pantau-rapat-insiden-kemalangan-pelajar-malaysia-di-mesir/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/kpt-pantau-rapat-insiden-kemalangan-pelajar-malaysia-di-mesir/#respond Tue, 28 Jan 2025 08:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67641
Read Time:46 Second

PUTRAJAYA, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan bantuan dan memantau keadaan lapan pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir, pada 25 Januari lalu.

Dalam kenyataan pada Selasa, KPT mengesahkan lima pelajar mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di wad pesakit luar Hospital Sayed Galal, Kaherah. Tiga lagi pelajar telah dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“Kementerian sedang memantau rapat perkembangan situasi ini dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri,” menurut kenyataan itu.

Smeentara itu, KPT turut menggesa semua pelajar untuk mengemas kini maklumat peribadi dan akademik mereka di portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memastikan akses maklumat yang cepat dan tepat sekiranya berlaku kecemasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan atau diperoleh menerusi Education Malaysia Mesir (EME) di:

Alamat: Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha Square, Abbasiah, Kaherah, Mesir.

Telefon: +00 202 2487 3858

E-mel: [email protected]

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/kpt-pantau-rapat-insiden-kemalangan-pelajar-malaysia-di-mesir/feed/ 0 67641
Pelajar Diingatkan Sentiasa Patuh SOP Elak Jangkitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/10/01/pelajar-diingatkan-sentiasa-patuh-sop-elak-jangkitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/pelajar-diingatkan-sentiasa-patuh-sop-elak-jangkitan-covid-19/#respond Fri, 01 Oct 2021 07:51:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7067
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Univeristi Al-Azhar Mesir diingatkan untuk sentiasa mengikuti dan patuh kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa negara itu termasuk Malaysia.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bagi memastikan tiada penularan jangkitan wabak COVID-19 dikalangan pelajar negara ini khususnya dari Sabah.

“Saya menasihati mereka agar terus mengikuti SOP kerana dunia masih ada jangkitan COVID-19 termasuklah di Mesir. 

“Selain itu, saya juga meminta mereka agar memanfaatkan peluang yang ada di Mesir untuk menimba ilmu sebanyak mungkin serta mesti menjalin hubungan baik dengan rakan-rakan lain dari negeri lain di Malaysia termasuk pelajar antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar pelajar-pelajar Sabah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini semalam.

Mohd Arifin berkata, para pelajar juga perlu sentiasa memberi tumpuan yang penting kepada pelajaran sepanjang mengikuti pengajian di universiti tertua di dunia itu.

“Saya juga turut mengingatkan mereka untuk sentiasa berhubung dan aktif bersama Persatuan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir yang kami tubuhkan semasa saya berada disana. Inilah persatuan yang boleh menaungi mereka disamping sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di Mesir,” katanya.

Terdahulu, seramai 35 orang pelajar dari negeri ini mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Usuludin, Syariah dan Bahasa Arab.

Mereka semua ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui bantuan Zakat dan Fitrah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/pelajar-diingatkan-sentiasa-patuh-sop-elak-jangkitan-covid-19/feed/ 0 7067