Mess night – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Apr 2026 01:37:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mess night – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Musa hadiri Royal Mess Night, himpun 1,000 warga keselamatan https://sabahmedia.com/2026/04/15/tun-musa-hadiri-royal-mess-night-himpun-1000-warga-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/tun-musa-hadiri-royal-mess-night-himpun-1000-warga-keselamatan/#respond Wed, 15 Apr 2026 01:37:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94899
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,000 pegawai kanan serta anggota daripada pelbagai agensi keselamatan menghadiri majlis Royal Mess Night yang berlangsung meriah di sini, pada Selasa.

Antara agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);  Jabatan Imigresen Sabah serta beberapa agensi penguatkuasa lain 

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, yang disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar; Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof serta Pengarah APMM Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/tun-musa-hadiri-royal-mess-night-himpun-1000-warga-keselamatan/feed/ 0 94899