Mesyuarat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 12:20:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mesyuarat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah, Persekutuan komited teruskan rundingan https://sabahmedia.com/2025/11/17/kerajaan-sabah-persekutuan-komited-teruskan-rundingan/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/kerajaan-sabah-persekutuan-komited-teruskan-rundingan/#respond Mon, 17 Nov 2025 12:20:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86201
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Persekutuan dan Sabah menegaskan komitmen bersama untuk meneruskan rundingan semakan Pemberian Khas Sabah berdasarkan formula 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Johan Mahmood Merican dalam kenyataan bersama berkata, kedua-dua pihak sepakat bahawa rundingan itu menandakan satu permulaan yang konstruktif, progresif dan berkesan dalam usaha mencari penyelesaian menyeluruh berhubung tuntutan hak kewangan Sabah.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut menekankan bahawa perbincangan akan dilaksanakan berlandaskan semangat kerjasama, saling menghormati dan persefahaman.

“Ini termasuk perkongsian data serta maklumat kewangan yang diperlukan bagi memastikan proses semakan dapat disempurnakan dengan telus.

“Kedua-dua pihak yakin bahawa mesyuarat ini merupakan landasan kukuh ke arah mencapai penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan memastikan pelaksanaan Perlembagaan berada pada landasan yang betul,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan dan pada Isnin mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas di peringkat pegawai berhubung kajian semula nilai Pemberian Khas Sabah selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan berikutan dengan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025.

Rundingan ini sekali lagi mengukuhkan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan hak dan keperluan negeri itu dipertimbangkan secara adil berasaskan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/kerajaan-sabah-persekutuan-komited-teruskan-rundingan/feed/ 0 86201
Ketua Menteri mempengerusikan Mesyuarat JKKN pertama pada tahun ini https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/#respond Thu, 16 Feb 2023 08:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29649
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang pertama pada tahun ini, di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Makhzan Mahyuddin, Pengarah Keselamatan Negeri, Datuk Noor Alam Khan A.Wahid Khan, Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej.Jen. Datuk Abdul Rahman A.Wahab.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/feed/ 0 29649
KM hadiri Mesyuarat Kabinet Negeri pertama selepas rombakan https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/ https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/#respond Wed, 18 Jan 2023 06:57:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28056
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu di sini pada Rabu, berikutan rombakan yang menyaksikan pelantikan tiga menteri baharu dan pertukaran portfolio antara beberapa orang menteri.

Menteri-menteri baharu yang dilantik iaitu Datuk James Ratib (Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Christina Liew (Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Phoong Jin Zhe (Pembangunan Perindustrian) telah mengangkat sumpah pada 11 Jan lalu.

Manakala Datuk Ir Shahelmey Yahya menghadiri mesyuarat kali pertama sebagai Timbalan Ketua Menteri III memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, Ketua Menteri juga turut mengalu-alukan kedatangan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang telah bercuti sakit sejak tahun lepas.

Menteri lain yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Pertanian dan Perikanan), Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) – Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/feed/ 0 28056
Hajiji Mempengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/05/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-sabah/#respond Tue, 05 Apr 2022 08:33:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13930
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah, di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari.

Hadir sama Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Idris Abdullah; Panglima 5 Briged, Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid; Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Brig Jen Adnan Abu Hassan; Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Salleh Yahya; dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-sabah/feed/ 0 13930
Hajiji Menghadiri Mesyuarat Menteri Besar & Ketua Menteri ke-137 https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/#respond Tue, 23 Nov 2021 08:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8769
Read Time:43 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 di Parlimen di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membincangkan antaranya isu-isu semasa dan pembangunan yang melibatkan semua negeri di negara ini.

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan diadakan selama dua hari mulai esok di Istana Negara.

Hajiji (duduk tiga dari kanan) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untung sebelum mesyuarat bermula manakala Ketua Menteri baharu Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (duduk sebelah kiri).

Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.

Sulaiman turut hadir dan duduk di sebelah Ketua Menteri Sabah semasa mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/hajiji-menghadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-ke-137/feed/ 0 8769
Hajiji Mempengerusi Mesyuarat AMT PRBSS https://sabahmedia.com/2021/11/07/hajiji-mempengerusi-mesyuarat-amt-prbss/ https://sabahmedia.com/2021/11/07/hajiji-mempengerusi-mesyuarat-amt-prbss/#respond Sun, 07 Nov 2021 07:10:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8234
Read Time:39 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik, Tuaran, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah karnival dan perasmian bangunan pusat kebudayaan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Hajiji yang juga Presiden PRBSS turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Penerangan PRBSS kepada Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Kasim Md Mansur.

Terdahulu, Hajiji meninjau sekitar bangunan pusat kebudayaan tersebut dan kerja-kerja membina rumah tradisional bajau, landskap dan kecantikannya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden,Datuk Musbah Jamli, Naib-Naib Presiden, Datuk Japlin Akim, Datuk Jumat Idris, Dato’ Armizan Mohd.Ali, Setiausaha Agung, Datuk Abdul Kassim Razali dan Bendahari, Datuk Daud Sidik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/07/hajiji-mempengerusi-mesyuarat-amt-prbss/feed/ 0 8234
Hajiji Mempengerusikan Mesyuarat BPN Bersatu https://sabahmedia.com/2021/09/26/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-bpn-bersatu/ https://sabahmedia.com/2021/09/26/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-bpn-bersatu/#respond Sun, 26 Sep 2021 09:57:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6875
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga merupakan Ketua BPN Bersatu Sabah berkata, mesyuarat tersebut telah membincangkan secara mendalam mengenai pelbagai perkara yang memerlukan perhatian dan mengambil maklum semua tindakan berkaitan dengan parti ini di Sabah.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalannya, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerja BERSATU Malaysia, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Bendahari BERSATU Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha, Mohamed Razali Razi dan Ketua Penerangan, Khairul Firdaus Akbar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/26/hajiji-mempengerusikan-mesyuarat-bpn-bersatu/feed/ 0 6875