met malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Jan 2025 02:03:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png met malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hujan lebat berterusan dijangka berlaku mulai Rabu ini https://sabahmedia.com/2025/01/13/hujan-lebat-berterusan-dijangka-berlaku-mulai-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2025/01/13/hujan-lebat-berterusan-dijangka-berlaku-mulai-rabu-ini/#respond Mon, 13 Jan 2025 02:03:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66860
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Hujan lebat berterusan selama empat hari dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di beberapa negeri Semenanjung, Sabah dan selatan serta barat Sarawak bermula Rabu ini sehingga 18 Januari,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/13/hujan-lebat-berterusan-dijangka-berlaku-mulai-rabu-ini/feed/ 0 66860
Dakwaan Ramalan Taufan & Tsunami Ke Borneo Palsu https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/#respond Wed, 22 Dec 2021 13:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10210
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat berhubung ramalan taufan dan tsunami berkelajuan 150 hingga 200 kilometer sejam yang didakwa sedang menuju ke Borneo yang kini turut tular di pelbagai platform media sosial.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia menyatakan maklumat berkenaan dikasifikasikan sebagai maklumat palsu.

“MET Malaysia juga mengesan penyalahgunaan gambar satelit dan logo MET Malaysia bagi menyokong kenyataan yang TIDAK BENAR dan boleh menimbulkan panik di kalangan orang awam.

“MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia.

Kenyataan itu turut berkata, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“MET Malaysia menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat palsu seperti di atas,” katanya kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/dakwaan-ramalan-taufan-tsunami-ke-borneo-palsu/feed/ 0 10210