meterai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Apr 2024 13:06:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png meterai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jiangxi, Sabah meterai MoU, jalin rangkaian perniagaan https://sabahmedia.com/2024/04/20/jiangxi-sabah-meterai-mou-jalin-rangkaian-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2024/04/20/jiangxi-sabah-meterai-mou-jalin-rangkaian-perniagaan/#respond Sat, 20 Apr 2024 12:21:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52834
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Empat pemilik perniagaan dari wilayah Jiangxi di China menjalin rangkaian dan meneroka peluang perniagaan di Sabah untuk pertumbuhan dan pelaburan bersama.

Sehubungan dengan itu, satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai hari ini bersama perniagaan tempatan Sabah di Pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Kota Kinabalu.

Antaranya JXAIEC Jiangxi Enterprise Association of Outward Investment and Economic Cooperation dengan Sabah Young Business and Industry Leaders Organisation (SYBIL), Jiangxi Environmental Engineering Vocational College dengan Sabah Furniture Association, Jiangxi Free Kingdom Furniture Co. Ltd dengan Sibling Home and Kitchen Sdn Bhd dan Tourism Technology Group dengan Amazing Borneo Tours and Events Sdn Bhd.

Presiden SYBIL Ar. James Wong berkata, beliau kagum dengan perkembangan perniagaan Jiangxi semasa menghadiri persidangan Pemimpin Muda Antarabangsa tahun lepas.

“Saya telah dijemput oleh Ketua Perunding China anda ke Jiangxi tahun lepas untuk persidangan Pemimpin Muda Antarabangsa.

“Justeru, semasa lawatan saya ke Jiangxi terdapat begitu banyak persamaan, kemahiran, teknologi, sumber yang sangat sesuai dan boleh dipindahkan ke Sabah. Dan saya melihat peluang besar untuk kedua-dua pihak mempunyai pertumbuhan bersama dan hubungan sinergi.

“Itulah sebabnya saya menjemput anda semua ke Sabah dan kami bersyukur anda berada di sini,” katanya semasa berucap pada Majlis MoU dan Forum Perniagaan Jiangxi -Sabah 2024 anjuran bersama SYBIL dan MIDE .

Menurut James, menandatangani MoU hari ini hanyalah permulaan kepada perjalanan dan peluang perniagaan Jiangxi dan Sabah.

“Walaupun ia akan menjadi perjalanan yang singkat, kami menantikan susulan dan peluang yang akan kami cipta dari sini bersama-sama untuk pertumbuhan bersama dan manfaat Jiangxi dan Sabah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap MIDE Myrna Jimenez dan Timbalan Presiden SYBIL Datuk Jade Koh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/20/jiangxi-sabah-meterai-mou-jalin-rangkaian-perniagaan/feed/ 0 52834
PBS, STAR meterai MoU perkukuh kerjasama politik https://sabahmedia.com/2024/04/18/pbs-star-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-politik/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/pbs-star-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-politik/#respond Thu, 18 Apr 2024 12:51:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52737
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) demi memperkukuhkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu.

Majlis MoU antara PBS dan STAR disaksikan Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berlangsung di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang, petang tadi.

Joachim (dua kiri) bertukar dokumen dengan Jeffrey sambil disaksikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) pada majlis MoU itu.

Penandatangan Memorandum itu diwakili Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam manakala mewakili Parti STAR, presidennya Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Sehubungan dengan itu, Jeffrey berkata, MoU ini adalah aspirasi bersama kedua-dua parti itu.

“MoU ini adalah satu persefahaman untuk bekerjasama dengan kesedaran bahawa aspirasi kita adalah sama iaitu tujuan dan perjuangan kita adalah sama.

“Dengan kesedaran itu kita juga sedar bahawa untuk capai aspirasi rakyat dan objektif kita, kita tiada pilihan dan kena bekerjasama, bersatu dan bersolidariti.

“Sebab kita telah belajar dari sejarah yang mana kita bertelingkah di antara satu sama yang lain, bukan saja kita rugi, parti rugi, pemimpin rugi, tapi rakyat kita juga rugi akibat daripada ketidaksefahaman atau pun pertelingkahan di antara kita,” katanya pada sidang media selepas majlis MoU itu.

Menurut Jeffrey, persefahaman itu juga bersetuju menubuhkan Majlis Kepimpinan Bersama sebagai mekanisma membuat dasar dan keputusan muktamad.

“Kita juga bersetuju supaya kita berkolaborasi untuk urus, beri latihan kepada ahli-ahli kita, jentera kita serta bersetuju bekerjasama dari segi media, kolaborasi tentang penerangan.

“Kita juga bersetuju supaya tubuhkan satu jawatankuasa khas kenal pasti kawasan-kawasan yang kita harus tandingi, dan bersetuju untuk menyelesaikan segala masalah supaya kita sehaluan dalam pengurusan perjuangan dan pengurusan parti. Itulah hasilnya,” jelas Jeffrey.

Sementara itu, Joachim turut menekankan kerjasama yang dimeterai ini adalah untuk memperkukuhkan parti sekali gus menguatkan lagi hubungan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Ini baru permulaan, selain kerjasama ini juga adalah untuk kepentingan rakyat Sabah, justeru dengan penubuhan Majlis Kepimpinan Bersama, sasaran kita adalah untuk memberikan kemenangan besar kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/pbs-star-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-politik/feed/ 0 52737
HASiL meterai Memorandum Persefahaman dengan Labuan FSA, Perbadanan Labuan dan DBKK https://sabahmedia.com/2023/07/27/hasil-meterai-memorandum-persefahaman-dengan-labuan-fsa-perbadanan-labuan-dan-dbkk/ https://sabahmedia.com/2023/07/27/hasil-meterai-memorandum-persefahaman-dengan-labuan-fsa-perbadanan-labuan-dan-dbkk/#respond Thu, 27 Jul 2023 12:51:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39059
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Perbadanan Labuan (PL) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dimeterai dengan jayanya di Hotel Le Meridien di sini pada Khamis (27 Julai).

Menerusi satu kenyataan media oleh HASiL hari ini, MoU berkenaan telah disempurnakan oleh pengurusan tertinggi agensi-agensi yang terlibat iaitu Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi (Ketua Pegawai Eksekutif HASiL), Senator Tan Sri Anifah Aman (Pengerusi PL), Nik Mohamed Din Nik Musa (Ketua Pengarah Labuan FSA) dan Datuk Norliza Awang Alip
(Mayor DBKK).

Majlis Penandatanganan MoU ini telah melakar sejarah baharu kerana buat julung kalinya MoU dimeterai antara HASiL dengan tiga agensi dalam majlis yang sama bagi menjalin kerjasama dalam aspek perkongsian maklumat ke arah meningkatkan keberkesanan pentadbiran cukai berdasarkan fungsi masing-masing, sekali gus meningkatkan pematuhan kepada perundangan percukaian negara.

Menerusi kerjasama ini, tumpuan akan diberikan kepada padanan data dan perkongsian maklumat syarikat, perniagaan atau individu terkini yang terdapat dalam rekod Labuan
FSA, PL serta DBKK.

Ia juga melibatkan pemberian nombor fail cukai pendapatan oleh HASiL bagi setiap permohonan pendaftaran lesen perniagaan (trading licence) dalam
Borang Pendaftaran Perniagaan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melibatkan pemohon individu dan syarikat.

HASiL akan memastikan setiap pendaftaran perniagaan di PBT yang di bawah seliaan PL, Labuan FSA dan DBKK akan mempunyai nombor
rujukan cukai bagi tujuan kawalan dan pemantauan percukaian perniagaan.

Mengulas lanjut tentang inisiatif ini, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi menjelaskan bahawa MoU ini merupakan strategi serampang dua mata dalam mengurangkan ketirisan
cukai di samping meningkatkan kesedaran orang awam selaras dengan pendekatan kesedaran (Awareness), pendidikan (Education) dan perkhidmatan (Services) atau
ringkasnya A.E.S yang dilaksanakan HASiL pada masa kini.

Turut hadir dalam majlis yang bersejarah itu ialah Dato’ Che Nazli Jaapar, Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia, Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) merangkap Authority Members Labuan FSA, Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah Negeri HASiL Sabah,
Jaffree Ismail, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Inovasi Labuan FSA, Fadzilah Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) PL, Junainah Abbie, Ketua Pengarah DBKK, Rosnah Datu Tumai, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan DBKK serta
pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi tersebut.

Kata kenyataan itu, diharap dengan pelaksanaan MoU ini, peranan HASiL, Labuan FSA, PL dan DBKK akan menjadi lebih rancak dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam seterusnya menyumbang kepada kelestarian hasil negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/27/hasil-meterai-memorandum-persefahaman-dengan-labuan-fsa-perbadanan-labuan-dan-dbkk/feed/ 0 39059
Sabah meterai perjanjian sehingga 20 peratus Back-In Option Kontrak Perkongsian Pengeluaran Blok SB409 https://sabahmedia.com/2023/02/15/sabah-meterai-perjanjian-sehingga-20-peratus-back-in-option-kontrak-perkongsian-pengeluaran-blok-sb409/ https://sabahmedia.com/2023/02/15/sabah-meterai-perjanjian-sehingga-20-peratus-back-in-option-kontrak-perkongsian-pengeluaran-blok-sb409/#respond Wed, 15 Feb 2023 10:58:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29613
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri telah menandatangani Surat Persefahaman (LoU) dengan Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan E&P Malaysia Venture (EPMV) susunan bagi Back-In Option Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di Blok SB409.

Dengan termeterainya LoU tersebut, Kerajaan Negeri Sabah melalui syarikat milik penuhnya SMJ Sdn Bhd (SMJSB) akan ditawarkan Back-In Option sehingga 20 peratus kepentingan penyertaan, boleh dilaksanakan setelah tamat komitmen kerja atau penemuan komersial yang mana lebih awal.

Terletak di luar pesisir Barat Daya Sabah seluas 14,556 km persegi, Blok SB409 adalah dianugerahkan kepada PCSB dan EPMV oleh Petronas semasa Pusingan Bidaan Malaysia 2022 (MBR).

LoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SMJSB, Dr Dionysia Aloysius Kibat, CEO PCSB, Hasliza Othman dan Ketua EPMV, Aliff Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

LoU itu juga merupakan pencapaian terbaru Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah berikutan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas pada 7 Disember 2021.

CCA membolehkan Kerajaan Negeri Sabah melalui SMJSB meningkatkan hasil perkongsian, mempunyai penyertaan yang lebih besar dan dalam pengeluaran minyak dan gas serta nilai rantainya di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah memberi jaminan bahawa CCA akan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas di Sabah termasuk luar pesisir dan darat.

Katanya, ia telah menjadi milik Kerajaan Negeri bahawa aspirasi Sabah untuk mendapatkan lebih banyak daripada pengeluaran minyak dan gasnya.

“Kerajaan Negeri sedang meneruskan lebih banyak perjanjian dengan Petronas yang akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/15/sabah-meterai-perjanjian-sehingga-20-peratus-back-in-option-kontrak-perkongsian-pengeluaran-blok-sb409/feed/ 0 29613