metmalaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 03 Sep 2026 01:57:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png metmalaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud gegar Keningau https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-bumi-lemah-berukuran-3-4-magnitud-gegar-keningau/ https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-bumi-lemah-berukuran-3-4-magnitud-gegar-keningau/#respond Thu, 03 Sep 2026 01:57:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102702
Read Time:41 Second

KENINGAU: Gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dilaporkan berlaku di Keningau, di sini pada jam 9.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur.

Menurutnya, pusat gempa bumi berkenaan terletak kira-kira 10 kilometer (km) di barat Keningau, pada kedalaman 10 km.

“Gegaran dirasai di Keningau, Sabah dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berikutan kejadian gempa bumi berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi terbabit diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat berkaitan kesan gegaran.

Maklumat boleh disalurkan menerusi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia.

Tiada maklumat mengenai kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat kenyataan itu dikeluarkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-bumi-lemah-berukuran-3-4-magnitud-gegar-keningau/feed/ 0 102702
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa barat Sabah, utara Sarawak bermula esok https://sabahmedia.com/2026/07/18/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-barat-sabah-utara-sarawak-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2026/07/18/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-barat-sabah-utara-sarawak-bermula-esok/#respond Sat, 18 Jul 2026 01:07:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100059
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR :  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan keadaan cuaca signifikan melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di barat Sabah, utara Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula esok hingga 22 Julai 2026.

MET Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Menurut jabatan itu, keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang mampu membawa ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan-kawasan terlibat.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya cuaca buruk yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta meningkatkan risiko kejadian seperti banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan kepada pengangkutan.

Dalam perkembangan berkaitan, MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Timur Laut Condore, Utara Reef North dan Palawan yang berkuat kuasa dari 20 hingga 24 Julai 2026.

Amaran tersebut dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga kepada komuniti maritim, termasuk nelayan dan pengusaha bot, agar mengelakkan aktiviti di laut sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman sesawang rasmi MET Malaysia, media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca bagi mengikuti sebarang perkembangan atau amaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/18/ribut-petir-hujan-lebat-dijangka-landa-barat-sabah-utara-sarawak-bermula-esok/feed/ 0 100059
Dua gempa bumi lemah direkodkan di Sabah dan Sarawak https://sabahmedia.com/2026/06/04/dua-gempa-bumi-lemah-direkodkan-di-sabah-dan-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/06/04/dua-gempa-bumi-lemah-direkodkan-di-sabah-dan-sarawak/#respond Thu, 04 Jun 2026 03:51:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97684
Read Time:1 Minute, 39 Second

KUALA LUMPUR :  Dua gempa bumi lemah direkodkan berlaku di Sabah dan Sarawak pada Selasa lalu dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan berhampiran pusat gempa.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kejadian itu berlaku di Ranau Sabah dan Mambong, Sarawak.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku di Ranau, Sabah pada jam 10.36 pagi apabila satu gempa bumi bermagnitud 2.9 dikesan pada kedalaman 10 kilometer.

“Pusat gempa itu terletak pada koordinat latitud 6.07 darjah Utara dan longitud 116.58 darjah Timur. Susulan kejadian tersebut, gegaran ringan dilaporkan dirasai penduduk di sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang laporan mengenai kerosakan atau insiden tidak diingini diterima setakat ini.

Pada malam yang sama katanya, satu lagi gempa bumi lemah dengan magnitud 2.9 direkodkan di Mambong, Sarawak pada jam 10.33 malam.

Menurutnya, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan pusatnya berada pada latitud 1.32 darjah Utara dan longitud 110.39 darjah Timur.

Tambahnya, gegaran daripada kejadian itu turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian, menyebabkan penduduk setempat menyedari berlakunya pergerakan bumi walaupun dalam skala kecil.

Mohd Hisham berkata kedua-dua kejadian tersebut dikategorikan sebagai gempa bumi lemah dan tidak menimbulkan risiko besar kepada keselamatan awam.

“MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa,” menurutnya lagi.

Pihaknya turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan aktiviti seismik dan keadaan cuaca semasa.

Maklumat terkini boleh diperoleh menerusi laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian Hotline 1300-22-1638.

Sabah merupakan antara kawasan di Malaysia yang lebih kerap mengalami aktiviti seismik berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan zon sesar aktif di rantau ini, manakala kejadian gempa bumi kecil di Sarawak pula jarang berlaku namun masih direkodkan dari semasa ke semasa oleh rangkaian pemantauan seismik negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/04/dua-gempa-bumi-lemah-direkodkan-di-sabah-dan-sarawak/feed/ 0 97684
MetMalaysia keluar amaran hujan buruk di Sandakan, Kudat https://sabahmedia.com/2026/03/10/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-buruk-di-sandakan-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/03/10/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-buruk-di-sandakan-kudat/#respond Tue, 10 Mar 2026 06:50:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92997
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk berkuat kuasa hari ini sehingga esok melibatkan beberapa kawasan di Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran tahap buruk di Sabah dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan lama media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

Sementara itu, tiga daerah di Sabah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir.

Antaranya Kota Marudu; Pitas dan Paitan. Pengisytiharan itu dibuat oleh Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara; Pegawai Daerah Paitan Joloning Joe Majambu dan Pegawai Daerah Pitas Asdi @ Mohd Faizal Hussin. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/10/metmalaysia-keluar-amaran-hujan-buruk-di-sandakan-kudat/feed/ 0 92997
Hujan berterusan tahap buruk di Sabah sehingga esok — MetMalaysia https://sabahmedia.com/2025/11/04/hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-sehingga-esok-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-sehingga-esok-metmalaysia/#respond Tue, 04 Nov 2025 05:01:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84907
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa daerah di Sabah sehingga Rabu.

Amaran hujan berterusan itu juga berpotensi meningkatkan paras air sungai dan risiko banjir di kawasan rendah.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Penyu dan Beaufort di Bahagian Pedalaman

Turut dilaporkan mengalami cuaca sama adalah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat.

Sementara itu, Sipitang dan Kudat turut diletakkan di bawah kategori amaran tahap waspada.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat berterusan yang melanda sejak awal minggu ini dijangka berterusan dalam tempoh dua hari akan datang disebabkan pengaruh luruan monsun dari Laut China Selatan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berisiko mengganggu aktiviti harian serta perjalanan darat,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/hujan-berterusan-tahap-buruk-di-sabah-sehingga-esok-metmalaysia/feed/ 0 84907
Beberapa daerah di Sabah dijangka dilanda ribut petir dan angin kencang – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2025/10/24/beberapa-daerah-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-dan-angin-kencang-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/beberapa-daerah-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-dan-angin-kencang-metmalaysia/#respond Fri, 24 Oct 2025 01:38:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84021
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas di Sabah adalah Pedalaman melibatkan Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut dilaporkan terjejas adalah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh melebihi sejam.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui laman rasmi serta saluran media sosial MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/beberapa-daerah-di-sabah-dijangka-dilanda-ribut-petir-dan-angin-kencang-metmalaysia/feed/ 0 84021
Fenomena garis badai dijangka landa Sabah, Sarawak dan Labuan https://sabahmedia.com/2025/09/20/fenomena-garis-badai-dijangka-landa-sabah-sarawak-dan-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/09/20/fenomena-garis-badai-dijangka-landa-sabah-sarawak-dan-labuan/#respond Sat, 20 Sep 2025 01:34:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81682
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran awal berhubung ramalan cuaca signifikan yang dijangka melanda beberapa kawasan termasuk di Sabah bermula 22 hingga 25 September 2025.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara dalam tempoh berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan fenomena garis badai yang membawa hujan lebat serta angin kencang, khususnya di utara Sarawak, barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu atau aplikasi myCuaca bagi memastikan sumber sahih diperoleh.

Fenomena garis badai biasanya boleh membawa ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh singkat yang berpotensi mengganggu aktiviti harian, termasuk perhubungan darat dan laut.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/20/fenomena-garis-badai-dijangka-landa-sabah-sarawak-dan-labuan/feed/ 0 81682
MetMalaysia ramal hujan, ribut petir di Sabah pada Hari Kebangsaan 2025 https://sabahmedia.com/2025/08/30/metmalaysia-ramal-hujan-ribut-petir-di-sabah-pada-hari-kebangsaan-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/30/metmalaysia-ramal-hujan-ribut-petir-di-sabah-pada-hari-kebangsaan-2025/#respond Sat, 30 Aug 2025 11:37:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80344
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan ramalan cuaca khas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ramalan cuaca itu menyaksikan keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan ribut petir di kebanyakan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan ramalan terkini yang dikeluarkan, bahagian Tawau, Sandakan dan kawasan pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi.

Menjelang petang, keadaan cuaca dijangka berterusan dengan ribut petir dan hujan di kebanyakan kawasan Sabah serta negeri-negeri lain di Semenanjung.

Manakala pada waktu malam, hujan dan ribut petir diramalkan melanda pantai barat, pedalaman, Sandakan dan Tawau.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dilaporkan bakal menikmati cuaca cerah tanpa hujan sepanjang hari, sesuai untuk acara perbarisan dan sambutan rasmi peringkat kebangsaan.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai, khususnya di Sabah, untuk merancang perjalanan dengan lebih berhati-hati serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir kilat di kawasan rendah dan risiko pokok tumbang akibat ribut petir.

Hari Kebangsaan bukan sekadar meraikan kemerdekaan negara, tetapi juga lambang semangat bersatu-padu rakyat Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/30/metmalaysia-ramal-hujan-ribut-petir-di-sabah-pada-hari-kebangsaan-2025/feed/ 0 80344
Hujan, ribut petir diramal berlaku di beberapa negeri termasuk Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/06/hujan-ribut-petir-diramal-berlaku-di-beberapa-negeri-termasuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/hujan-ribut-petir-diramal-berlaku-di-beberapa-negeri-termasuk-sabah/#respond Fri, 06 Jun 2025 06:20:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75141
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Beberapa buah negeri termasuk Sabah diramal akan mengalami cuaca hujan dan ribut petir pada Aidiladha yang bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemaskini di Facebook memaklumkan, selain Sabah, negeri lain yang dijangka terlibat mengalami cuaca sama pada waktu pagi adalah di Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada Sabtu.

MetMalaysia turut memaklumkan, cuaca cerah diramal berlaku pada sebelah petang di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Pada Ahad, cuaca diramal cerah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Labuan dan Sarawak.

Pada sebelah petang hari sama, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak diramal alami hujan.

MetMalaysia turut mengingatkan agar masyarakat kekal hidrat dan menggunakan air secara berhemat, khususnya ketika melaksanakan ibadah korban yang memerlukan penggunaan air dalam jumlah besar.

Ramalan cuaca khas itu dikeluarkan bagi membantu orang ramai membuat persiapan awal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my,  untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/hujan-ribut-petir-diramal-berlaku-di-beberapa-negeri-termasuk-sabah/feed/ 0 75141
Monsun Barat Daya bermula Sabtu ini, risiko jerebu meningkat https://sabahmedia.com/2025/05/07/monsun-barat-daya-bermula-sabtu-ini-risiko-jerebu-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/monsun-barat-daya-bermula-sabtu-ini-risiko-jerebu-meningkat/#respond Wed, 07 May 2025 07:21:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73353
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengumumkan musim Monsun Barat Daya dijangka akan bermula mulai Sabtu ini dan akan berterusan sehingga September depan berikutan keadaan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke negara ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang musim itu, kadar kelembapan udara adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dikebanyakan tempat. 

Sehubungan itu katanya, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai (squall line).

“Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam. 

“Semasa kemuncak musim ini pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu, pihaknya meminta orang ramai untuk mengelak dari sebarang pembakaran terbuka bagi mengurangkan bencana jerebu yang akan mencemarkan alam sekitar Negara. 

“Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya.

Sila dapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan serta menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/monsun-barat-daya-bermula-sabtu-ini-risiko-jerebu-meningkat/feed/ 0 73353