Mewakili – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Apr 2022 13:20:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mewakili – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua Pemanah PMDKK Mewakili Sukan Universiti Dunia dan Sukan Universiti Asia https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/#respond Fri, 01 Apr 2022 13:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13773
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua pemanah dari Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) meraih dua pingat perak dan satu gangsa daripada pemilihan memanah Sukan Universiti yang berlangsung selama empat hari di Kampus Gambang, Universiti Malaysia Pahang bermula 24 hingga 27 Mac baru-baru ini.

Kedua-dua pemanah tersebut iaitu Eugenius Lo Foh Soon dan Ahmad Afiq Akhiroman adalah ahli PMDKK.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung PMDKK Shiu Vui Leung, Eugenius Lo yang dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PMDKK ke-6 merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

‘Eugenius memenangi pingat perak bagi acara Individu Compound Men Elimination Round dan pingat gangsa daripada acara individu dalam Qualification Round 50m. Beliau berada di kedudukan ketiga antara 26 pemanah kompaun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Manakala Ahmad Afiq Akhiroman memenangi pingat perak dalam Pusingan Kelayakan Individu Recurve Lelaki yang terdiri daripada 39 peserta recurve.

Menurut Shiu, Ahmad Afiq pelajar dari Universiti Malaya dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengurusan sukan. Ahmad Afiq juga merupakan jurulatih sambilan memanah recurve di PMDKK.

Eugenius dan Ahmad Afiq dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Jun 2022) di Chengdu, China dan Sukan Universiti Asia (Julai 2022) di Ubon Ratchathani, Thailand.

Presiden PMDKK, Ram Singh gembira mendengar berita gembira itu dan mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka.

Ram Singh turut menggesa semua jurulatih persatuan itu supaya melahirkan lebih ramai pemanah bertaraf antarabangsa untuk negeri dan negara.

“Jawatankuasa itu perlu membuat latihan berdasarkan ranking atau prestasi sebagai persediaan menghadapi temasya SUKMA akan datang yang akan diadakan tahun ini. PMDKK harus memberikan yang terbaik untuk negeri mencapai pingat emas yang disasarkan,” ujarnya.

Ahmad Afiq ialah bekas pemanah negara yang dilatih di Bukit Jalil manakala Eugenius Lo dilatih oleh bapa saudaranya Gabriel Liew yang merupakan Jurulatih Kompaun Negeri di PMDKK.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/feed/ 0 13773
Anak Watan Pensiangan Akan Mewakili Malaysia Ke SEA Games Vietnam https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/ https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/#respond Wed, 16 Mar 2022 07:28:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13075
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai empat orang pemain wanita daripada Sabah terpilih mewakili Malaysia ke SEA Games Vietnam yang bakal berlangsung selama lima hari bermula pada 21 hingga 25 Mei ini.

Antaranya, Nazilatul Rosmahani Saidi yang merupakan anak jati Pensiangan, berasal daripada Nabawan baru sahaja terpilih pada tahun ini akan mewakili Malaysia dalam acara Berpasukan Sepak Takraw bersama-sama dengan seorang lagi pemain wanita berasal daripada Kg Biah, Sook iaitu Ramzah Anam.

Terdahulu, Nazilatul telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin di pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Sumbangan tersebut akan digunakan oleh Nazilatul sepanjang tempoh berlangsungnya sukan itu nanti.

Ellron dalam pada itu mengharapkan agar Nazilatul serta pasukannya akan memberikan prestasi yang terbaik semasa temasya itu nanti dan membawa khabar gembira buat rakyat Sabah.

“Saya mengharapkan agar adik Nazilatul dan pasukan Sepak Takraw Wanita Malaysia akan mengharumkan nama Malaysia dan Sabah khususnya. Kami rakyat Sabah mendoakan yang terbaik untuk anda semua” kata Ellron.

Sukan SEA Vietnam bakal berlangsung selama lima hari bermula pada 21 hingga 25 Mei ini. Kesemua negara di Asia Tenggara akan disaksikan berentap pada temasya itu nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/16/anak-watan-pensiangan-akan-mewakili-malaysia-ke-sea-games-vietnam/feed/ 0 13075