mindef – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Dec 2024 07:14:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mindef – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penganjuran CIMIC beri peluang masyarakat kenali kerjaya ATM https://sabahmedia.com/2024/12/30/penganjuran-cimic-beri-peluang-masyarakat-kenali-kerjaya-atm/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/penganjuran-cimic-beri-peluang-masyarakat-kenali-kerjaya-atm/#respond Mon, 30 Dec 2024 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66170
Read Time:1 Minute, 8 Second

Semporna : Penganjuran program  ‘Civil-Military Cooperation’ (CIMIC) Peringkat Angkatan Tugas Bersama 2, 2024 memberikan peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan pelbagai pendedahan berkenaan kerjaya dalam bidang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 dalam kenyataan memaklumkan, usaha itu merupakan aspirasi yang telah dibawa di dalam Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan melalui prinsip ‘Whole of Government Whole of Society’ (WOGOS).

Program itu telah disempurnakan Panglima Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin di Dataran Regatta Lepa Semporna, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, program itu adalah merupakan anjuran bersama Markas Angkatan Tugas Bersama 2 bersama Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan ATM yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi keselamatan dan awam termasuk Pejabat dan Majlis Daerah Semporna.

“Objektif penganjuran adalah bagi mengeratkan hubungan antara tentera dan masyarakat awam terutamanya di daerah Semporna, memupuk semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memberikan pendedahan berkenaan tugas dan peranan ATM kepada masyarakat awam,” menurut kenyataan itu di sini.

Pada majlis sama, turut disampaikan sumbangan kepada 500 murid sekitar daerah Semporna berupa barangan persekolahan dan sumbangan kotak rezeki kepada 70 penerima bagi penduduk di sekitar daerah berkenaan.

Turut berlangsung adalah pameran medan termasuk demonstrasi masakan rangsum tempur, pemasangan hammock, dan Beg Full Service Marching Order (FSMO). – SABAH MEDIA / FOTO MARKAS ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/penganjuran-cimic-beri-peluang-masyarakat-kenali-kerjaya-atm/feed/ 0 66170
Kukuhkan intergriti warga MINDEF secara berterusan https://sabahmedia.com/2024/05/26/kukuhkan-intergriti-warga-mindef-secara-berterusan/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/kukuhkan-intergriti-warga-mindef-secara-berterusan/#respond Sun, 26 May 2024 03:07:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55017
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pengukuhan integriti dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu ditekan dan dibudayakan secara berterusan.

Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Isham Ishak berkata, integriti merupakan tunjang utama kepada kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

“Pengukuhan ini penting bagi memastikan MINDEF dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat.

“Isu-isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu rasuah sahaja malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar contohnya seperti ketepatan waktu, penyampaian maklumat dan perkhidmatan segera, kerahsiaan maklumat dan pengendalian dokumen terperingkat.

“Aspek tadbir urus yang baik, bertanggungjawab dan berintegriti juga perlu seiring dan menjadi nilai sepunya yang merupakan teras utama perkhidmatan awam.

“Kita tidak boleh terus kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian bahkan kita harus terus peka dan berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan selari dengan perubahan persekitaran dan ekspektasi pelanggan atau rakyat yang semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 di sini, kelmarin.

Seramai 50 warga kerja MINDEF Sabah menerima APC bagi tahun 2023 manakala 10 pesara wajib dan pilihan turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Datin Roszanina Wahab, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MINDEF, Yuswan Yunus dan Pengarah MINDEF Sabah, Samasuddin Lawe.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/kukuhkan-intergriti-warga-mindef-secara-berterusan/feed/ 0 55017
Kerajaan Persekutuan, Mindef digesa ambil langkah tegas isu pencerobohan perairan Malaysia di Laut China Selatan – Ruslan https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/#respond Tue, 03 Jan 2023 14:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27339
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan khususnya Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan (Mindef) diharap dapat mengambil langkah tegas susulan siri pencerobohan tentera China di perairan Malaysia di Laut China Selatan ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Ruslan Muharram berkata, pencerobohan yang berlaku sejak sekian lama dan kini semakin kerap telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, terbaru, pihak US Indo-Pacific Command telah mengeluarkan imej pintasan pesawat tempur tercanggih iaitu J-11 milik Tentera Laut China di ruang udara antarabangsa di laut China Selatan, baru-baru ini.

Menurutnya, imej itu dirakam pada 21 Disember 2022, baru-baru ini namun tiada sebarang reaksi dari Wisma Putra setelah 72 jam berlalu sejak laporan rasmi media antarabangsa Agensi Reuters dikeluarkan mengenai insiden itu.

“Kita ingin tahu sejauh mana situasi ini mengancam kedaulatan negara khususnya kedudukan Sabah dan Sarawak serta apakah tindakan susulan Wisma Putra untuk tangani isu yang sudah berlaku sekian lama?,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.(3 Januari)

Ruslan turut menggesa Wisma Putra serta Mindef memberikan penjelasan dan kenyataan segera berkaitan isu berkenaan kerana ia turut melibatkan keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, pihaknya sebelum ini telah bangkitkan isu sama kepada kerajaan sebelumnya dan amat berharap kerajaan persekutuan kali ini lebih peka serta tegas dalam isu terbabit.

“Segala kepentingan negara di perairan kita di Laut China Selatan khususnya melibatkan industri minyak dan gas serta perikanan perlu terjamin daripada sebarang ancaman luar khususnya China.

“Dikhuatiri, kita bakal kehilangan segala aset kita di rantau Laut China Selatan jika Malaysia terus-terusan berdiam diri atau berlembut dalam isu pencerobohan tentera China ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, Ruslan menyeru kerajaan menempatkan aset pertahanan terbaik di Sabah dan Sarawak demi keselamatan rakyat di kedua-dua wilayah yang menjadi benteng hadapan jika berlaku sebarang konflik berkaitan isu terbabit di masa depan.

Katanya, pencerobohan sejak tahun 2013 oleh pihak ketenteraan serta maritim China sebagaimana dilaporkan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) termasuk laporan media lainnya, membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati.

Menurutnya, situasi sama turut dialami negara Asean lainnya hingga mereka mengambil langkah memperkukuhkan aset ketenteraan di perairan negara masing-masing di rantau tersebut.

“Kita perlu lakukan tindakan sama kerana ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekaligus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

“Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/feed/ 0 27339
Kerajaan Laksana Beberapa Inisiatif Perkasa Keselamatan, Pertahanan Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/14/kerajaan-laksana-beberapa-inisiatif-perkasa-keselamatan-pertahanan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/kerajaan-laksana-beberapa-inisiatif-perkasa-keselamatan-pertahanan-sabah/#respond Fri, 14 Jan 2022 07:21:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11082
Read Time:1 Minute, 20 Second

TAWAU : Kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu bagi memperkasa keselamatan dan pertahanan negeri Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuklah akan membina satu kem baharu bagi tentera darat yang akan dimulakan pembinaannya pada tahun ini di Felda Sahabat Lahad Datu.

Katanya, perancangan mengenainya telah dimuktamadkan dimana sebanyak lebih RM646 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan kem berkenaan.

“Antara tujuan utama pembangunan kem baharu ini adalah untuk memindahkan 1 batalion infantri dan unit-unit 13 Briged sebagai usaha meningkatkan lagi tahap keupayaan dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menangani ancaman semasa sekaligus mengukuhkan lagi tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah.

“Selain itu, kerajaan juga akan merancakkan semula dan memperkasakan lagi inisiatif ‘Trilateral Cooperative Arrangement (TCA)’ yang melibatkan kerjasama angkatan tentera Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi.

“Saya telah suarakan hasrat ini kepada rakan sejawat saya di kedua-dua negara berkenaan dan mereka telah menyatakan persetujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) Tawau disini hari ini.

Hishammuddin berkata, satu pertemuan peringkat Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia dan Filipina akan diadakan pada 27 Januari depan bagi membincangkan perancangan mengenainya.

Katanya, hasrat bagi meningkatkan tahap keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi ini turut disuarakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam pertemuan yang diadakan semalam.

“InsyaAllah, saya akan bawa hasrat beliau semasa pertemuan bersama Menteri Pertahanan dua negara berkenaan 27 Januari ini.

“Dua inisiatif baharu yang saya umumkan hari ini hanya sebahagian. Banyak lagi perancangan khusus untuk keselamatan Sabah yang akan saya umumkan dari masa ke masa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/kerajaan-laksana-beberapa-inisiatif-perkasa-keselamatan-pertahanan-sabah/feed/ 0 11082
Sabah Mahu Aset Keselamatan Di ESSZONE Dinaiktaraf https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/#respond Thu, 13 Jan 2022 14:34:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11069
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dinaiktaraf bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan juga mahu supaya lebih banyak pos kawalan keselamatan sempadan akan dibina, terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai menjangkakan perpindahan Jakarta ke Kalimantan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera untuk Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham; Panglima 5 Divisyen dan Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberi jaminan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bahawa kesiapsiagaan ATM untuk meneruskan kerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah serta setiap agensi berkepentingan menerusi Ops Murni Negeri Sabah akan terus berada pada tahap tertinggi.

Katanya, anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diaturgerak sejak hari pertama banjir melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Kota Marudu, Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid

“Ia bukan sahaja untuk membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat terutama Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tetapi juga menghantar barang keperluan dan makanan serta membantu penyediaan makanan di PPS.

“Dalam masa yang sama, penting untuk saya maklumkan bahawa pada ketika ini 385 anggota bersama 50 aset daripada Briged Kelima Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Barat Sabah dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Timur Sabah sedang diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga untuk diaturgerak pada bila-bila masa di negeri Sabah,”katanya.

Katanya, keutamaan pada ketika ini adalah untuk membantu masyarakat Sabah yang terjejas banjir untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir terutama di kediaman dan infrastruktur awam.

“Selain itu, kita juga akan turut membantu agensi-agensi berkaitan di Sabah melakukan kerja-kerja baik pulih kemudahan termasuk jambatan sekiranya ada yang terjejas serta bersedia sekiranya berlaku gelombang ketiga banjir di Sabah.

“Tekad ATM untuk bersama-sama rakyat Sabah mendepani sebarang musibah tetap teguh sejak dahulu lagi. Bukan sahaja dari sudut keselamatan tetapi juga bencana alam.

“Atas sebab itu, saya ingin beritahu kepada Ketua Menteri serta seluruh rakyat Sabah, jangan bimbang. ATM akan terus membantu sehingga situasi banjir di negeri ini benar-benar pulih sepenuhnya,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/feed/ 0 11069
LMS Perkukuh Keselamatan Perairan Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/13/lms-perkukuh-keselamatan-perairan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/lms-perkukuh-keselamatan-perairan-sabah/#respond Thu, 13 Jan 2022 14:06:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11066
Read Time:1 Minute, 34 Second

PUTATAN: Perairan negeri Sabah akan terus diperkukuhkan menerusi penerimaan sebuah lagi kapal misi pesisir (LMS) yang dikenali sebagai Rencong dan bakal ditauliahkan 28 Januari ini.

Kapal yang baru tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu pada 28 Disember tahun lalu itu telah diserahkan secara fizikal pada 18 Disember 2021 di Qidong China.

LMS Rencong itu merupakan tambahan kepada tiga LMS yang terima Pangkalan TLDM Kota Kinabalu selepas Kapal Diraja (KD) Keris, KD Sundang dan KD Badik yang ditauliahkan pada antara 6 Januari 2020 hingga 22 Oktober tahun lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebaik ditauliahkan, Rencong bakal dikenali sebagai KD Rencong seterusnya akan menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Katanya, misi utama skuadron kapal ini adalah bagi menangkis ancaman asimetri, pengawasan kawasan operasi, rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), tugas-tugas sokongan kepada Military Operation Other Than War (MOOTW) serta sebagai platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik mahupun perang.

“Keberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini cukup bermakna bagi TLDM kerana ia bukan sahaja menandakan kesemua LMS telah selesai diterima TLDM dalam tempoh yang ditetapkan.

“Malah perkara yang lebih penting, TLDM kini boleh melaksanakan sepenuhnya perancangan menerusi LMS ini khususnya di bawah Program Transformasi 15 to 5 bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Lawatan Kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Hishammuddin berkata, menerusi keupayaan LMS itu juga TLDM akan memanfaatkan dengan sebaik mungkin demi mengukuhkan lagi tajap keselamatan di kawasan perairan Sabah.

Katanya, ia termasuklah melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan laut serta menangani aktiviti lanun.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/lms-perkukuh-keselamatan-perairan-sabah/feed/ 0 11066
Kerajaan Tidak Kompromi Isu Pemalsuan Sijil Vaksinasi,Saringan COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/13/kerajaan-tidak-kompromi-isu-pemalsuan-sijil-vaksinasisaringan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/kerajaan-tidak-kompromi-isu-pemalsuan-sijil-vaksinasisaringan-covid-19/#respond Thu, 13 Jan 2022 12:43:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11061
Read Time:1 Minute, 8 Second

PUTATAN : Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19 atau sijil saringan COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, aktiviti pemalsuan sijil itu sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan perlu segera diambil tindakan sewajarnya.

“Bagi saya kita tidak akan berkompromi mengenai isu pemalsuan sijil sama ada sijil vaksinasi atau sijil saringan ujian COVID-19 kerana ia merupakan suatu perkara yang kita tidak boleh maafkan.

“Saya gembira apabila pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan terhadap individu-individu tertentu tetapi siasatan mesti diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Markas Kelima Infantri Kem Lok Kawi disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hishammuddin berkata demikian bagi menguas berhubung perkembangan isu pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19 yang berlaku di negeri ini.

Katanya, ketamakan individu yang terlibat untuk mengaut keuntungan bagi mendapatkan kewangan selain mengambil kesempatan terhadap musibah yang melanda dunia selain sesuatu yang perlu ditangni dengan segera.

“Bagi saya tindakan mereka ini adalah untuk keuntungan, tidak boleh dibenarkan kerana ia menjejas kedudukan mereka yang tidak berdosa kerana apa yang meeka lakukan ini boleh menyebabkan keadaan COVID-19  khususnya dalam konteks varian baharu Omicron menular dengan lebih dahsyat”

“Saya harap bahawa pihak penguatkuasa yang bertanggungawab akan terus melakukan siasatan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/kerajaan-tidak-kompromi-isu-pemalsuan-sijil-vaksinasisaringan-covid-19/feed/ 0 11061
Mindef Dan ATM Tingkatkan Kesiapsiagaan Di Sabah – Hishamuddin https://sabahmedia.com/2021/12/10/mindef-dan-atm-tingkatkan-kesiapsiagaan-di-sabah-hishamuddin/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/mindef-dan-atm-tingkatkan-kesiapsiagaan-di-sabah-hishamuddin/#respond Fri, 10 Dec 2021 09:51:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9703
Read Time:2 Minute, 4 Second

CYBERJAYA ~~ Berhubung laporan media  mengenai dakwaan “Tentera Diraja Sulu” sedang merancang untuk menceroboh Sabah, MINDEF dan ATM sememangnya memberi perhatian terhadap laporan berkenaan. Sebarang ancaman, sama ada boleh dipercayai atau tidak, mesti disahkan secara bebas dan dianggap serius jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. 

Katanya  Agensi perisikan dan keselamatan  juga sudah mengambil maklum tentang perkara yang dilaporkan dan sedang dalam proses verifikasi dengan agensi-agensi sejawat mereka di Filipina dan serantau seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (IGP) dan Commander ESSCOM semalam.

“ Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM juga sentiasa memantau perkembangan yang sedang berlaku dan menilai indikator-indikator yang boleh menjejaskan keselamatan.  

Menurut Hishamuddin lagi beliau telah dimaklumkan melalui pelaksanaan operasi dan perisikan, namun setakat ini tiada bukti kukuh atas laporan sepertimana yang dinyatakan setakat ini dan seperti yang turut ditegaskan oleh Panglima Angkatan Tentera dan IGP, tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

Menurut beliau lagi, kesemua cabang perkhidmatan ATM turut meningkatkan kesiagsiagaan ke tahap paling tinggi terutama di Pantai Timur Sabah. 

“ Saya telah arahkan ketiga-tiga perkhidmatan melalui – Panglima Medan Timur (TDM) Lt Jen Dato Mardzuki bin Muhammad; Panglima Armada Timur (TLDM) Laksamana Madya Dato Sabri bin Zali; dan Panglima Wilayah Udara 2 (TUDM) Mej Jen Dato Shamsudin bin Kassim untuk memastikan ATM turut meningkatkan kesiapsiagaannya ke tahap paling tinggi di negeri berkenaan terutama di Pantai Timur Sabah.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan pihak berkuasa di negeri yang Filipina dan Indonesia, Hishammuddin berkata , hubungan kerja beliau dengan Menteri Pertahanan Indonesia,Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana juga akrab dan kukuh.

“ Setakat ini,di Laut Sulu dan Sulawesi yang juga merupakan laluan perairan antara Sabah dan Selatan Filipina, kita mempunyai inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) melibatkan kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina demi memastikan laluan perairan itu sentiasa selamat.

“ Kami sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain mengenai perkara yang menjadi kebimbangan bersama terutama soal keselamatan. 

“ Prabowo Subianto Setiausaha Lorenzana dan saya telah bersetuju untuk melaksanakan semula Perbincangan Peringkat Menteri mengenai TCA dan kami merancang untuk bertemu pada Januari 2022 bagi kukuhkan lagi kerjasama angkatan tentera negara masing-masing di Laut Sulu dan Sulawesi. 

“ Memelihara keamanan dan kesejahteraan Sabah sentiasa menjadi keutamaan tertinggi MINDEF.  

“ Walau apa jua ancaman dan cabaran sekalipun, saya dan kepimpinan MINDEF akan terus memastikan ke selamatan Sabah tidak dikompromi dan kedaulatan negara tidak= sewenang-wenangnya dinodai katanya lagi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/mindef-dan-atm-tingkatkan-kesiapsiagaan-di-sabah-hishamuddin/feed/ 0 9703
MAFI Serah Bantuan MAFI Prihatin Kepada 1,500 Petugas Barisan Hadapan MINDEF https://sabahmedia.com/2021/10/07/mafi-serah-bantuan-mafi-prihatin-kepada-1500-petugas-barisan-hadapan-mindef/ https://sabahmedia.com/2021/10/07/mafi-serah-bantuan-mafi-prihatin-kepada-1500-petugas-barisan-hadapan-mindef/#respond Thu, 07 Oct 2021 05:18:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7247
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR : Seramai 1,500 orang petugas barisan hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerima bantuan MAFI Prihatin yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Penyerahan yang diadakan di Kem Kementah Kuala Lumpur itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dr Ronald berkata, sumbangan in-kind berbentuk hasil pertanian itu adalah kesinambungan program MAFI Prihatin yang merupakan inisiatif MAFI bagi membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di samping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam usaha memerangi pandemik tersebut.

Katanya, Program MAFI Prihatin yang dilancarkan Januari lalu juga telah diperkasakan dengan penglibatan pihak swasta dan pemain industri sebagai rakan strategik selaras dengan pendekatan whole-of-nation yang menggembleng kerjasama seluruh anggota masyarakat dan Kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

“Bantuan melalui MAFI Prihatin juga telah diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam yang lain serta kepada badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan.

“Program MAFI Prihatin ini adalah sangat memberangsangkan dalam memberi ruang dan memberi manfaat kepada banyak pihak terutama sekali di dalam tempoh pandemik yang begitu mencabar ini.

“Manfaat ini kini turut dirasai oleh para semua frontliners dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak COVID-19 ini.

“Melangkah ke hadapan, bagi pihak MAFI, saya memberi jaminan dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di antara Kementerian dan sudah pasti ia baik kepada negara demi kesejahteraan rakyat,’’ katanya.

Secara keseluruhannya, sejak Januari hingga September yang lalu, seramai 117,033 penerima menerima manfaat telah direkodkan melalui Program MAFI Prihatin di lebih 500 lokasi seluruh negara melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya.

Sehingga, 3 Oktober 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 38,874 orang di 203 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 76.60 tan metrik makanan telah disalurkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/07/mafi-serah-bantuan-mafi-prihatin-kepada-1500-petugas-barisan-hadapan-mindef/feed/ 0 7247