minta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 10 May 2023 08:32:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png minta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ADUN Api Api minta pihak berkaitan bantu baiki jalan rosak di sekitar bandar KK https://sabahmedia.com/2023/05/10/adun-api-api-minta-pihak-berkaitan-bantu-baiki-jalan-rosak-di-sekitar-bandar-kk/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/adun-api-api-minta-pihak-berkaitan-bantu-baiki-jalan-rosak-di-sekitar-bandar-kk/#respond Wed, 10 May 2023 08:32:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34123
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api Datuk Christina Liew meminta pihak berkuasa berkaitan membantu dalam pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan atau laluan yang rosak di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan rutinnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu pada Isnin.

Seorang pemandu teksi (kiri) membuat aduan kepada Christina (dua kiri) mengenai terdapat jalan yang berlubang di Perhentian Teksi di Kampung Air, Kota Kinabalu. – Foto ihsan Adun Api-Api

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, ada terdapat jalan-jalan dan laluan pejalan kaki yang berlubang dan memerlukan penggantian atau pembaikan seperti kepingan konkrit yang pecah, penutup longkang yang hilang dan ada juga penurap (paver) pada pembahagi jalan yang dipercayai dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bertindak atas aduan daripada orang awam mengenai kerosakan jalan-jalan tersebut, Christina ditemani Setiausaha Politiknya, Vivien Lee, telah membuat tinjauan di kawasan Kampung Air dan mendapati ada longkang konkrit yang terdedah sudah tidak mempunyai penutup.

“Ini teruk, jika ada pejalan kaki yang tidak berhati-hati semasa melalui jalan ini, kemungkinan akan cedera kerana terjatuh ke dalam longkang yang tidak berpenutup ini,” katanya.

Menurut Christina, ada seorang pemandu teksi mengadu tentang jalan berlubang di perhentian teksi di kawasan yang sama.

Justeru, beliau berharap pihak berwajib yang berkaitan supaya segera membantu membaiki keadaan jalan yang rosak di kawasan tersebut.

“Saya juga akan menggunakan Tabung ADUN saya untuk beberapa kerja pembaikan yang akan dilaksanakan,” katanya sambil menambah ini adalah sebahagian daripada Program Mencantikkan Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang dijalankan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/adun-api-api-minta-pihak-berkaitan-bantu-baiki-jalan-rosak-di-sekitar-bandar-kk/feed/ 0 34123
TKM minta MPS tangani masalah sampah di Kampung Sim-Sim https://sabahmedia.com/2023/03/21/tkm-minta-mps-tangani-masalah-sampah-di-kampung-sim-sim/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/tkm-minta-mps-tangani-masalah-sampah-di-kampung-sim-sim/#respond Mon, 20 Mar 2023 23:35:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31176
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menangani masalah sampah di Kampung Sim-Sim, di sini pada Selasa.

Dari kiri, Dr. Joachim, Henry, Frankie dan Dr. Jamili mendengar taklimat daripada Pegawai MPS ketika mengadakan lawatan ke Kg. Sim-Sim bagi meninjau keadaan sampah di perkampungan air itu, kelmarin. – Foto ihsan KKTP

Memandang serius perkara ini, ketika beliau mengadakan lawatan ke perkampungan air itu hari ini untuk melihat sendiri masalah sampah yang dihadapi oleh penduduk sejak sekian lama.

“Masalah sampah ini sudah lama dihadapi oleh penduduk di perkampungan air itu. Sampah dibawa oleh arus pergerakan laut sehingga menjadi longgokan sampah.

“Perkara ini menarik perhatian saya dan pada hari ini, saya bersama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol telah berbincang bersama dengan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr. Jamili Nais untuk menangani isu yang sudah dihadapi sekian lama oleh penduduk perkampungan air ini,” katanya.

Menurut Dr Joachim, Sim-Sim berpotensi untuk menarik pelancong untuk datang ke sini untuk menikmati makanan laut yang segar.

“Justeru, sekiranya masalah ini tidak dibendung, ia akan memberikan imej yang tidak menyenangkan kepada pengunjung yang datang ke restoran di sini,” jelasnya.

Sementara itu, Henry berkata, MPS akan berusaha gigih menangani masalah ini dan salah satunya ialah dengan melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Beliau juga memohon kerjasama penduduk setempat agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Frankie Poon Ming Fung serta Pegawai-pegawai kanan KKTP dan MPS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/tkm-minta-mps-tangani-masalah-sampah-di-kampung-sim-sim/feed/ 0 31176
LKIM minta nelayan berdaftar dengan persatuan https://sabahmedia.com/2022/12/26/lkim-minta-nelayan-berdaftar-dengan-persatuan/ https://sabahmedia.com/2022/12/26/lkim-minta-nelayan-berdaftar-dengan-persatuan/#respond Mon, 26 Dec 2022 12:04:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26960
Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta agar nelayan di seluruh negara mendaftar dengan persatuan bagi memudahkan proses bantuan sekiranya mereka ditimpa musibah.

Ketua Pengarah LKIM Yusoff Othman berkata pihaknya hanya dapat membantu nelayan yang menjadi ahli sahaja selain banyak faedah boleh diterima.

“Nelayan hendaklah berdaftar dengan persatuan nelayan kerana hendak dapatkan data supaya kita dapat pastikan kaum nelayan terbela dan tiada yang tercicir daripada bantuan. Data menunjukkan setakat ini ada dalam 20,000 hingga 30,000 lagi nelayan masih belum berdaftar di seluruh negara.

“Rugi sekiranya mereka tidak berdaftar kerana banyak faedah yang kerajaan salurkan seperti elaun sara hidup, subsidi diesel, pinjaman tanpa faedah dan banyak lagi termasuklah bantuan sekiranya berlaku bencana seperti banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada nelayan dari daerah ini yang terjejas banjir.

Yusoff berkata walaupun terdapat 1,250 nelayan terlibat dengan banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan, namun ia tidak menjejaskan bekalan stok ikan di ketiga-tiga negeri tersebut.

“Untuk pendaratan di tiga negeri ini ada sedikit pengurangan tapi tidak signifikan. Tapi sekiranya ada pengurangan yang signifikan, LKIM akan mengeluarkan stok ikan segar beku (QFish) bagi menstabilkan bekalan,” katanya.

Sebanyak 36 ketua isi rumah nelayan dari daerah Tumpat yang terlibat dalam bencana banjir minggu lepas menerima sumbangan wang tunai RM500 dan kit makanan.

Yusoff turut meminta nelayan yang mengalami kerosakan bot dan peralatan menangkap ikan supaya membuat laporan polis bagi memudahkan proses permohonan bantuan peralatan baharu agar aktiviti mereka tidak terjejas.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/26/lkim-minta-nelayan-berdaftar-dengan-persatuan/feed/ 0 26960