Minuman Keras – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Jun 2024 04:24:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Minuman Keras – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan seludup minuman keras berjumlah lebih RM2.2 juta tumpas https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/#respond Wed, 12 Jun 2024 04:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55874
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan enam kontena berisi minuman keras bernilai lebih RM480,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM2.2 juta dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada 10 Mei lalu hasil analisa risiko daripada Unit Pemeriksaan Kontena dan aduan awam yang diterima, sepasukan serbuan yang terdiri daripada anggota dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah membuat pemeriksaan ke atas dua puluh buah kontena kerana disyaki berisi minuman keras melalui Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kontena tersebut telah mendapati sebanyak enam buah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

“Anggaran nilai adalah sebanyak RM484,788.00, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM2,264,476.40. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 2,749,264.40,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, modus operandi bagi kes ini adalah membuat pengikraran palsu di dalam manifes laitu dagangan diikrar sebagai hand tools, aluminium fittings, driller, stove, chain, fishing net, lighting bulb, dan aluminium plate.

“Pengkikraran palsu ini dibuat adalah untuk tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Justeru beliau menggesa orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain- lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/12/cubaan-seludup-minuman-keras-berjumlah-lebih-rm2-2-juta-tumpas/feed/ 0 55874
Polis patahkan sindiket seludup minuman keras, rokok hampir RM8 juta https://sabahmedia.com/2023/01/21/polis-patahkan-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-hampir-rm8-juta/ https://sabahmedia.com/2023/01/21/polis-patahkan-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-hampir-rm8-juta/#respond Sat, 21 Jan 2023 07:32:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28271
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai membabitkan nilai rampasan hampir RM8 juta dalam serbuan di tiga lokasi di Sandakan menerusi Op Kontraban, kelmarin.

Serbuan di salah satu lokasi semasa Op Konraban di Sandakan. -Foto ihsan PDRM Sabah

Operasi dilancarkan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bukit Aman, Petugas Khas Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bermula jam 11 pagi hingga 2.30 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, bertindak atas maklumat dan risikan yang diperolehi, tiga serbuan membabitkan dua gudang dan sebuah rumah telah dilaksanakan.

“Hasil pengeledahan di tiga lokasi berkenaan merampas rokok tidak bercukai pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM5,950,740.09.

“Pasukan serbuan turut merampas minuman keras, juga tidak bercukai pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1,714,437.

“Hasil serbuan itu juga turut merampas dua van dan sebuah lori dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM7,915,177.45,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Menurut Idris, dalam serbuan itu, pasukan operasi turut menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia 29, 37 dan 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga suspek yang ditahan itu bertindak sebagai penjaga premis dan pemandu.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai kastam.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah untuk tindakan siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Idris, kejayaan rampasan ini sekali gus berjaya memutuskan rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan rokok serta minuman keras tidak bercukai di Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/21/polis-patahkan-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-hampir-rm8-juta/feed/ 0 28271
Tiga Individu Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Tidak Bercukai https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/#respond Wed, 25 Aug 2021 10:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5238
Read Time:55 Second

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan tiga individu dalam cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dalam satu operasi di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang merupakan pemandu setiap lori yang diperiksa di Pekan Menumbok malam semalam.

“Polis Marin menahan tiga buah lori dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa jenis minuman keras tidak bercukai yang disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

“Lori tersebut dipercayai bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan,” katanya.

Kata Saidul, nilai rampasan minuman keras termasuk tiga buah lori dianggarkan melebihi RM663,000 termasuk cukai.

Manakala, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/feed/ 0 5238