MINYAK DAN GAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Jun 2026 01:32:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MINYAK DAN GAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perkukuh peranan sebagai pemilik industri minyak dan gas – Masidi https://sabahmedia.com/2026/06/06/sabah-perkukuh-peranan-sebagai-pemilik-industri-minyak-dan-gas-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/06/06/sabah-perkukuh-peranan-sebagai-pemilik-industri-minyak-dan-gas-masidi/#respond Sat, 06 Jun 2026 01:32:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97757
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sabah kini sedang melalui transformasi besar dalam sektor tenaga dengan mengambil peranan lebih aktif sebagai pemilik dan peneraju industri minyak dan gas negeri, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, menerusi SMJ Energy, kerajaan negeri mempercepatkan aktiviti huluan, mengkomersialkan penemuan sumber tenaga baharu serta memastikan lebih banyak nilai ekonomi yang dijana daripada sumber negeri dapat dikekalkan untuk manfaat rakyat Sabah.

“Sabah bukan lagi sekadar pemerhati. Kita adalah pemilik, penyumbang dan pemangkin yang membentuk masa depan industri minyak dan gas negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alu-aluan Oil & Gas Services and Equipment Conference and Exhibition (OGSE) Sabah 2026 di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), baru-baru ini.

Masidi yang juga Pengerusi SMJ Energy berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelabur serta rakan strategik antarabangsa melalui kerjasama yang berteraskan perkongsian teknologi, kepakaran dan modal bagi memacu pertumbuhan industri tenaga Sabah.

Beliau turut menggesa syarikat yang terlibat dalam sektor itu agar memberi peluang kepada vendor tempatan, melabur dalam pembangunan bakat anak Sabah serta mewujudkan kerjasama jangka panjang bagi memastikan manfaat industri dapat dinikmati secara menyeluruh.

Menurutnya, penganjuran OGSE Sabah 2026 bukan sekadar platform mempamerkan peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh kestabilan kewangan, meningkatkan kebebasan komersial serta mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kondusif di Sabah.

“OGSE Sabah 2026 menjadi manifestasi kesungguhan kerajaan negeri dalam membangunkan industri tenaga yang mampan dan berdaya saing, sekali gus menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus menyokong pertumbuhan sektor tenaga bagi memastikan kejayaan yang dicapai dapat memberi manfaat berpanjangan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/06/sabah-perkukuh-peranan-sebagai-pemilik-industri-minyak-dan-gas-masidi/feed/ 0 97757
UMS lahir kumpulan pertama ijazah sarjana muda Kejuruteraan Minyak dan Gas https://sabahmedia.com/2022/12/17/ums-lahir-kumpulan-pertama-ijazah-sarjana-muda-kejuruteraan-minyak-dan-gas/ https://sabahmedia.com/2022/12/17/ums-lahir-kumpulan-pertama-ijazah-sarjana-muda-kejuruteraan-minyak-dan-gas/#respond Fri, 16 Dec 2022 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26435
Read Time:1 Minute, 44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melahirkan kumpulan graduan pertama bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas, baru-baru ini.

Graduan seramai 24 orang itu menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 yang disampaikan oleh Pro Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim di Dewan Canselor UMS.

Menurut Dekan FKJ UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad, sejak ambilan pertama pada tahun 2018, program Kejuruteraan Minyak dan Gas UMS telah menerima seramai 150 pelajar.

“Selain program ijazah sarjana muda, FKJ UMS juga turut menawarkan program kejuruteraan minyak dan gas di peringkat diploma dan sarjana.

“Setakat ini, lebih 50 peratus keluaran kohot pertama program Kejuruteraan Minyak dan Gas telah pun menerima tawaran pekerjaan dari syarikat multinasional seperti PETRONAS, Sime Darby, Foxboro, Matco, Tata Consultancy dan sebagainya,” katanya.

Tambah Ismail, menurut kajian yang dijalankan oleh fakulti itu, graduan program tersebut telah menerima tawaran sejurus menamatkan pengajian di semester terakhir.

“Ini menunjukkan bidang yang diceburi ini mendapat liputan meluas dalam kalangan industri dan sangat diperlukan pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, seorang graduan program Kejuruteraan Minyak dan Gas UMS, Priveqa Yaashini Gopalan berkata beliau ingin menjadi alumni yang dapat menyumbang kembali kepada UMS dan masyarakat.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip ‘be kind and serve back to the people in need’. Dengan ijazah yang saya miliki, saya dapat membantu dari segi kemahiran mahupun motivasi untuk dikongsikan kepada para pelajar program minyak dan gas di UMS.

“Minat terhadap subjek matematik dan sains mendorong saya untuk mendalami bidang kejuruteraan. Saya meneruskan pengajian dalam jurusan minyak dan gas kerana ingin tahu bagaimana minyak yang diperoleh daripada pembentukan batuan, proses awal sehinggalah kepada tahap penjualan kepada pengguna.

“Ia menarik perhatian saya bagaimana penerokaan dan pengeluaran minyak berlaku,” jelasnya mengenai minat terhadap bidang yang diceburi beliau.

Priveqa yang berasal dari Selangor juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi tahun 2022.

Anugerah BEM diberikan kepada pelajar tahun akhir prasiswazah bagi setiap program kejuruteraan yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.60 ke atas serta memiliki sahsiah yang baik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/17/ums-lahir-kumpulan-pertama-ijazah-sarjana-muda-kejuruteraan-minyak-dan-gas/feed/ 0 26435