Minyak diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Apr 2026 09:46:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Minyak diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan, bantu rakyat jalani aktiviti harian: MOF https://sabahmedia.com/2026/04/15/harga-diesel-di-sabah-sarawak-dan-labuan-dikekalkan-bantu-rakyat-jalani-aktiviti-harian-mof/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/harga-diesel-di-sabah-sarawak-dan-labuan-dikekalkan-bantu-rakyat-jalani-aktiviti-harian-mof/#respond Wed, 15 Apr 2026 09:46:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94932
Read Time:57 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) keluasan geografi yang 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, serta bentuk muka bumi yang mencabar menjadikan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan lebih bergantung kepada komoditi itu.

MOF menjelaskan diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penjanaan elektrik dan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.

“Kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi mencabar mengehadkan akses jalan raya, oleh itu penduduk bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda.

“Liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar, jadi, diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian,” menurut MOF menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

MOF memaklumkan penggunaan diesel sekitar dua bilion liter dengan harga dikekalkan pada RM2.15 seliter bagi menyokong keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar memberi penekanan kepada keperluan pengguna dan prinsip kesamaratan bagi memastikan keberkesanan agihan kepada rakyat Malaysia, tambah kementerian itu. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/harga-diesel-di-sabah-sarawak-dan-labuan-dikekalkan-bantu-rakyat-jalani-aktiviti-harian-mof/feed/ 0 94932
Polis Marin Sabah rampas minyak diesel bersubsidi bernilai RM163,500 https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/#respond Sun, 12 Jan 2025 10:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66836
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berjaya merampas minyak diesel bersubsidi bernilai RM163,500 dalam satu operasi di kawasan perairan laut Safma dekat sini pada 10 Januari lalu.

Operasi rondaan menggunakan Botronda RH 52 dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin sekitar jam 8 malam.

Minyak diesel bersubsidi yang dirampas dalam operasi di perairan laut Safma.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan itu melibatkan sebuah kapal pukat tunda bersama beberapa tangki minyak yang telah diubahsuai untuk tujuan penyeludupan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa 6,000 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan dalam lapan tangki minyak yang telah diubahsuai.

“Penama yang berada di atas kapal gagal mengemukakan dokumen atau permit sah daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nazri, dalam serbuan itu, pasukan telah merampas sebuah kapal pukat tunda, dua tangki minyak kapasiti 1,000 liter (2,000 liter minyak diesel), empat tangki minyak kapasiti 600 liter (2,400 liter minyak diesel) dan dua tangki minyak kapasiti 800 liter (1,600 liter minyak diesel).

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati peralatan lengkap untuk aktiviti penjualan minyak diesel turut ditemukan di atas kapal.

“Suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/polis-marin-sabah-rampas-minyak-diesel-bersubsidi-bernilai-rm163500/feed/ 0 66836
KPDN Sandakan tahan lori diubahsuai, cuba seleweng minyak diesel https://sabahmedia.com/2024/06/20/kpdn-sandakan-tahan-lori-diubahsuai-cuba-seleweng-minyak-diesel/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/kpdn-sandakan-tahan-lori-diubahsuai-cuba-seleweng-minyak-diesel/#respond Thu, 20 Jun 2024 07:05:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56282
Read Time:2 Minute, 13 Second

Sandakan : Sebuah lori yang diubahsuai berkapasiti tiga tan berjaya ditahan sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan di sini semalam selepas dipercayai digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.

Dalam operasi yang dijalankan di Jalan Utara, Sandakan kira-kira jam 4.30 petang itu bagaimanapun mendapati pemandu lori berkenaan telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa KPDN.

Ketua Cawangan Pejabat KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, hasil pemeriksaan mendapati, lori itu telah membawa barang kawalan iaitu minyak diesel dengan anggaran sebanyak 1,000 liter yang diisi dalam salah sebuah daripada tiga buah tangki IBC yang terdapat di dalam ruang kargo lori berkenaan.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat pengubahsuaian pada struktur bahagian tangki minyak lori terbabit yang dipercayai digunakan untuk membuat pengisian bahan api jenis diesel yang dibeli daripada stesen-stesen minyak yang dilawati. 

“Pengubahsuaian ini adalah disyaki untuk tujuan penyelewengan dan menjualnya semula demi untuk mengaut keuntungan.

“Anggota serbuan telah bertindak menyita lori berkenaan bersama-sama bahan api disyaki diesel yang terkandung di dalam sebuah tangki IBC yang berada di dalam ruang kargo lori kotak terbabit mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, bahan api yang disita itu dianggarkan bernilai RM2,150 dan anggaran jumlah keseluruhan nilai sitaan meliputi kenderaan, peralatan seperti pam, hos dan tangki IBC adalah sebanyak RM48,450.

Katanya, tindakan kes ini adalah hasil risikan di bawah Ops Tiris 3.0 yang telah dilakukan oleh pihak KPDN Sandakan sebelum operasi dilaksanakan. 

Menurutnya,  hasil maklumat awal yang diperolehi, modus operandi sindiket ini ialah menggunakan lori yang diubahsuai dengan tangki tambahan dan mengisi minyak diesel di beberapa buah stesen minyak sebelum minyak diesel tersebut dikumpulkan untuk diedarkan serta dijual di pasaran gelap.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan siasatan akan memfokuskan untuk mengenal pasti individu atau syarikat terlibat serta rantaian pengedaran bekalan minyak diesel subsidi termasuk sumber bekalan minyak diesel subsidi ini diperolehi dan diedarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDN Sandakan memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat perniagaan yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. 

Katanya, para pengusaha stesen minyak juga adalah diingatkan agar tidak menjual minyak petrol RON 95 dan diesel bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada KPDN.  

“Siasatan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) akan diambil ke atas mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat kepada pihak Kementerian melalui saluran-saluran yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/kpdn-sandakan-tahan-lori-diubahsuai-cuba-seleweng-minyak-diesel/feed/ 0 56282
KPDN Sabah rampas 4,000 liter minyak diesel diseleweng https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/ https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/#respond Wed, 19 Jun 2024 12:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56250
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 4,000 liter minyak diesel disyaki diseleweng, dirampas dalam satu operasi Ops Tiris 3.0 oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah di sebuah stor tidak bernombor, Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau petang tadi. (19 Jun)

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan yang dijalankan sekitar jam 2.20 petang di lokasi berkenaan itu telah menjumpai serta menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel yang ditemui dalam 18 unit drum berkapasiti 200 liter (sebanyak 2,000 liter) dan dalam sebuah tangki trailer berkapasiti 20,000 liter (sebanyak 2,000 liter) yang disyaki diselewengkan.

Katanya, turut disita barangan yang terlibat dalam aktiviti haram itu termasuk kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab (1 unit), tangki fiber yang telah diubah suai kapasiti 1,000 liter (1 unit), drum kapasiti 200 liter (18 unit), hose getah (1 unit), mesin pump minyak (2 unit) dan tangki trailer (1 unit).

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 104,500.00.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun yang dipercayai penjaga stor di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Georgie, risikan telah dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000; Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800, dan; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/19/kpdn-sabah-rampas-4000-liter-minyak-diesel-diseleweng/feed/ 0 56250