Minyak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 10 Jun 2026 07:13:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Minyak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Subsidi bersasar bantu imbangi keperluan awam dan pengurusan fiskal berhemat – Hassan Marican https://sabahmedia.com/2026/06/10/subsidi-bersasar-bantu-imbangi-keperluan-awam-dan-pengurusan-fiskal-berhemat-hassan-marican/ https://sabahmedia.com/2026/06/10/subsidi-bersasar-bantu-imbangi-keperluan-awam-dan-pengurusan-fiskal-berhemat-hassan-marican/#respond Wed, 10 Jun 2026 07:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97992
Read Time:2 Minute, 35 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Dasar subsidi Kerajaan kini semakin menumpu kepada memastikan dana awam sampai kepada mereka yang paling memerlukan, beralih daripada bantuan secara meluas kepada sokongan lebih bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kemampanan fiskal.

Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata cabarannya terletak pada usaha untuk mengimbangi antara bantuan segera kepada isi rumah dengan keperluan memelihara sumber negara bagi masa depan.

PPPK, yang beroperasi di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), bertanggungjawab menyelaras tindakan dan usaha Kerajaan bagi menangani krisis tenaga global yang tercetus akibat konflik di Asia Barat.

“Pelaksanaan strategik rangka kerja subsidi yang dirasionalisasikan memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekonomi domestik terhadap kejutan luaran yang teruk.

“Sekiranya Kerajaan tidak melaksanakan secara proaktif pembaharuan subsidi bahan api sejak dua tahun lepas, Malaysia akan mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang jauh lebih genting pada hari ini,” kata Mohd Hassan dalam satu temu bual bersama BERNAMA baru-baru ini.

Beliau berkata keadaan global yang sentiasa berubah-ubah memerlukan semakan secara berterusan terhadap mekanisme subsidi, kuota dan sistem pengagihan bagi memastikan ia kekal berkesan dan selaras dengan realiti semasa.

“Pergolakan geopolitik di Asia Barat telah mengubah sepenuhnya realiti (kehidupan) kita. Jumlah kos subsidi bahan api kita telah melonjak daripada RM700 juta sebulan pada Januari kepada RM5.0 bilion sebulan, yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam masa yang singkat.

 “Jumlah kos subsidi sebesar ini tidak mampan dan memberi tekanan besar terhadap belanjawan negara kita,” katanya.

Pada masa sama, katanya, syarikat minyak dan gas nasional PETRONAS terus memainkan peranan penting dalam memastikan keterjaminan bahan api domestik dengan membantu menampung kekurangan bekalan syarikat minyak (OOC) lain yang beroperasi di Malaysia, meskipun kos pemerolehan dan operasi yang jauh lebih tinggi.

Pada masa ini, PETRONAS menyerap komitmen tambahan ini yang boleh mencecah ratusan juta ringgit, di samping beban subsidi sedia ada yang ditanggung oleh Kerajaan, katanya.

Selain memastikan bekalan bahan api yang mencukupi, Mohd Hassan berkata, Kerajaan juga sedang memperkukuh langkah-langkah untuk melindungi rantaian bekalan lebih meluas yang menyokong ekonomi dan mata pencarian harian.

“Kita sedang giat menyelaraskan logistik negara, mempertingkat penguatkuasaan antipenyeludupan dan menstabilkan saluran bekalan makanan,” katanya.

Pada masa depan, katanya, cabarannya bukan sahaja untuk mendapatkan bahan api tetapi juga bagi menangani sekatan rantaian bekalan, gangguan logistik dan persaingan antarabangsa yang semakin sengit bagi mendapatkan sumber.

“Apa yang sedang diusahakan oleh Kerajaan dan industri sekarang adalah untuk memperkukuh penampan dan memastikan sektor kritikal terus berfungsi dengan lancar dalam keadaan bekalan jangka panjang yang berubah-ubah.

“Kita juga perlu mengambil kira bahawa untuk mendapatkan bekalan dalam pasaran global yang sangat tidak menentu kini melibatkan kos tambahan yang jauh lebih tinggi,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, dengan mengandaikan harga minyak mentah kekal sekitar US$100 setong, premium insurans berkaitan gangguan boleh menambahkan lagi antara US$30 hingga US$40 setong kepada kos.

Pada masa sama, kos penghantaran, insurans dan kos operasi lain yang lebih tinggi akan meningkatkan lagi beban kewangan untuk mengekalkan bekalan bahan api domestik yang stabil.

Mohd Hassan berkata realiti ini menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan mengurus  sumber dengan berhemat dan pempelbagaian bekalan dalam memperkukuh daya tahan Malaysia terhadap kejutan pada masa depan.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/10/subsidi-bersasar-bantu-imbangi-keperluan-awam-dan-pengurusan-fiskal-berhemat-hassan-marican/feed/ 0 97992
Cubaan seludup barang kawalan gagal, lelaki berusia 45 tahun ditahan di perairan Kudat https://sabahmedia.com/2026/04/17/cubaan-seludup-barang-kawalan-gagal-lelaki-berusia-45-tahun-ditahan-di-perairan-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/04/17/cubaan-seludup-barang-kawalan-gagal-lelaki-berusia-45-tahun-ditahan-di-perairan-kudat/#respond Fri, 17 Apr 2026 11:44:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95056
Read Time:1 Minute, 11 Second

KUDAT: Cubaan seorang lelaki tempatan untuk menyeludup barang kawalan gagal apabila dia ditahan dalam operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat di muara Sungai Kampung Kimihang di sini .

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan ketika berada di atas sebuah pam bot berwarna biru tanpa nombor pendaftaran, dipercayai digunakan untuk membawa barangan tanpa kebenaran.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat, Nazatul Shima Karim berkata, pihaknya menerima kes berkenaan daripada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa sejumlah barang kawalan tanpa dokumen sah, termasuk petrol, minyak masak dan gula,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Nazatul berkata, antara rampasan adalah tujuh tong drum berisi kira-kira 1,400 liter petrol, 24 kotak minyak masak paket seberat 408 kilogram serta tujuh bandel gula kasar dianggarkan 168 kilogram.

Turut dirampas katanya, tiga enjin pam bot yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan tersebut.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM14,876.80,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara KPDN dan Pasukan Polis Marin dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini.

Menurutnya, KPDN akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi memastikan bekalan barang kawalan tidak disalahgunakan dan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat.

Orang ramai juga diseru tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi bagi membantu membendung kegiatan penyeludupan yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/17/cubaan-seludup-barang-kawalan-gagal-lelaki-berusia-45-tahun-ditahan-di-perairan-kudat/feed/ 0 95056
Dua warga asing cuba seludup minyak subsidi ditahan https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/#respond Tue, 04 Nov 2025 12:56:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84969
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Ahmad Husnayan

SEMPORNA: Dua lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai terbabit dalam cubaan menyeludup keluar minyak petrol subsidi bernilai lebih RM111,000 ke negara jiran, awal pagi semalam.

Minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi khas dijalankan antara jam 7.50 malam pada 3 November hingga 3.45 pagi, 4 November di perairan Pulau Boheian dan Tanjung Manimpa, hasil risikan Unit Risikan Marin bersama bot ronda PPM Semporna.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim, berkata operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan dua bot laju bersama dua enjin serta 112 gelen berisi minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak, bot dan enjin berjumlah RM111,277.75.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan itu hasil pemantauan berterusan di kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan utama aktiviti penyeludupan barangan kawalan.

“PPM Wilayah 4 akan terus mempergiatkan rondaan dan risikan bagi memastikan perairan negara, khususnya di Sabah, bebas daripada sebarang aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara,” katanya.

Menurutnya, PPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap subsidi kerajaan untuk mengaut keuntungan haram.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/dua-warga-asing-cuba-seludup-minyak-subsidi-ditahan/feed/ 0 84969
BUDI95 Kukuhkan Kedudukan Fiskal, Ringankan Beban Rakyat https://sabahmedia.com/2025/10/10/budi95-kukuhkan-kedudukan-fiskal-ringankan-beban-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/budi95-kukuhkan-kedudukan-fiskal-ringankan-beban-rakyat/#respond Fri, 10 Oct 2025 02:19:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82873
Read Time:2 Minute, 50 Second

oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR, Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disifatkan sebagai langkah penting kerajaan dalam memperkukuh kedudukan kewangan negara, di samping memastikan penjimatan subsidi dapat disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan bersasar.

Inisiatif ini, yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 22 September lalu dan berkuat kuasa 30 September , membolehkan setiap warganegara Malaysia yang layak membeli petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan. Bagi bukan warganegara, harga petrol RON95 ditetapkan pada kadar tanpa subsidi RM2.60 seliter.

Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan melaksanakan BUDI95 adalah hasil pengurusan fiskal berhemat oleh kerajaan yang memberi tumpuan kepada membanteras rasuah dan ketirisan.

Penjimatan Besar dan Manfaat Luas

Menteri Kewangan II dilaporkan berkata, pelaksanaan BUDI95 dijangka menjana penjimatan RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, bergantung kepada harga minyak dunia. Penjimatan itu akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Beliau berkata, lebih 16 juta rakyat Malaysia dijangka menerima manfaat langsung daripada pelaksanaan ini.

Dalam masa sama, Menteri Pengangkutan memaklumkan kerajaan dapat menjimatkan berbilion ringgit apabila hampir 900,000 bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi RON95 seperti sebelum ini.

Reaksi Rakyat dan Isu Pelaksanaan

Rata-rata rakyat menyambut baik pelaksanaan BUDI95 yang telah lama dinantikan, namun terdapat juga pandangan berbeza terhadap beberapa aspek pelaksanaannya, antaranya:

  • Jumlah penjimatan RM0.61 seliter dianggap kecil;
  • Kuota 300 liter sebulan dilihat terhad;
  • Kelayakan tanpa mengambil kira tahap pendapatan dianggap bercanggah dengan prinsip subsidi bersasar.

Namun, berdasarkan pengiraan, setiap warganegara yang layak dapat menikmati penjimatan maksimum RM183 sebulan atau RM2,196 setahun. Bagi golongan berpendapatan rendah, jumlah ini dianggap signifikan untuk menampung kos sara hidup.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan median upah bulanan pekerja Malaysia pada Mac 2025 ialah RM3,000, bermaksud separuh daripada pekerja menerima gaji di bawah paras itu. Oleh itu, penjimatan RM183 bersamaan enam peratus daripada gaji bulanan, suatu nilai yang besar bagi kebanyakan isi rumah.

Kuota 300 Liter Disesuaikan dengan Corak Penggunaan

Kerajaan menjelaskan bahawa kuota 300 liter sebulan ditetapkan berdasarkan data semasa, yang menunjukkan 99 peratus pengguna kenderaan persendirian menggunakan kurang daripada jumlah itu, dengan purata penggunaan hanya 80 liter sebulan.

Langkah ini bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas, manakala kerajaan juga akan meneliti semula kuota tersebut pada masa depan bagi kumpulan yang memerlukan jumlah lebih tinggi.

Sebelum ini, subsidi petrol tanpa kawalan telah menyebabkan ketirisan besar, termasuk penyeludupan ke negara jiran serta penggunaan oleh bukan warganegara. Berdasarkan data Kementerian Kewangan, subsidi petrol, diesel dan LPG meningkat lebih 400 peratus dalam tempoh lima tahun (2018–2022) — daripada RM7.4 bilion kepada RM37.3 bilion.

Keadaan ini menyebabkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi semakin tinggi, sekali gus mengehadkan kemampuan fiskal negara bagi melaksanakan projek pembangunan dan kebajikan rakyat.

Langkah Lanjutan Rasionalisasi Subsidi

BUDI95 merupakan kesinambungan kepada agenda rasionalisasi subsidi yang telah dimulakan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Antaranya termasuk pemansuhan subsidi dan kawalan harga ayam pada 1 November 2023, serta telur ayam pada 1 Ogos 2025. Pemansuhan subsidi telur sahaja telah menjimatkan hampir RM2.5 bilion sepanjang 34 bulan (Februari 2022 – Disember 2024).

Secara keseluruhannya, BUDI95 bukan sahaja memperkukuh kedudukan kewangan negara, malah membantu rakyat mengurus kos sara hidup secara lebih mampan.

“Nilainya mungkin kecil bagi sesetengah pihak, namun bagi ramai rakyat Malaysia, inisiatif ini amat bermakna,” kata Menteri Kewangan II.

Seperti pepatah Melayu, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit — dan BUDI95 menjadi bukti keistimewaan yang hanya dinikmati rakyat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/budi95-kukuhkan-kedudukan-fiskal-ringankan-beban-rakyat/feed/ 0 82873
Tiga individu ditahan dalam serbuan seludup minyak di Pantai Timur Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/01/tiga-individu-ditahan-dalam-serbuan-seludup-minyak-di-pantai-timur-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/tiga-individu-ditahan-dalam-serbuan-seludup-minyak-di-pantai-timur-sabah/#respond Wed, 01 Oct 2025 13:33:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82334
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sabah menahan tiga individu dalam dua operasi berasingan bagi membanteras kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi di Pantai Timur Sabah.

Komander Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan serentak di Sandakan dan Semporna itu dijalankan bermula jam 8 malam pada 29 September.

“Di Sandakan, dua lelaki tempatan ditahan bersama sebuah lori tangki, kenderaan pacuan empat roda serta dua tangki skid yang dirampas di Jalan Cecily.

“Manakala di Semporna, seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan perairan Pulau Omadal dan Tanjung Pantau-Pantau kerana disyaki cuba menyeludup petrol ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,400 liter diesel dan 51 jerekin petrol dengan anggaran nilai keseluruhan RM482,672.25 dirampas dalam operasi itu.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/tiga-individu-ditahan-dalam-serbuan-seludup-minyak-di-pantai-timur-sabah/feed/ 0 82334
Parti Warisan perlu hentikan politikkan masa depan minyak dan gas Sabah – Gordon https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/#respond Wed, 09 Jul 2025 14:12:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77012
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Exco Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Gordon Horace Chin menggesa Parti Warisan agar menghentikan permainan politik berkaitan masa depan industri minyak dan gas Sabah.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman mengenai penyertaan Sabah dalam sektor itu mencerminkan betapa parti berkenaan masih gagal memahami cabaran sebenar serta kemajuan yang telah dicapai di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Azis bersuara lantang tetapi jelas tidak memahami struktur industri minyak dan gas, termasuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), risiko sektor huluan, dan tanggungjawab mengurus dana awam. Pandangannya bukan sahaja mengelirukan, malah berisiko menjejaskan kestabilan kewangan negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, langkah yang diambil oleh SMJ Energy syarikat milik penuh kerajaan negeri adalah strategi yang bertanggungjawab dan berhemah apabila memfokuskan kepada aset yang telah terbukti menguntungkan serta hanya menyertai projek eksplorasi selepas penemuan dibuat.

“SMJ Energy bukan lambat bertindak, sebaliknya membuat keputusan berasaskan risiko dan manfaat sebenar. Melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas, Sabah kini mempunyai kepentingan besar termasuk 50 peratus dalam PSC Samarang, 10 peratus dalam LNG9 dan 25 peratus dalam SAMUR.

“SMJ bukan sekadar nama di atas kertas. Ia bernilai RM5 bilion dan telah membayar dividen RM160 juta kepada kerajaan negeri,” katanya.

Gordon turut menafikan dakwaan bahawa terbitan sukuk RM900 juta untuk pengambilalihan Sabah International Petroleum (SIP) merupakan satu bentuk ‘bailout’ seperti didakwa pemimpin Warisan.

Katanya, SIP ketika itu berdepan hutang besar yang sebahagian besarnya terkumpul semasa Presidennya sendiri menjadi Pengerusi syarikat tersebut, dengan hutang mencecah RM1.7 bilion menjelang 2020 dan berisiko menenggelamkan Sabah Development Bank (SDB).

“Kalau kerajaan GRS tidak bertindak, SDB mungkin gagal memenuhi obligasi bon dan mencetuskan krisis kewangan. Terbitan sukuk itu adalah langkah penstrukturan semula yang bersih dan berjaya.

“Ia terlebih langgan 3.9 kali, mendapat penarafan AAA dan diiktiraf sebagai Malaysia’s Best Non-IPO Fundraising Deal tahun 2023,” katanya.

Menurut beliau, penstrukturan tersebut membolehkan SIP membiayai semula hutang dengan kadar faedah lebih rendah, menjimatkan lebih RM60 juta setahun dan memulihkan kestabilan SDB.

“SMJ Energy kini terus berkembang kukuh berasaskan kecekapan pengurusan, bukan kronisme atau perakaunan kreatif seperti masa lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Gordon turut membidas dakwaan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya pentadbirannya berjasa menyelesaikan pembayaran bon kerajaan RM1 bilion pada 2019.

“Hakikatnya, bon yang diterbitkan pada 2014 telah dibayar menggunakan dana pelunasan (sinking fund) yang diwujudkan sejak awal. Pembayaran itu telah dirancang bertahun lebih awal dan bukan hasil inisiatif kerajaan Warisan,” katanya.

Beliau berkata, cubaan Warisan untuk mengelirukan rakyat dengan separuh kebenaran dan retorik politik hanya menunjukkan mereka semakin terdesak melihat kejayaan kerajaan sedia ada.

“Kami, Pemuda PGRS, berdiri teguh menyokong halatuju yang dirintis Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta kepimpinan ekonomi Datuk Seri Masidi Manjun. Taruhannya terlalu besar untuk Sabah kembali ke belakang.

“Cukuplah dengan retorik kosong. Masa depan Sabah mesti dibina dengan tanggungjawab, keyakinan dan perancangan jelas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/feed/ 0 77012
PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/ https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/#respond Sun, 04 May 2025 03:41:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73158
Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak berhubung urusan antara PETRONAS dan syarikat minyak negeri, Petros, akan diteruskan mengikut semangat persefahaman yang telah disepakati sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya, Anwar memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam bagi menyentuh perkara tersebut.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan PETRONAS-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini,” katanya.

Menurut Anwar, perbincangan lanjut akan diadakan sebaik sahaja Premier Sarawak kembali daripada lawatan rasminya ke London, United Kingdom.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya,” ujar Perdana Menteri.

Sambil menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan proses rundingan, Anwar menekankan pentingnya semua pihak memelihara suasana perbincangan yang rasional dan konstruktif.

“Sementara itu, atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya lagi.

Kenyataan ini hadir di tengah-tengah spekulasi berhubung isu kawal selia sumber minyak dan gas di Sarawak yang melibatkan kedua-dua entiti utama dalam sektor tenaga negara – PETRONAS dan Petros.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/feed/ 0 73158
Bekalan gula dan minyak masak stabil di Sandakan menjelang Hari Raya https://sabahmedia.com/2025/03/14/bekalan-gula-dan-minyak-masak-stabil-di-sandakan-menjelang-hari-raya/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/bekalan-gula-dan-minyak-masak-stabil-di-sandakan-menjelang-hari-raya/#respond Fri, 14 Mar 2025 02:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70361
Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Bekalan barang keperluan khasnya gula dan minyak masak di daerah ini menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah stabil, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John.

Beliau berkata demikian setelah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pemborong utama dan pasar raya tumpuan utama pengguna di sini pada Khamis.

Azdy membuat tinjauan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya yang menjadi tumpuan pengguna. – Foto ihsan KPDN Sandakan

“Pengguna tidak perlu bimbang tentang kekurangan bekalan utama itu. Hasil pemeriksaan kami mendapati bekalan gula di lima pemborong utama di Sandakan mencatatkan sebanyak 154.848 metrik tan. Selain itu, sebanyak 224 metrik tan lagi bekalan gula dijangka tiba di Sandakan pada 15 Mac ini,” katanya.

Tambahnya lagi, tinjauan di salah sebuah pasar raya tumpuan utama pengguna juga mendapati bahawa bekalan minyak masak yang merupakan barang kawalan juga mudah diperolehi. Tiada sebarang pembelian panik yang dilaporkan.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdn.gov atau di talian 089-668107 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 848 8000 (Aduan Pengguna).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/bekalan-gula-dan-minyak-masak-stabil-di-sandakan-menjelang-hari-raya/feed/ 0 70361
Cubaan Seludup Minyak Bersubsidi Dipatahkan ATB2 https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/#respond Sat, 02 Oct 2021 08:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7099
Read Time:1 Minute, 29 Second

SEMPORNA: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak bersubsidi di perairan Pulau Bohayen, di sini semalam.

Semua minyak yang dibawa dua bot laju dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan petugas yang keluar membuat rondaan pada jam 2.45 pagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ATB2 berkata, kedua-dua bot berkenaan dikesan bergerak dari arah Semporna menuju ke Sitangkai, Filipina.

“Pasukan operasi telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala sebuah lagi bot laju berjaya meloloskan diri.   Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut terdiri daripada dua orang awak-awak lelaki warganegara Filipina selain tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sebanyak 35 tong minyak petrol berkapasiti 35 liter/tong, berjumlah sebanyak 1225 liter berada di dalam bot berkenaan.

“Bot tersebut ditahan atas kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga awak-awak bot tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, kesemua awak-awak bot telah dibawa ke Hospital Semporna bagi melaksanakan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bagi siasatan lanjut.

Katanya, kerjasama yang erat di antara ATM, ESSCOM, PDRM, KKM dan PPM berada di tahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah.

Dalam pada itu, Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad turut merakamkan tahniah kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan Tim QRF atas kejayaan tersebut.

Beliau turut mengingatkan anggota operasi agar tidak mudah leka dan sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani cabaran keselamatan serta lain-lain ancaman sepanjang masa.

“Operasi akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara selamat di dalam usaha menyekat jenayah rentas sempadan dan mengetatkan lagi kawalan sempadan melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di Perairan Pantai Timur Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/cubaan-seludup-minyak-bersubsidi-dipatahkan-atb2/feed/ 0 7099
Cubaan Seludup Minyak Masak Tumpas https://sabahmedia.com/2021/08/15/cubaan-seludup-minyak-masak-tumpas/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/cubaan-seludup-minyak-masak-tumpas/#respond Sun, 15 Aug 2021 11:04:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4687
Read Time:52 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menumpaskan cubaan menyeludup minyak masak dalam satu operasi di kawasan laut Singamata Resort Semporna dekat sini, pagi kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad Ismail dalam satu kenyataannya berkata, semasa operasi itu, pasukannya telah terserempak dengan sebuah bot laju yang mencurigakan, ketika menghampiri bot laju tersebut, juragan bertindak melarikan diri dengan memecutkan bot tersebut ke kawasan perumahan atas air Kg. Batu dan juragan itu terjun ke dalam air untuk melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan terhadap bot tersebut telah menjumpai beberapa bungkus minyak masak dan satu jeriken berisi minyak petrol yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran, Filipina.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM22,480.00. Kes diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/cubaan-seludup-minyak-masak-tumpas/feed/ 0 4687