miskin tegar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Apr 2025 06:24:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png miskin tegar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemiskinan tegar di Sabah turun 89.9 peratus, direkodkan 1,464 KIR setakat Februari 2025 https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/#respond Tue, 15 Apr 2025 04:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71992
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam membasmi kemiskinan tegar terus menunjukkan hasil yang positif apabila jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang direkodkan dalam sistem eKasih menurun secara drastik sebanyak 89.9 peratus.

Jumlah itu mencatatkan penurunan daripada 14,553 KIR pada 29 Februari 2024 kepada hanya 1,464 KIR setakat 28 Februari 2025.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, data tersebut adalah berdasarkan rekod dalam sistem eKasih yang bersifat dinamik dan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Menurutnya, perubahan status dalam sistem itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, pemberian atau penamatan bantuan, serta maklumat lain seperti kematian atau perpindahan ke negeri lain.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, di sini, pada Selasa.

Beliau turut menjelaskan, antara penyumbang utama kepada penurunan jumlah KIR miskin tegar itu ialah pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang telah mula dikreditkan kepada penerima pada 17 Februari 2025. Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan selama setahun, membabitkan peruntukan keseluruhan RM358.4 juta.

Secara keseluruhan, seramai 100,000 penerima di seluruh Sabah dijangka mendapat manfaat daripada program ini. Pembayaran dibuat secara empat fasa setahun, bermula Januari hingga Mac bagi fasa pertama, diikuti April hingga Jun, Julai hingga September dan Oktober hingga Disember. Setiap penerima akan menerima bayaran secara lump-sum sebanyak RM900 untuk setiap fasa tiga bulan.

Tambah Abidin, kerajaan negeri turut komited untuk memastikan golongan yang telah keluar daripada kategori miskin tegar dapat terus kekal di atas garis kemiskinan. Ukuran garis kemiskinan ini ditentukan melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan, iaitu pendapatan bulanan di bawah RM1,218 bagi satu isi rumah purata sebanyak 4.3 orang, atau pendapatan per kapita sebanyak RM288 bagi setiap ahli isi rumah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/kemiskinan-tegar-di-sabah-turun-89-9-peratus-direkodkan-1464-kir-setakat-februari-2025/feed/ 0 71992
DUN Sabah : Pantau miskin tegar yang berjaya dinoktahkan – Tun Musa https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-pantau-miskin-tegar-yang-berjaya-dinoktahkan-tun-musa/ https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-pantau-miskin-tegar-yang-berjaya-dinoktahkan-tun-musa/#respond Thu, 10 Apr 2025 05:48:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71710
Read Time:2 Minute, 37 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah diminta untuk mengambil langkah dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan golongan miskin tegar di negeri ini dapat dikeluarkan sepenuhnya daripada garis kemiskinan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata,  usaha itu perlu sebagai susulan kejayaan kerajaan negeri yang menoktahkan miskin tegar pada tahun lalu.

“Saya berbangga dengan keprihatinan Kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar melalui Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Fasa Satu. 

“Program ini telah berjaya menoktahkan seramai 22,510 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dalam senarai ‘locked figure’ miskin tegar pada 31 Julai 2024.

“Saya berharap agar langkah dan pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan Kerajaan bagi memastikan golongan ini terus berjaya keluar dari garis kemiskinan,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di DUN Sabah di sini hari ini.

Ia adalah ucapan sulung bekas Ketua Menteri Sabah Ke-14 itu selaku Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas dilantik ke jawatan berkenaan berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (GRS-Sulaman).

Tun Musa berkata, perhatian khusus juga diberikan untuk menyediakan rumah untuk golongan miskin di luar bandar, menerusi Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). 

Katanya, pada tahun ini, peruntukan program ini telah dinaikkan, membolehkan sebanyak 40 unit rumah dibina di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 20 unit pada tahun lalu. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan terus menyediakan kemudahan asas perumahan yang berkualiti dan mampu milik melalui Projek Perumahan Awam dan Program Perumahan Mampu Milik.

Tambahnya, ia adalah untuk memastikan rakyat, khususnya dalam kalangan B40, mendapat akses kepada kediaman yang selesa dan berpatutan.

“Menerusi Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040), Kerajaan Negeri menyasarkan untuk mencapai 100 peratus liputan bekalan elektrik luar bandar menjelang tahun 2030. 

“Untuk merealisasikan sasaran ini, Jawatankuasa Elektrifikasi Luar Bandar Sabah ditubuhkan bagi mempergiat dan mempercepatkan inisiatif-inisiatif yang dirangka serta kaedah inovasi bagi menangani isu bekalan elektrik luar bandar.

“Selain itu, masyarakat luar bandar turut menerima manfaat yang besar menerusi pelaksanaan  berterusan  program  Bekalan  Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA). 

“Dari tahun 2021 hingga 2024, sebanyak 46 kampung yang meliputi 2,484 orang penduduk telah menerima manfaat daripada program BELBA, manakala melalui program BALBA, sebanyak 29 kemudahan air bersih telah disalurkan ke beberapa daerah pedalaman dan telah memberi manfaat kepada seramai 5,536 penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Musa berkata,  menerusi kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, usaha meningkatkan pendapatan golongan B40 di luar bandar di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini menampakkan hasil yang memberangsangkan. 

Katanya, Sabah berjaya merealisasikan eksport pertama  nanas MD2 sebanyak 15 tan pada Februari lalu, melalui projek penanaman nanas di bawah inisiatif IPR dan memberi manfaat kepada seramai 450 pekebun kecil di luar bandar. 

“Kejayaan ini bukan sahaja memberikan pendapatan tambahan kepada para pekebun kecil dalam kalangan B40, tetapi  turut  membuka  peluang  baharu  dalam sektor pertanian serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-pantau-miskin-tegar-yang-berjaya-dinoktahkan-tun-musa/feed/ 0 71710
Kerajaan Negeri perhebat program bela golongan miskin tegar https://sabahmedia.com/2025/03/22/kerajaan-negeri-perhebat-program-bela-golongan-miskin-tegar/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/kerajaan-negeri-perhebat-program-bela-golongan-miskin-tegar/#respond Sat, 22 Mar 2025 10:40:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70932
Read Time:2 Minute, 21 Second

Tuaran: Golongan miskin tegar di negeri ini terus dibela dan dibantu menerusi inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Sabah iaitu pemberian bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang selama satu tahun.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu melibatkan seramai 100,000 orang penerima yang bertujuan bagi membantu mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung oleh golongan berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga meneruskan program pemberian rumah kediaman kepada golongan miskin tegar, dengan sebanyak 3,000 buah Rumah Mesra SMJ akan dibina pada tahun ini.

“Program bantuan rumah kediaman ini, termasuk inisiatif memberikan pekerjaan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) golongan miskin tegar, yang telah bermula sejak dua tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Tahun 2025 di Padang Istiadat Daerah Tuaran di sini hari ini

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji berkata, bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan subsidi tiket kapal terbang sebanyak RM600 kepada pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang ingin pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

“Sementara pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negeri tetapi ingin pulang ke kampung masing-masing, mereka diperuntukkan bantuan sebanyak RM300.00 seorang,” katanya.

Selain itu katanya, banyak lagi inisiatif lain termasuk peruntukan biasiswa oleh Kerajaan Negeri telah ditambah daripada RM50 juta kepada RM128 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, pada tahun lalu sahaja Kerajaan Negeri telah membelanjakan sekitar RM470 juta untuk pembangunan modal insan dan pendidikan.

Sementara itu Hajiji berkata, semenjak menerajui kepimpinan negara, Anwar telah berjaya meletakkan kembali kedudukan Malaysia di persada dunia.

Katanya, Perdana Menteri sering diundang ke pelbagai majlis forum antarabangsa untuk menyampaikan pandangan negara kita bersabit isu-isu yang berkaitan kepentingan komuniti antarabangsa.

“Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara juga amat menggalakkan, para pelabur asing berduyun-duyun datang untuk membawa pelaburan yang bernilai ratusan bilion ringgit.

“Semua ini adalah indikator yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang tepat di bawah kepimpinan Anwar,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan yang amat menggalakkan ini diperkukuhkan lagi dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, satu lagi indikator yang mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan dan kemampuan pimpinan negara.

Hajiji berkata, semangat toleransi yang tinggi dan perpaduan yang jitu kekal sebagai kunci kepada kesatuan dan kekuatan masyarakat kita untuk terus menikmati kehidupan dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.

Katanya, majlis berbuka puasa secara berkumpulan di setiap kawasan dan perkampungan di Sabah akan turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan beragama Islam.

Menurutnya, perbezaan kaum, berlainan fahaman agama dan kepelbagaian budaya tidak mendatangkan masalah, semua ini adalah lambang keunikan dan kepelbagaian negeri Sabah.

Terdahulu Hajiji bersama Anwar melawat Jualan Rahmah di hadapan Dewan Seri Sulaman dan kemudiannya menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Tuaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/kerajaan-negeri-perhebat-program-bela-golongan-miskin-tegar/feed/ 0 70932
Kejayaan Sabah hapuskan miskin tegar ‘milestone’ utama kearah bina wilayah maju dan berpendapatan tinggi https://sabahmedia.com/2024/08/15/kejayaan-sabah-hapuskan-miskin-tegar-milestone-utama-kearah-bina-wilayah-maju-dan-berpendapatan-tinggi/ https://sabahmedia.com/2024/08/15/kejayaan-sabah-hapuskan-miskin-tegar-milestone-utama-kearah-bina-wilayah-maju-dan-berpendapatan-tinggi/#respond Thu, 15 Aug 2024 03:35:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59053
Read Time:6 Minute, 10 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Dua hari lepas, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa Kerajaan Sabah telah berjaya mencapai matlamat menghapuskan insiden miskin tegar di Sabah pada 31 Julai 2024.

2. Menurut beliau, kejayaan ini adalah selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025) yang telah di lancarkan pada Mac 2021, serta memenuhi aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.

3. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sabah serta seluruh Kerajaan Sabah kerana telah mencapai satu kejayaan yang sukar dan mencabar. Kejayaan ini amatlah membanggakan memandangkan insiden kemiskinan yang tinggi di Sabah adalah satu isu legasi yang telah berlanjutan untuk tempoh masa yang sangat lama, dari generasi ke generasi. 

4. Lebih-lebih lagi, beberapa bulan lepas timbul sedikit kontroversi berkaitan statistik kemiskinan di Sabah, di mana Ketua Menteri Sabah telah mempertikai angka kemiskinan di Sabah yang telah di laporkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia semasa Persidangan Dewan Rakyat.

Ketua Menteri Sabah menyatakan statistik kemiskinan yang di perolehi oleh Kerajaan Sabah adalah berbeza dari statistik yang di laporkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia tersebut.

5. Di dalam agenda membasmi kemiskinan, antara perkara utama yang mesti di tetapkan dengan jelas agar usaha yang di laksanakan berkesan dan dapat mencapai golongan sasaran:

 tahap pendapatan penduduk yang di kira sebagai miskin

 siapa, jumlah dan lokasi penduduk yang di kenal-pasti sebagai miskin

6. Secara ringkas-nya, untuk tujuan pembasmian kemiskinan, Kerajaan Malaysia telah menetapkan tahap pendapatan penduduk kepada dua kategori, pada kadar yang berbeza mengikut negeri dan wilayah.

7. Dalam bahasa mudah, insiden miskin tegar adalah situasi di mana isi rumah berkenaan tidak memiliki pendapatan yang mencukupi untuk membeli barangan makanan yang di perlukan untuk hidup.

8. Kerajaan Malaysia telah menetapkan tahap pendapatan yang berbeza-beza setelah mengambil-kira kos sara hidup yang berbeza di antara negeri dan wilayah di seluruh negara.

9. Sebagai contoh. Kadar PGK Makanan di Sabah (RM 1,218) merupakan yang ke-5 tertinggi di Malaysia. Malah, lebih tinggi dari kadar nasional (RM 1,198) serta negeri dan wilayah yang lebih maju seperti: Johor (RM 1,161), Pulau Pinang (RM 1,036) dan WP Kuala Lumpur (RM 1,109).

10. Ini menggambarkan kos sara hidup di Sabah adalah lebih tinggi berbanding lain-lain negeri dan wilayah. Dengan kata lain, penduduk di Sabah memerlukan pendapatan yang lebih banyak untuk membeli barangan makanan yang mencukupi.

11. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sabah telah merekodkan insiden miskin tegar dan miskin mutlak tertinggi di Malaysia, tahun demi tahun.

12. Hakikatnya, Sabah memiliki isu empat serangkai yang saling berkait-rapat, iaitu: pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kadar pengangguran yang tinggi, pendapatan pekerja yang kecil dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Di tambah pula, Sabah tidak mendapat sepenuhnya Geran Khas Tahunan dari Kerajaan Malaysia sejak 1973, yang di anggarkan bernilai berbillion ringgit setahun.

13. Namun begitu, siapakah sebenarnya yang miskin di Sabah?

14. Persoalan ini penting kerana Sabah menghadapi isu kebanjiran penduduk bukan warganegara, di mana ramai merupakan penduduk tanpa dokumen yang sah. Golongan berkenaan tidak banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah, tetapi banyak memeras hasil serta mengguna-pakai kemudahan awam yang di sediakan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Dua tahun lepas, Menteri Dalam Negeri Malaysia pernah di laporkan berkata bahawa Sabah memiliki lebih satu juta penduduk tanpa dokumen/ undocumented.

15. Secara rasminya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022 menunjukkan jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, di mana lebih 20% merupakan bukan warganegara.

Manakala, sebagai perbandingan, jumlah penduduk Malaysia adalah 33.7 juta orang, di mana warganegara (90.5%) dan bukan warganegara (9.5%).

16. Malah, data DOSM melaporkan kebanjiran penduduk bukan warganegara yang sangat kritikal di merata tempat di Sabah:

 dua daerah memiliki jumlah penduduk bukan warganegara melebihi penduduk warganegara, iaitu: Kinabatangan (78% bukan warganegara) dan Kalabakan (67% bukan warganegara)

 lima daerah memiliki jumlah penduduk bukan warganegara yang ramai melebihi 30%: Beluran (47%), Kunak (47%), Tongod (35%), Lahad Datu (33%), Semporna (33%).

17. Maka, tidaklah mengejutkan daerah-daerah yang telah di kenal-pasti dengan insiden kemiskinan yang tinggi adalah daerah-daerah yang memiliki penduduk bukan warganegara yang ramai. 

18. Penduduk bukan warganegara tanpa dokumen sudah pasti menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seharian. Tanpa dokumen yang sah, tidak ramai majikan yang berani menanggung risiko untuk mengambil golongan berkenaan sebagai pekerja. Oleh yang demikian, golongan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan serta pendapatan yang tetap dan mencukupi. 

Akhirnya, golongan berkenaan terkurung di dalam penjara kemiskinan dan terperangkap di dalam kitaran kemiskinan, dari generasi ke generasi.

19. Situasi ini telah menimbulkan dilema dan cabaran besar kepada kerajaan dan rakyat Sabah untuk sekian lama. Atas dasar kemanusiaan, rakyat dan Kerajaan Sabah telah menjadi ‘tuan rumah’ yang prihatin, dengan tidak memerangi penduduk bukan warganegara tanpa dokumen. 

Tetapi sampai bila situasi ini harus berlanjutan dan rakyat Sabah terus sengsara?

20. Realitinya:

 rakyat Sabah sengsara kerana tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan asas yang di sediakan, dan terpaksa berkongsi dengan penduduk bukan warganegara. Tambahan lagi, kemudahan yang tersedia belum lagi mencukupi untuk semua rakyat Sabah.

 Kebanjiran penduduk bukan warganegara memberikan pelbagai kesan negatif kepada Sabah, termasuklah: ekonomi, sosial, keselamatan dan ketenteraman awam 

 Sabah tidak dapat maju ke depan dengan pesat dan mampan sekiranya isu kebanjiran penduduk bukan warganegara tidak di tangani secara berkesan dan menyeluruh.

Malah, isu ini boleh menjadi lebih rumit sekiranya jumlah penduduk bukan warganegara meningkat dan merebak ke seluruh Sabah.

21. Sebagai contoh:

 Isu bekalan air yang di hadapi oleh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah di sebabkan oleh kecurian air yang melibatkan koloni setinggan yang berada di sekitar UMS. Contoh sebegini bukanlah kejadian terpencil, tetapi berleluasa di merata tempat.

 makluman dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan Sabah merekodkan jumlah tunggakan bil rawatan warga asing tertinggi di Malaysia. Sehingga tahun 2023, jumlah tunggakan bil rawatan warga asing di kemudahan kesihatan kerajaan mencecah RM 40 juta.

22. Justeru itu, tindakan terkini Kerajaan Sabah merobohkan perumahan haram wajar mendapat sokongan penuh seluruh rakyat Sabah. Tindakan ini adalah langkah penting bukan sahaja untuk menangani masalah kecurian kemudahan awam seperti air dan elektrik, tetapi juga menangani isu kebanjiran penduduk bukan warganegara.

23. Pada awal Julai 2024, Pesuruhjaya Polis Sabah telah memaklumkan bahawa Polis Sabah telah merobohkan 1,332 rumah koloni setinggan yang di bina di atas tanah milik Kerajaan Sabah di seluruh Sabah. Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 3,500 rumah koloni setinggan bakal di robohkan sehingga penghujung Ogos 2024, di mana notis perobohan sudah di edarkan.

Operasi perobohan di laksanakan mengikut undang-undang dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada penduduk di koloni setinggan terbabit.

24. Beliau menegaskan pelaksanaan operasi perobohan ini akan di teruskan sehingga mencapai matlamat membasmi koloni setinggan di Sabah.

25. Ketika ada segelintir pihak yang mempertikai tindakan perobohan koloni setinggan tersebut, lebih ramai lagi yang menyokong tindakan tegas Kerajaan Sabah ini. Malah, ramai berpendapat tindakan perobohan tersebut sepatutnya telah di laksanakan lama dahulu. Sudah terlalu lama penduduk bukan warganegara ‘di benarkan’ membina koloni haram dan komuniti tersendiri. 

Enough is enough!

26. Justeru itu, kejayaan Kerajaan Sabah membasmikan miskin tegar wajar di raikan sebagai kejayaan seluruh rakyat Sabah. Ini merupakan milestone utama ke arah membina Sabah sebagai sebuah wilayah yang maju, aman dan berpendapatan tinggi.     

27. Di dalam meraikan kejayaan ini, Kerajaan Sabah harus senantiasa berjaga-jaga dan peka agar kumpulan yang telah di keluarkan dari kemiskinan tegar tersebut tidak jatuh kembali ke tahap miskin tegar. Ini adalah cabaran baru Kerajaan Sabah untuk memastikan kumpulan tersebut terus makmur dan menikmati kualiti hidup yang baik. 

Kemiskinan adalah relatif, dan berkait-rapat dengan kos sara hidup.

28. Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/15/kejayaan-sabah-hapuskan-miskin-tegar-milestone-utama-kearah-bina-wilayah-maju-dan-berpendapatan-tinggi/feed/ 0 59053
Sabah capai sifar miskin tegar – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/08/13/sabah-capai-sifar-miskin-tegar-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/sabah-capai-sifar-miskin-tegar-hajiji/#respond Tue, 13 Aug 2024 08:03:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58961
Read Time:39 Second

KOTA MARUDU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah berjaya mencapai sasarannya untuk menghapuskan kemiskinan tegar pada Julai tahun ini.

“Disebabkan komitmen daripada semua, yang selaras dengan aspirasi kerajaan Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025), saya ingin mengumumkan bahawa kita telah berjaya menghapuskan golongan miskin tegar dalam senarai angka terkunci pada 31 Julai 2024,” katanya.

Berucap pada majlis pelancaran projek perintis penanaman padi di Kampung Ongkilan di sini hari ini, Ketua Menteri berkata kerjasama daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Sawit Kinabalu telah membantu usaha Kerajaan Negeri menghapuskan golongan miskin tegar di negeri ini.

“Saya berharap GLC akan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada belia kita. Ini sudah pasti akan membantu kerajaan negeri melalui Sekretariat SMJ dan Pejabat Pembangunan Sabah berusaha untuk membasmi kemiskinan tegar,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/sabah-capai-sifar-miskin-tegar-hajiji/feed/ 0 58961
Dua jawatankuasa ditubuh, selaras, pantau program menoktah miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/#respond Mon, 22 Apr 2024 04:47:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52901
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah akan dilaksanakan secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Program jangka masa pendek merangkumi lima program iaitu program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO, MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri.

“Manakala, program jangka masa panjang terdapat dua program iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Alias Sani berkaitan langkah kerajaan dalam usaha membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Hajiji berkata, bermula tahun ini (2024), pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537 kepada RM2,742. Manakala, Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) telah mengambil langkah proaktif dalam memperhalusi definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar, iaitu pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmatan asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftaran kelahiran serta tahap pendidikan.

@sabahmediaakaunke2

Kerajaan Negeri telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah menjelang tahun 2024 ataupun 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

♬ original sound – Sabah Media (Voice Of Borneo) – Sabah Media (Voice Of Borneo)

“Secara asasnya, golongan miskin tegar adalah mereka yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan sendiri berdasarkan kepada indikator negeri Sabah seperti tidak memiliki rumah sendiri, tiada pemilikan tanah untuk diusahakan, masih mengunakan peralatan tradisional dalam kehidupan seharian serta akses kepada pendidikan.

“Justeru, Kerajaan Negeri telah menetapkan locked figure yang direkodkan dalam sistem eKasih bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di negeri Sabah yang melibatkan 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 94,315 Ahli Isi Rumah (AIR),” jelasnya.

Hajiji berkata, dalam usaha Kerajaan Negeri bergerak dalam program kemiskinan tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaian untuk disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR) yang telah dikenal pasti.

“Sekretariat SMJ bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah telah memulakan kerja verifikasi lapangan data eKasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaian kepada golongan miskin tegar di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, setakat 31 Mac 2024, angka locked figure di dalam sistem eKasih merekodkan penurunan sebanyak 42% yang masih berstatus miskin tegar adalah seramai 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Namun demikian, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima/ ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia/berpindah ke negeri lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/22/dua-jawatankuasa-ditubuh-selaras-pantau-program-menoktah-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 52901
Kerajaan sasar kurangkan 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/#respond Thu, 25 Jan 2024 08:21:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48491
Read Time:2 Minute, 52 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri menyasarkan mengurangkan bilangan isi rumah miskin
tegar di Sabah diantara 70 hingga 80 peratus dalam tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan statistik, Sabah mempunyai lebih 22 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar.

Beliau berkata, menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan
termasuk Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah, kerajaan yakin dapat mengurangkan kadar KIR miskin tegar di Sabah.

“Dengan pengembelingan semua pihak melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerusi jabatan dan agensinya serta GLC Kerajaan dan sektor swasta yang menyediakan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif, insyaallah dalam tahun ini atau
mungkin tahun hadapan, kita berharap boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja di Shangri- La Rasa Ria Tuaran pada Khamis.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuklah bantuan pekerjaan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan keusahawanan.

“Kita bagi keutamaan kepada anak-anak dari KIR miskin tegar supaya diambil bekerja di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan juga pelabur-pelabur yang datang melabur dan membuka kilang di Sabah diwajibkan untuk mengambil anak -anak dari senarai eKasih miskin tegar bekerja.

“Kita telah minta kepada mereka supaya memastikan peluang pekerjaan ini dapat dinikmati oleh mereka yang dalam kategori miskin tegar.

“Nama-nama KIR miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dihantar kepada syarikat-syarikat, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC kerajaan, supaya mereka diberi peluang untuk bekerja”, katanya.

“Itulah sasaran kita. Kalau boleh semua kita bagi peluang, pekerjaan dan juga berniaga disamping bantuan lain terus daripada kerajaan. Kita kena buat ini. Bagi kita, inilah antara cara untuk menyelesaikan dan menoktahkan miskin tegar”, tegasnya.

Menyentuh Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi
Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja, Hajiji berkata, ia merupakan manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya agensi pemberi bantuan dalam penyaluran bantuan kepada golongan miskin tegar, untuk memastikan tahap ekonomi mereka dapat ditingkatkan dan seterusnya mengeluarkan mereka dari golongan miskin tegar.

Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan surat penyertaan kepada 27 agensi pemberi
bantuan terdiri daripada 10 buah Kementerian Negeri Sabah, sembilan Agensi Kerajaan Negeri, tujuh Agensi Kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri.

Menurut Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Program Rintis Menoktahkan Miskin Tegar di Daerah Tuaran yang melibatkan sebanyak 974 KIR miskin tegar telah diprofilkan, bagi fasa awal program MySMJ Kerja: Industri, Syarikat SBH Kibing Solar Sdn Bhd telah memberikan komitmen untuk melantik seramai 200 Ketua Ahli Isi Rumah dan ahli-ahli isi rumah untuk bekerja di daerah Kota Kinabalu dan Kudat.

Sebagai permulaan kepada kerjasama ini, setakat ini seramai 71 orang pekerja baharu
dari kalangan miskin tegar telah dilantik oleh SBH Kibing Solar Sdn Bhd dan proses pelantikan pekerja ini masih berjalan.

Selain itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga komited memberikan pekerjaan kepada 12 golongan miskin tegar untuk ditempatkan di enam sekolah agama negeri di daerah Tuaran.

Untuk bantuan kebajikan, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) juga telah memberikan komitmen dalam penyaluran bantuan kebajikan kepada 263 KIR.

Bagi bantuan perumahan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah memberikan komitmen dalam bantuan perumahan iaitu Program Rumah Mesra SMJ dan Program Baik Pulih Rumah kepada 377 ketua isi rumah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 48491
Kementerian Ekonomi digesa pelbagaikan inisiatif IPR untuk bantu rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/08/kementerian-ekonomi-digesa-pelbagaikan-inisiatif-ipr-untuk-bantu-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/kementerian-ekonomi-digesa-pelbagaikan-inisiatif-ipr-untuk-bantu-rakyat-sabah/#respond Mon, 08 May 2023 05:17:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33977
Read Time:2 Minute, 57 Second

oleh : Muda Muhammad

Dalam kenyataan media YB Menteri Ekonomi pada 6 Mac 2023, sejumlah lapan daerah dari Sabah disebutkan dalam perenggan ke-7 kenyataan media tersebut sebagai antara 23 daerah termiskin di Malaysia yang menjadi fokus kepada perlaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) oleh Kementerian Ekonomi.

IPR adalah satu inisiatif yang baik untuk membantu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan kumpulan B40 menerusi tiga inisiatif yang diperkenalkan iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Jika mengikut kaedah IPR ini, mereka yang berminat untuk sertai program IPR perlu mendaftar di laman web yang telah disediakan oleh IPR. Jika dilihat pada data mereka yang mendaftar dari Selangor, Kuala Lumpur dan Johor antara yang tertinggi mendaftar. Daripada Sabah hanya 5.7% dari 22,319 orang yang mendaftar atau hanya kira-kira 1,272 orang sahaja.

Jumlahnya begitu kecil, apakah mereka yang mendaftar ini adalah rakyat Sabah yang benar-benar berada di 8 daerah termisikin yang dimaksudkan itu atau mereka berada di Lembah Klang dan Johor tetapi dalam pendaftaran mereka memilih untuk menyatakan mereka adalah dari negeri Sabah. Ini perkara yang perlu Kementerian Ekonomi lihat dan teliti dengan betul.

Kenapa jumlah pendaftarannya tidak menggalakkan? Secara umum, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40. Kumpulan B40 ini jika mengikut data Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berjumlah 2.78 juta orang isi rumah.

infografik jumlah pendaftaran diri di laman web IPR ipr.epu.gov.my

Jika pendaftaran untuk IPR ini baru mencapai 22,319 orang, ini bermakna hanya baru 0.008% sahaja target yang baru dicapai, terlalu sedikit dan tidak sampai pun 1%. Mungkin kaedah pendaftaran dan cara mempromosikan IPR ini perlu dihebatkan lagi dengan meluas kepada rakyat.

Perbanyakkan lagi “Outreach Program” secara bersemuka dengan kumpulan B40 di 23 daerah yang menjadi fokus kepada program IPR ini. Pendaftaran secara online memang bagus di kawasan yang ada capaian internet yang baik tetapi di kawasan pedalaman mungkin khabar dan berita tentang IPR ini tidak sampai kepada kumpulan B40 yang memerlukan. Di sinilah pentingnya “Outreach Program” kepada masyarakat.

Menerusi “Outreach Program”, kita yang mencari siapa yang sepatutnya layak diberi dan menerima sesuatu bukannya menunggu siapa yang layak dibantu untuk datang dan mendaftar. Program ini lebih proaktif untuk membasmi kemiskinan dan membantu masyarakat.

tidak banyak video berbentuk Public Service Announcement (PSA) seperti ini yang bertujuan memaklumkan rakyat berkaitan inisiatif kerajaan

Kementerian Ekonomi juga perlu memperbanyakkan lagi “Public Service Announcement (PSA)” tentang program IPR ini menerusi video, imej dan mesej yang ringkas tetapi perlu mengunakan bahasa serta dialek tempatan. Lebih berkesan jika PSA itu disiarkan dan dihebahkan dalam saluran media tempatan, ianya akan lebih dekat dengan kumpulan sasaran yang ingin didampingi.

Ramai lagi yang tidak mengetahui tentang IPR ini, itulah antara sebab mengapa pendaftaran tidak berapa menggalakkan. Selain itu, Kementerian Ekonomi juga perlu bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam mempelbagaikan lagi inisiatif yang ada dalam IPR ini.

Di Sabah, masyarakat Sabah ada produk yang tersendiri. Industri kampung dan produk dari kampung juga boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai satu Inisiatif baru dalam IPR ini. Mungkin boleh dikenali sebagai Inisiatif Produk Negeri Sabah (INAS) sebagai contohnya.

Dalam inisiatif INAS ini sebagai contohnya, Kementerian Ekonomi boleh menghubungkan di GLC, syarikat korporat, Koperasi dan pihak yang berminat dengan produk-produk daripada Sabah.

Bukan itu sahaja, Sabah negeri yang terkenal dengan produk pelancongan yang unik dan tersendiri, mungkin lebih daripada satu inisiatif dapat diwujudkan dalam IPR bagi membantu rakyat negeri Sabah. Dengan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Sabah, penambahbaikan kepada program IPR ini boleh direalisasikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/kementerian-ekonomi-digesa-pelbagaikan-inisiatif-ipr-untuk-bantu-rakyat-sabah/feed/ 0 33977