Mitigasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Nov 2021 12:20:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mitigasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Mitigasi Banjir Penampang Dijalankan Mengikut Jadual https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/ https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/#respond Fri, 05 Nov 2021 08:46:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8199
Read Time:1 Minute, 10 Second

PENAMPANG: Kerajaan akan memastikan projek mitigasi banjir untuk daerah Penampang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan memastikan projek mitigasi itu akan disiapkan selain dua daripada tiga pakej mitigasi banjir telah pun siap dilaksanakan.

Sementara itu, Hajiji telah menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri pada jangkaan musim monsun Timur Laut bulan ini.

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan untuk meletakkan persediaan logistik bersiap sedia termasuk tempat pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas pada September lalu di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, pada Jumaat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam penyaluran bantuan kewangan dan peruntukan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka,selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”, yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).,” katanya.

“Semoga bantuan kewangan daripada kerajaan dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 pada hari ini.

Selebihnya rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh daerah pada September lalu akan menerima bantuan dalam masa dua minggu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/feed/ 0 8199
Projek Mitigasi Banjir Kota Kinabalu Bermula Tahun Depan https://sabahmedia.com/2021/06/23/projek-mitigasi-banjir-kota-kinabalu-bermula-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2021/06/23/projek-mitigasi-banjir-kota-kinabalu-bermula-tahun-depan/#respond Wed, 23 Jun 2021 01:36:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1790
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja awal projek mitigasi banjir untuk Kota Kinabalu pada tahun ini dan jadual pembinaan akan bermula pada tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan projek tersebut ketika penggulungan ke-4, Rancangan Malaysia Ke-11.

“Tujuan projek ini di Kota Kinabalu adalah untuk memperbaiki sistem perparitan di Basin 8, yang meliputi kawasan Damai dan Dah Yeh Villa.

“Kerja awal, termasuk penyelidikan tanah dan tinjauan topografi, akan dilakukan tahun ini.

“Manakala, pelaksanaan perolehan untuk projek tebatan banjir ini dijadualkan pada tahun depan, ”katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, mengatakan bahawa banjir di kawasan Kolombong, Inanam, Likas dan sekitarnya merupakan masalah lama yang berlanjutan.

Oleh itu, katanya, JPS telah mencadangkan satu kajian bagi pelan pembangunan untuk sistem ‘Pump-Barrage’ yang meliputi dua tadahan sungai utama dengan keluasan 50.3 km2 yang meliputi Likas dan Darau.

Sistem ini sangat penting kerana sebahagian besar kawasan-kawasan tersebut terletak bersebelahan pantai, dataran rendah dan mudah dilanda banjir, terutama ketika berlakunya hujan ribut bersamaan dengan air pasang.

Walau bagaimanapun, langkah tambahan mitigasi ini tidak dapat dielakkan akibat kenaikan paras air laut serta perubahan corak temporal.

“Sudah tiba masanya juga untuk meneroka dan mula merancangkan kaedah mitigasi seperti tersebut kerana hasil keberkesanannya yang terbukti banyak tempat di bandar terhadap kerosakan akibat banjir.

“Bagi daerah Lido, JPS telah melantik seorang perunding untuk menyelesaikan rancangan projek mitigasi banjir tetapi malangnya, projek ini terpaksa ditangguhkan kerana berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, perolehan untuk projek ini kemungkinan akan dilakukan pada akhir tahun ini, dan saya menjangkakan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada pertengahan tahun depan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/23/projek-mitigasi-banjir-kota-kinabalu-bermula-tahun-depan/feed/ 0 1790