KOTA KINABALU : Kerjasama erat antara rakyat dan agensi keselamatan, khususnya melalui penyelarasan menyeluruh oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi asas penting mengekalkan keamanan serta kestabilan termasuk di Sabah.
Timbalan Ketua Pengarah MKN, Datuk Baharuddin Ahmad berkata pihaknya berperanan menyelaras semua isu keselamatan merangkumi aspek sempadan darat, maritim dan udara dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan di seluruh negara.
“Sabah mempunyai potensi besar khususnya dalam sektor pelancongan, maritim dan ekonomi yang mampu menjana pulangan berbilion ringgit sekiranya dibangunkan secara bersungguh-sungguh.
“MKN berusaha untuk mengkoordinasi isu-isu keselamatan daripada sempadan maritim, udara untuk seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Semananjung.
“Sabah ini mempunyai rezeki yang terlalu luas daripada sudut maritimnya, pelancongan, sosial dan sudut minyaknya. Kita koordinasi dengan semua, agensi maritim, petroleum, sosial dan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di sini pada Khamis.
Kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan persaraan Baharuddin selepas berkhidmat 38 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MKN kepada Tun Musa.
Selain itu, beliau juga menegaskan keamanan yang dikecapi turut didorong oleh kesinambungan kepimpinan negara dan berharap kerjasama erat antara rakyat serta agensi keselamatan terus diperkukuh bagi menjamin kestabilan.
]]>Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]
KUALA LUMPUR : Seluruh jentera kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan diarah supaya berada dalam kesiapsiagaan peringkat tertinggi bagi menghadapi bencana banjir.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, berikutan itu Arahan MKN No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) wajib diaktifkan segera.
“Arahan itu wajib diaktifkan segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
“Ia adalah bagi menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Rodzi berkata, MKN menyeru seluruh agensi Kerajaan, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan untuk sama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing supaya persediaan menghadapi bencana banjir akan lebih tersusun demi keselamatan rakyat dan keselamatan negara.
Katanya, hal ini selaras dengan pendekatan “whole of government, whole of society approach”.
“Seluruh keluarga Malaysia diminta supaya sentiasa mematuhi arahan dan makluman berkaitan bencana dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
“Marilah kita mendoakan agar negara kita terhindar dari segala bencana dan semua keluarga Malaysia sentiasa kekal sejahtera dan selamat,”katanya.
]]>KOTA KINABALU : Sebanyak 23 lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Rabu ini hingga 7 September depan.
Antara lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD iaitu enam di Kota Kinabalu iaitu Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Likas; Kampung Inanam Laut; Kampung Bambangan, Inanam; Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.
PKPD turut membabitkan empat lokaliti di Penampang iaitu Delta Height; Kampung Sindaanan; Rainfield Garden dan Maju Kota Lights Industry, Jalan Lama Penampang.
Selain itu, empat lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah; Taman Ranggau Saujana; Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dan Tanjung Batu Laut, Logpon turut dikenakan PKPD.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di Sabah turut meliputi tiga lokaliti di Kinabatangan iaitu Kampung Pelangi; Kampung Seri Manis dan Ladang Sungai Pin.
“PKPD turut akan dilaksanakan di dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu serta dua lokaliti di Papar iaitu Taman Limauan di Kinarut dan Kampung Mondikot.
“PKPD di Sabah turut membabitkan Ladang Mawang di Kalabakan dan kilang papan Kem Sawmil Mengayam Sri Arjuna di Sipitang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Rodzi berkata, keputusan melaksanakan PKPD itu selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kesemua lokaliti terbabit.
]]>KUALA LUMPUR : Sabah menjadi negeri ketujuh beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Sabtu ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2.
“Ia adalah berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan disini petang ini.
Sebelum ini Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang telah diumumkan beralih fasa ke Fasa Kedua PPN.
PPN ialah satu strategi negara untuk keluar daripada pandemik COVID-19. Nilai ambang yang menjadi indikator peralihan ialah purata kes, pesakit di ICU dan peratusan vaksinasi.
]]>KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi pada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama yang bermula Isnin lalu.
Katanya, meskipun terdapat kelonggaran, sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini masih dilaksanakan.
“Bagi AIM khususnya di Sabah, kita akan mengikut kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun saya difahamkan kerajaan negeri telah memohon untuk mendapat kelonggaran dalam beberapa aktiviti sosial dan ekonomi.
“Saya juga ada bertemu dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajij Noor) beberapa hari lalu dan mencadangkan agar zon atau daerah yang tidak mencatatkan kes tinggi, kawasan berkenaan perlu dibenarkan beroperasi seperti perniagaan dengan SOP yang ketat,”katanya.
Katanya, cadangan berkenaan juga turut dikemukakan kerajaan negeri kepada MKN bagi pertimbangan dan pelaksanaan di Sabah.
“Pada kita, mana-mana negeri yang tidak ada jangkitan seperti Perlis, mereka patut dibenarkan untuk membuka operasi perniagaan atau aktiviti lain namun SOP perlu juga dipatuhi.
“Sama juga seperti Sabah, jika sebuah daerah itu merekodkan angka kes tinggi, penduduk daerah berhampiran adalah tidak dibenarkan untuk masuk kerana kita mempunyai Sekatan Jalan Raya (SJR),”katanya.
Terdahulu, kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan peralihan fasa PPN akan dibuat mengikut negeri.
Beliau antara lain menyifatkan pelanjutan Fasa Pertama PPN tidak adil bagi negeri yang berjaya mencapai nilai ambang bagi setiap indikator peralihan fasa seperti ditetapkan dalam PPN.
Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan Perlis, Kelantan dan Terengganu akan beralih ke Fasa Kedua PPN, selain menegaskan sebarang pengumuman mengenainya perlu dikeluarkan MKN.
]]>