Modal Insan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 19 May 2025 02:47:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Modal Insan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih RM400 juta diperuntuk perkasa modal insan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/19/lebih-rm400-juta-diperuntuk-perkasa-modal-insan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/lebih-rm400-juta-diperuntuk-perkasa-modal-insan-di-sabah/#respond Mon, 19 May 2025 02:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74086
Read Time:1 Minute, 17 Second

GOMBAK: Sejumlah RM470 juta diperuntukkan kerajaan Sabah dalam usaha mengangkat dan memperkasa modal insan di negeri itu.

Nizam merakamkan gambar kenangan bersama peserta Hari sukan Anak Sabah di sini, pada Ahad.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan ini tidak tertumpu kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat di Sabah sahaja tetapi anak-anak Sabah yang berada di luar.

Malah menurutnya, usaha memperkasa modal insan ini adalah selari kerangka pelan hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Yang menariknya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melihat masa depan modal insan itu sebagai salah satu teras utama pelan pembangunan smj ini.

“Malah banyak inisitif yang beri manfaat dan faedah kepada anak muda khususnya pelajar bagi menyediakan mereka satu platform atau suasana yang boleh menumpukan kepada pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Sukan Anak Sabah 2.0 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada Ahad.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nizam berkata, Program Sukan Anak-anak Sabah memberi peluang kepada anak-anak negeri untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang sukan, tetapi juga telah menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, perpaduan, dan silaturahim di kalangan peserta.

Katanya, ini adalah nilai-nilai murni yang perlu disemai dan dikekalkan dalam masyarakat.

Seramai 68 peserta dari empat kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil bahagian dalam program tahunan Sukan Anak-Anak Sabah 2025 yang melabuhkan tirainya semalam.

Turut hadir sama Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, UIAM, Jamaluddin Said, Pengarah Program Muhammad Ikmal Iksani serta ahli jawatankuasa Hari Sukan Anak- anak Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/lebih-rm400-juta-diperuntuk-perkasa-modal-insan-di-sabah/feed/ 0 74086
Kerajaan negeri, Persekutuan ganding bahu lahirkan insan berkualiti https://sabahmedia.com/2025/01/14/kerajaan-negeri-persekutuan-ganding-bahu-lahirkan-insan-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2025/01/14/kerajaan-negeri-persekutuan-ganding-bahu-lahirkan-insan-berkualiti/#respond Tue, 14 Jan 2025 00:19:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66894
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan sentiasa berganding bahu bersama dengan Kerajaan Persekutuan dalam melahirkan insan yang berkualiti. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pendidikan merupakan komponen utama yang digariskan Kerajaan negeri Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, menerusi hala tuju itu ianya menggariskan tiga teras utama sebagai panduan pelan pembangunannya, dan salah satunya ialah pembangunan modal insan.

“Kita sedar, bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkualiti, kita perlu memartabatkan pendidikan.

“Bagi merealisasikan teras modal insan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri Sabah mengambil inisiatif untuk memberi beberapa jenis bantuan khusus kepada anak-anak Sabah yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT awam serta swasta. 

“Antara bantuan yang diberikan ialah bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan beberapa lagi bantuan seperti bantuan alat tulis, buku latihan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Sabah bagi tahun 2025 di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ruji Ubi dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, selain bantuan yang disediakan, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga menyediakan pinjaman dan biasiswa dalam dan luar negara yang memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak Sabah untuk meneruskan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi. 

Katanya, Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah kewangan yang besar bagi pembangunan modal insan berteraskan pendidikan STEM, pengendalian kursus dan latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal, perdagangan dan TVET.

“Terkini, TPNS telah meluluskan bantuan cermin mata kepada 4,000 orang murid yang berkeperluan melalui program TPNS – “Life In My Eyes” yang juga menyokong Program WeHelp JPNS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/14/kerajaan-negeri-persekutuan-ganding-bahu-lahirkan-insan-berkualiti/feed/ 0 66894
Sabah beri penekanan dalam pembangunan modal insan https://sabahmedia.com/2024/08/03/sabah-beri-penekanan-dalam-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2024/08/03/sabah-beri-penekanan-dalam-pembangunan-modal-insan/#respond Sat, 03 Aug 2024 02:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58502
Read Time:2 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri memberi penekanan dalam pembangunan modal insan agar dapat melahirkan sumber tenaga yang berpengetahuan dan berkemahiran serta berdaya saing selain mempunyai jati diri yang menjadi aset penting kepada kemajuan kehidupan sejagat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi tujuan itu sebanyak RM33 juta diperuntukkan pada tahun ini bagi memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan terutama kursus dan latihan berkaitan kemahiran sains, teknologi dan inovasi.

Katanya, sebanyak RM12.92 juta lagi diperuntukkan untuk pelaksanaan kursus-kursus dan penyelidikan di institut pertanian di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong dan memberi bantuan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk dari aspek kewangan bagi membolehkannya menjalankan aktiviti penyelidikan yang berdaya saing.

“Selain ianya juga dapat membangunkan pengetahuan, menggalakkan inovasi, mengeluarkan produk bernilai tinggi, nilai untuk didagang serta meningkatkan imbangan dagangan yang lebih menguntungkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Excocipta 2024 sempena Ekspo Kecemerlangan Rekacipta (EXCOCIPTA) 2024 UMS di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2,UMS di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata, para akademia iaitu penyelidik harus memastikan segala penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan menjadi penentu sesebuah universiti itu terus relevan atau sebaliknya.

Katanya, penyelidikan yang dilaksanakan harus mengambil kira faktor-faktor signifikan seperti relevan, realistik dan mampu menyelesaikan permasalahan masyarakat dan negara.

“Sebagai institusi ilmu yang bukan sahaja memiliki para cerdik pandai atau sarjana yang berupaya mendidik insan berkualiti tinggi yang mampu memenuhi tuntutan pasaran dan industri, UMS juga harus mampu membina gagasan dan idea bermakna bagi memimpin negara menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa,” katanya.

Hajiji berkata, inovasi yang dihasilkan oleh para penyelidik diharap dapat membantu memacu pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat dan negeri Sabah.

Menurutnya, kerajaan negeri mengalu-alukan aktiviti penyelidikan dan inovasi UMS dalam bidang pertanian, akuakultur, bioteknologi dan tenaga boleh diperbaharui, kerana Sabah sendiri mempunyai sumber alam yang banyak dalam bidang berkenaan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membangunkan sumber ekonomi yang baharu.

Dalam usaha meningkatkan lagi penyelidikan di negeri ini, beliau menyarankan para penyelidik mengadakan penyelidikan yang menggabungkan pelbagai bidang, menjalin kolaborasi dengan komuniti setempat dan pihak industri.

“Saya berharap agar universiti terus menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan akademianya dan dibawa ke luar iaitu kepada masyarakat misalnya ke sekolah.

“Langkah ini juga sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan agar para saintis turun ke 100 buah sekolah khasnya sekolah pinggir bandar dan luar bandar setiap bulan bagi mengadakan program pendedahan berkaitan sains,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, inisiatif bagi mewujudkan budaya penyelidikan memerlukan suntikan semangat sama ada dalam bentuk pengiktirafan dan sumbangan berbentuk dana dan sebagainya.

“Persekitaran ini boleh diwujudkan jika warganya berpegang teguh kepada nilai perubahannya. Universiti adalah medan untuk menjalankan penyelidikan, tempat untuk mencipta inovasi dan kreativiti,” katanya.

Hajiji mengucapkan tahniah kepada UMS yang akan berusia 30 tahun pada bulan November tahun ini, menegaskan UMS sungguh istimewa di hati rakyat Sabah dan telah banyak menghasilkan inovasi menerusi penyelidikan para pensyarahnya.

“Inovasi berkenaan telah dikomersialkan, selain turut memenangi anugerah serta pengiktirafan di pelbagai peringkat serta telah membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Menyentuh EXCOCIPTA 2024, beliau berharap kejayaan para pemenang akan menjadi pendorong untuk terus menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang bermutu, sekali gus membawa penyelidikan ke peringkat antarabangsa dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Hajiji juga berharap UMS terus cemerlang dan sentiasa menjadi kebanggaan negeri dan negara, sejajar dengan slogannya ‘Leading Towards Innovative Societies’. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/03/sabah-beri-penekanan-dalam-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 58502
Penguasaan subjek Matematik masih lemah, perlu perhatian dan tindakan segera https://sabahmedia.com/2023/08/20/penguasaan-subjek-matematik-masih-lemah-perlu-perhatian-dan-tindakan-segera/ https://sabahmedia.com/2023/08/20/penguasaan-subjek-matematik-masih-lemah-perlu-perhatian-dan-tindakan-segera/#respond Sun, 20 Aug 2023 01:20:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40378
Read Time:4 Minute, 53 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.         Beberapa bulan lepas, isu calon yang mendaftar tetapi tidak menduduki peperiksaan SPM 2022 hangat di bincangkan. Data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan bahawa seramai 29,663 (7%) calon telah tidak menduduki peperiksaan SPM 2022.

2.         Pada masa yang sama, perhatian juga wajar di berikan kepada keputusan SPM 2022, terutamanya pencapaian mata pelajaran Teras dan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics). Ini kerana peperiksaan SPM merupakan kayu pengukur tahap pencapaian akademik pelajar selepas 11 tahun mengikuti pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Seterusnya, pencapaian SPM di gunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan juga untuk mendapatkan pekerjaan.

3.         Menurut Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mata pelajaran Matematik telah menunjukkan prestasi yang buruk. Daripada jumlah 369,348 calon yang telah menduduki peperiksaan Matematik, seramai 24.3% (89,752 calon) telah mendapat keputusan gagal.

Ini bermakna setiap 1 daripada 4 orang calon Matematik telah gagal!

4.         Tambahan lagi, seramai 29.0% calon telah mendapat gred D dan E. Maka, majoriti calon Matematik (53.3%) telah mendapat keputusan D, E dan Gagal. Keputusan tersebut menunjukkan tahap pemahaman dan penguasaan Matematik oleh majoriti calon SPM adalah sangat lemah.

5.         Ini adalah Matematik ‘biasa’, dan bukannya Matematik Tambahan yang lebih mencabar. Matematik merupakan salah satu daripada tujuh (7) mata pelajaran Teras, termasuklah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Pendidikan Moral.

Malah Matematik merekodkan peratusan calon gagal kedua tertinggi, selepas Matematik Tambahan, berbanding keseluruhan 95 subjek SPM 2022 yang di tawarkan.

6.         Untuk Matematik Tambahan pula, seramai 26.2% (29,792 calon) telah mendapat keputusan gagal, daripada jumlah 113,709 calon. Manakala, seramai 23.8% calon telah mendapat gred D dan E.

7.         Namun begitu, mata pelajaran berasaskan sains menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding Matematik dan Matematik Tambahan. Untuk mata pelajaran Sains, iaitu salah satu mata pelajaran teras, seramai 10% (27,621) calon telah gagal.

Manakala untuk mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan), peratusan calon gagal adalah rendah:  Kimia (3.4%, 3,162 calon), Biologi (1.1%, 805 calon), Fizik (1%, 921 calon).

8.         Selain dari keputusan SPM, perhatian juga wajar di berikan kepada jumlah calon SPM yang telah mengambil mata pelajaran STEM. Ini penting kerana Malaysia memerlukan ramai tenaga kerja mahir, terutamanya dari jurusan STEM, di dalam usaha menuju negara berpendapatan tinggi.

9.         Peperiksaan SPM 2022 telah menawarkan 95 mata pelajaran, yang merangkumi pelbagai topik yang meluas untuk di pilih oleh para pelajar, termasuklah:

  • mata pelajaran Teras: 7 mata pelajaran – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Moral
  • mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan): 4 mata pelajaran – Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan
  • mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi): 12 mata pelajaran seperti – Sains Tambahan, Sains Komputer, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • mata pelajaran Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional): 22 mata pelajaran seperti – Pendawaian Domestik, Pembuatan Perabot, Menservis Motosikal, Menservis Automobil, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kimpalan Arka dan Gas, Pembinaan Domestik, Produksi Multimedia

10.       Namun begitu, jumlah serta peratusan calon yang telah menduduki mata pelajaran STEM masih sangat rendah. Malah, banyak mata pelajaran STEM telah mencatatkan jumlah calon di dalam angka ratusan dan ribuan sahaja, berbanding jumlah keseluruhan calon SPM 2022 seramai 403,637 orang.

11.       Sebagai contoh: Sains Tambahan (1,621 calon), Sains Komputer (13,503 calon), Pertanian (8,511 calon), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (636 calon), Reka Cipta (6,246 calon), Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (627 calon), Pendawaian Domestik (95 calon), Pembuatan Perabot (280 calon), Kimpalan Arka dan Gas (335 calon), Kerja Paip Domestik (239 calon), Menservis Automobil (169 calon), Menservis  Motosikal (210 calon).

12.       Pada tahun 2022, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), jumlah pelajar dalam bidang STEM adalah 47% dan sains tulen 19%. Peratusan tersebut masih rendah berbanding dengan sasaran 60% aliran sains dan 40% aliran sastera, yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

13.       Malah, di beberapa buah negeri, peratusan pelajar STEM jauh lebih rendah. Sebagai contoh. Kadar penglibatan pelajar dalam bidang STEM di Sabah hanyalah 27%, dan menurun. Manakala di Sarawak, peratusan pelajar STEM adalah 33%, dengan 20% daripada pelajar berkenaan mengambil aliran sains tulen dan 12.05% lagi mengikuti bidang teknologi dan teknikal vokasional.

14.       Tambahan lagi, kedua-dua isu berkenaan, iaitu pencapaian lemah dan jumlah calon STEM yang rendah, menjadi lebih rumit jika mengambil kira jumlah calon SPM yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan hampir 300,000 calon SPM 2020 dan 2021 telah tidak melanjutkan pengajian.

15.       Kerajaan Malaysia telah mensasarkan 35% tenaga kerja mahir menjelang 2030, berbanding 27.9% ketika ini. Menurut Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Tahun Pertama 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah adalah berjumlah 72.1% (11.58 juta orang). Pada masa yang sama, sejumlah 65.6% (10.52 juta orang) pekerja Malaysia hanyalah memiliki pendidikan rendah dan menengah.

16.       Tidak dapat di nafikan banyak perkara yang perlu di teliti, di perbetul dan di laksanakan untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Berdasarkan Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022 tersebut, nampaknya pengajian peringkat sekolah mesti di perkasakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/20/penguasaan-subjek-matematik-masih-lemah-perlu-perhatian-dan-tindakan-segera/feed/ 0 40378
Sabah perlu kepelbagaian modal insan lonjakkan pertumbuhan ekonomi – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/31/sabah-perlu-kepelbagaian-modal-insan-lonjakkan-pertumbuhan-ekonomi-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/31/sabah-perlu-kepelbagaian-modal-insan-lonjakkan-pertumbuhan-ekonomi-hajiji/#respond Tue, 31 Jan 2023 03:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28788
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan kepelbagaian dari segi modal insan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri, sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru katanya, pembangunan modal insan di Sabah tidak akan tertumpu dalam satu-satu bidang tertentu sahaja, kerana negeri ini memerlukan kepakaran berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang yang lain.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan lebih ramai modal insan berdaya saing, berketerampilan dan berkualiti tinggi di negeri ini.

“Ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ yang mana modal insan antara yang diberi perhatian.

“Atas komitmen itu, kerajaan akan terus menyokong segala usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah dalam meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan serta program berkaitan pembangunan modal insan di negeri ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Zon Borneo 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Menurutnya, aspek pendidikan dan modal insan menjadi antara agenda utama yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan negeri Sabah.

Katanya, modal insan yang cemerlang dan berkualiti amat penting bagi menjayakan pelbagai dasar, agenda dan program pembangunan kerajaan seterusnya memacu kemajuan negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, Kerajaan sentiasa prihatin terhadap semua murid dalam menghasilkan generasi baharu yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas serta memastikan mereka
mendapat manfaat sepatutnya daripada program susu sekolah yang memberi kebaikan terutama kepada golongan muda.

“Justeru, Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia yang bertujuan memupuk dan menggalakkan amalan murid minum susu penuh krim, mampu menyumbang kepada kesihatan dan tumbesaran yang baik.

Anak-anak yang cukup zat seimbang ini akan
menjadi insan yang cerdas, aktif dan kreatif dan membawa kesan yang positif kepada kemenjadian murid sebagai aset negara yang berharga.

“Saya percaya, generasi yang sihat, cergas dan berilmu, memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran tinggi dapat menabur bakti dan menyumbang kepada kesejahteraan negara, terutama sekali di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/31/sabah-perlu-kepelbagaian-modal-insan-lonjakkan-pertumbuhan-ekonomi-hajiji/feed/ 0 28788
Kerajaan GRS Beri Penekanan Kepada Pembangunan Modal Insan https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/#respond Thu, 03 Mar 2022 09:44:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12687
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan selain memberi tumpuan kepada sektor utama Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk merangsang pertumbuhan dan pemulihan ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penekanan terhadap Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat merupakan teras kedua Pelan Hala Tuju SMJ.

“Saya telah menyatakan perkara ini dalam Bajet 2022 Negeri kita, di mana terdapat dana yang besar diperuntukkan kepada agensi dan kementerian berkaitan untuk pembangunan modal insan,” katanya pada Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Sabah 2021 di Hilton Kota Kinabalu di sini Khamis.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin mewakili dan menyampaikan ucapan Ketua Menteri pada majlis tersebut.

Hajiji berkata, sejumlah RM24 juta diperuntukkan kepada Pembangunan Sumber Manusia Jabatan untuk menjalankan kursus dan latihan kemahiran dalam teknologi, teknikal dan perdagangan bagi memperkukuh pembangunan modal insan serta melahirkan insan yang berwibawa dan generasi berdaya tahan.

Ini termasuk Program Pembangunan Bakat dan Keusahawanan Sabah untuk membantu belia yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Platform terkini yang ditubuhkan ialah Pusat Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau serta kerjasama dengan rangkaian pasar raya.

“Ini akan meningkatkan sektor runcit tempatan bagi mereka yang berhasrat untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sebanyak RM5.76 juta juga diperuntukkan untuk menubuhkan empat lagi Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada 2022 di peringkat daerah untuk memasarkan produk IKS.

Begitu juga dengan Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah membantu seramai 3,269 usahawan di negeri ini akan dipergiatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji Shell kerana memperkenalkan program pembangunan keusahawanan di Sabah tujuh tahun lalu yang memberi manfaat kepada golongan muda di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta untuk melengkapkan usaha pembangunannya seperti yang digariskan dalam tempoh lima tahun rancangan pembangunan negeri, Hala Tuju SMJ.

“Saya gembira mengetahui bahawa program Shell LiveWIRE telah menyokong usahawan tempatan untuk mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber serta mengubah idea perniagaan menjadi perusahaan yang berjaya,” katanya.

Hajiji menggalakkan usahawan baru untuk mencari dan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan serta memanfaatkan peluang seperti program Shell LiveWIRE ini.

Beliau juga turut menggesa usahawan di negeri ini supaya berfikir di luar kotak dan menerima pakai pendekatan baharu untuk berjaya dalam dunia yang kompetitif dan cepat berubah.

“Anda perlu menonjol, dinamik dan proaktif serta bercita-cita untuk melihat melangkaui pasaran tempatan dan sempadan. Terokai peluang untuk melepasi halangan ini dan menuju secara global; memanfaatkan peluang contohnya dalam e-Dagang atau bersedia untuk bekerjasama dengan usahawan lain dalam dan luar Sabah,” katanya.

Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada lima penerima muda Anugerah Shell LiveWire 2021 yang berjaya melontarkan idea perniagaan mereka untuk memenangi wang tunai RM10,000 setiap seorang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 12687
Peruntukan Tahunan Lantik Guru Agama, Kakitangan Masjid Anak Sabah Pendekatan Perkasa Modal Insan https://sabahmedia.com/2022/01/27/peruntukan-tahunan-lantik-guru-agama-kakitangan-masjid-anak-sabah-pendekatan-perkasa-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2022/01/27/peruntukan-tahunan-lantik-guru-agama-kakitangan-masjid-anak-sabah-pendekatan-perkasa-modal-insan/#respond Thu, 27 Jan 2022 12:16:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11625
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan peruntukan secara tahunan bagi melantik guru agama dan kakitangan masjid dalam kalangan anak-anak Sabah merupakan satu pendekatan kepada memperkasa modal insan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bagi memastikan modal insan di negeri ini sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.

Katanya, ia dapat dilihat dari segi tugas dan tanggungjawab para asatizah yang mengisi dan memenuhi keperluan masyarakat dalam bidang-bidang ilmu dan amal Islami.

“Di pihak Kerajaan Negeri, usaha yang dilaksanakan dalam pembangunan Islami termasuklah pembinaan baharu dan penyelenggaraan masjid dan surau, sekolah-sekolah agam, penambahan pelantikan guru-guru agama dan imam-iman Kariah.

“Pendekatan ini adalah bagi memastikan masyarakat Islam di Sabah akan merasa selesa dalam melaksanakan amal ibabdah dan mendapat pendidikan agama yang sewajarnya dari peringkat awal pendidikan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muttaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah disini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Hajiji berkata, masyarakat yang lahir dari acuan yang baik tentunya akan melahirkan generasi baharu yang lebih menghayati agama, berwibawa dan berwawasan.

“Mereka ini akan dapat memandu pada masa akan datang kepada sebuah negeri makmur yang sentiasa disirami dengan rasa syukur atas limpahan nikmat yang diperolehi dan diharapkan dapat disifatkan sebagai baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur kerana ketakwaan masyarakatnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/27/peruntukan-tahunan-lantik-guru-agama-kakitangan-masjid-anak-sabah-pendekatan-perkasa-modal-insan/feed/ 0 11625
Modal Insan Aset Penting Dibangunkan Dikalangan Generasi Muda https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/#respond Tue, 11 Jan 2022 08:45:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11004
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Modal insan merupakan aset yang penting untuk dibangunkan khususnya dikalangan generasi muda agar dapat bersama-sama membangunkan negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia bagi memastikan agar Sabah dan Malaysia amnya akan dapat terus dibangunkan dari generasi ke generasi.

“Modal insan adalah aset yang penting untuk dibangunkan agar kita dapat bersama-sama membangunkan negeri dan negara kita bagi mencapai wawasan kemakmuran bersama pada 2030.

“Generasi muda yang ada pada masa ini merupakan pelapis seterusnya untuk memajukan Sabah dan negara kita Malaysia secara amnya.  Itulah harapan kami selaku pemimpin masyarakat untuk sama-sama menyumbang kearah membangunkan modal insan agar tidak putus usaha memajukan negeri kita daripada generasi ke generasi yang akan datang” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program SMART Jawab SPM 2021 anjuran Pusat Khidmat Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat secara maya di pejabatnya pagi tadi.

Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, penganjuran program SMART Jawab SPM 2021 ini bertujuan untuk mempersiapkan para pelajar  di daerah Putatan yang bakal menduduki SPM 2021.

“Kami adakan program SMART Jawab  SPM 2021 ini untuk memperkemaskan persediaan ditahap akhir pelajar-pelajar bagi menduduki pepriksaan SPM 2021.

“Selain itu saya juga ingin melihat pencapaian prestasi akademik yang baik dikalangan penduduk daerah Putatan agar dapat sama-sama menyumbang kearah melahirkan modal insan di daerah Putatan, negeri Sabah dan juga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Program SMART Jawab SPM 2021 yang diadakan bermula dari 11 Januari sehingga 19 Januari ini disertai oleh lebih 650 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah dalam Daerah Putatan iaitu SMK Tansau dan SMK Putatan.

Para pelajar akan didedahkan dengan cara-cara menjawab kertas peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menyemak kertas peperiksaan SPM.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/feed/ 0 11004
Kerajaan Komited Bangunkan Kumpulan Modal Insan Berkemahiran Tinggi Di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/21/kerajaan-komited-bangunkan-kumpulan-modal-insan-berkemahiran-tinggi-di-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/kerajaan-komited-bangunkan-kumpulan-modal-insan-berkemahiran-tinggi-di-sabah-hajiji/#respond Tue, 21 Dec 2021 09:24:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10168
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk membangunkan lebih banyak kumpulan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di negeri ini, ketika ekonomi global sekarang memasuki Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata dalam Belanjawan 2022 Sabah, kerajaan negeri tidak hanya memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pemulihan ekonomi tetapi juga pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, sebanyak RM127.06 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk Program Pembudayaan dan Pengadaptasian Sains, Teknologi dan Inovasi di negeri ini.

“Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembangunan IR4.0 Advancement Centre di Sabah Skills & Technology Centre juga diberikan bagi bakat modal insan di Sabah terus digilap untuk memenuhi kehendak industri semasa,” katanya ketika merasmikan pelancaran Bosch Rexroth Cyber Physical Training System I4.0 dan majlis penyampaian sijil tamat program Skills For Prosperity di Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) di Taman Peindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini pada Selasa.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

“Saya gembira kerana hari ini SSTC kini sedang melaksanakan program ‘Skills for Prosperity’ menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Suruhanjaya Tinggi British, di Kuala Lumpur.

“Program ini adalah yang pertama di Sabah dan bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan terima kasih serta penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Tinggi British dan ILO kerana masing-masing membiayai dan menyelaras program ini,” katanya.

Dua daerah dipilih sebagai projek perintis iaitu di Ranau (keusahawanan pemprosesan makanan) dan Tuaran (penerapan elemen Teknologi dan pemprosesan makanan) dengan membabitkan seramai 50 peserta yang bermula pada November lalu. Program ini sejajar dengan teras kedua dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), oleh itu kumpulan sasar adalah daripada golongan B40, wanita terutamanya ibu tunggal dan juga belia,” katanya.

Seramai 25 pelatih di Ranau menerima sijil Kemahiran Entrepreneurial Skillset for Food Processing Industry manakala seramai 25 pelatih di Tuaran menerima sijil kemahiran Technology Integrated Employment Skills for Food Processing Industry.

Mengenai pengenalan ‘Bosch Rexroth Cyber Physical Training System I4.0’ yang merupakan kilang pintar bersaiz mini, Ketua Menteri percaya ia akan membantu menyediakan Sabah dengan pemahaman yang lebih baik berkaitan teknologi terkini.

Sabah adalah pemilik ketiga di Malaysia bagi unit seumpamanya dan unit keempat di rantau ASEAN.

Hajiji berharap semua pelatih akan menggunakan sepenuhnya teknologi itu untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran.

Beliau juga memuji usaha SSTC yang telah melatih lebih 17,000 pelatih termasuk 6,000 lepasan sekolah dan graduan sejak penubuhannya 21 tahun lalu.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Zainuddin Aman; Pengerusi Majlis Pengurusan SSTC, Datuk John Choo; Kaunselor Politik, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, Tom Sheperd; Pegawai Kanan Program Skills for Prosperity Malaysia dari ILO, Shaza Scherazade Alauddin Onn dan Pengarah Bosch Rexroth Sdn Bhd, Royce Tan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/kerajaan-komited-bangunkan-kumpulan-modal-insan-berkemahiran-tinggi-di-sabah-hajiji/feed/ 0 10168