mohamad alamin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jan 2022 11:06:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mohamad alamin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM Rancang Tambah Bilangan Guru Di Negeri Kurang Tenaga Pengajar https://sabahmedia.com/2022/01/24/kpm-rancang-tambah-bilangan-guru-di-negeri-kurang-tenaga-pengajar/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/kpm-rancang-tambah-bilangan-guru-di-negeri-kurang-tenaga-pengajar/#respond Mon, 24 Jan 2022 10:49:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11506
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam perancangan untuk menambah bilangan guru di beberapa buah negeri yang mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia termasuklah di negeri Sabah, Sarawak dan Johor.

“Memang ini antara satu keutamaan KPM untuk menambah bilangan guru dimana negeri yang kurang tenaga pengajar termasuk Sabah, bukan saja di negeri ini tetapi di Sarawak dan Johor juga kurang.

“KPM sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menambah bilangan guru yang kurang termasuk melalui Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One-Off,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Gaya disini hari ini.

Mohamad berkata, menerusi pengambilan khas itu, beliau yakin negeri ini akan mendapat bilangan guru bagi mengisi masalah kekurangan guru di Sabah.

“Saya percaya dan yakim Sabah juga akan mendapat bilangan guru, Sarawak juga akan dapat dalam kadar yang banyak, cuma pada masa ini kita belum dapat jumlah yang sebenar, jadi mohon bersabar dahulu.

“Tapi pihak kementerian akan isi sedaya upaya kekurangan guru ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad mengingatkan guru-guru di seluruh negara untuk tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai seorang pendidik meskipun aktif menyertai dalam dunia politik.

Beliau turut menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan kebenaran guru untuk bergiat aktif dalam politik berkuatkuasa serta merta.

“Walaubagaimanapun, Guru masih tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan oleh KPM dan perlu memastikan bahawa kegiatan berpolitik ini dilakukan diluar waktu persekolahan.

“Semua boleh berpolitik, semua boleh pegang jawatan dalam parti tapi jangan lupa tugas hakiki, garis panduan yang perlu diingatkan kepada semua guru-guru dan saya yakin ini akan disambut baik guru-guru seluruh negara “katanya.

Katanya, setakat ini tiada garis panduan khas untuk berpolitik dikeluarkan oleh pihak KPM namun beliau yakin bahawa guru-guru memahami syarat berpolitik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dan tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai seorang guru.

Selain golongan guru, Perdana Menteri turut mengumumkan para petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga dibenarkan bergait aktif di dalam politik seperti rakyat lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/kpm-rancang-tambah-bilangan-guru-di-negeri-kurang-tenaga-pengajar/feed/ 0 11506
Bangunan SK Rampayan Akan Dipindahkan https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/#respond Mon, 24 Jan 2022 09:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11497
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan Manggatal yang berada dalam kategori skala tujuh atau daif akan dipindahkan ke sebuah tapak baharu berhampiran Kingfisher Likas disini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, peruntukan bagi membina bangunan baharu sekolah berkenaan telah pun diluluskan namun belum dapat dilaksanakan sebelum ini berikutan menghadapi masalah tanah.

“Namun kini tapak baharu SK Rampayan sudah pun kita perolehi iaitu diatas tanah rezab pendidikan seluar 50 ekar yang terletak berhampiran Kingfisher Likas manakala peruntukkan bagi pembinaan sekolah ini adalah sebanyak RM48 juta.

“Proses kini adalah dalam peringkat perancangan dan kita berharap urusan-urusan teknikal, pelaksanaan juga akan dapat dipercepatkan kerana sekolah ini berdepan dengan dua isu besar terutama bencana alam iaitu banjir dan sekolah ini berada dalam kategori skala tujuh iaitu daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Gaya disini hari ini.

Mohamad berkata, sekolah berkenaan yang dikategorikan sebagai daif perlu dinaiktaraf  dengan bangunan yang baharu.

Katanya, selain dikategorikan sebagai sekolah daif, sekolah berkenaan juga tidak lagi dapat menampung keperluan murid-murid dan perlu segera dipindahkan ke lokasi yang lebih luas di tanah rezab pendidikan.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam peringkat menyelesaikan beberapa urusan-urusan teknikal yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut mengadakan lawatan kerja bagi meninjau SK Rampayan dan turut mengadakan lawatan ke IPG Kent Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/feed/ 0 11497
Noh, Mohamad Angkat Sumpah Jawatan Menteri, Timbalan Menteri https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/ https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/#respond Sat, 11 Sep 2021 08:47:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6161
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berlangsung di Singgahsana Kecil kira-kira 2.35 petang, istiadat itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Ia kemudian diteruskan dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis menandatangani dokumen rasmi pelantikan Noh dan Mohamad, disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, tidak dapat menyertai majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri 30 Ogos lalu selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, manakala Mohamad, Ahli Parlimen Kimanis disahkan positif wabak berkenaan ketika itu.

Noh dan Mohamad diumum menganggotai saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri pada 27 Ogos yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/11/noh-mohamad-angkat-sumpah-jawatan-menteri-timbalan-menteri/feed/ 0 6161
Mohamad Alamin tidak hadir istiadat angkat sumpah kerana positif Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/#respond Mon, 30 Aug 2021 00:50:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5509
Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, beliau yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini tidak dapat berbuat demikian.

Mohamad berkata, beliau membuat ujian saringan RT-PCR semalam selepas tidak sihat dan demam.

“Ujian saringan PCR saya menunjukkan saya positif COVID-19. Justeru saya tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah timbalan menteri esok (30 Ogos).

“Kini saya tidak lagi demam dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri beserta Timbalan-Timbalan Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Salah seorang timbalan menteri dalam Kabinet baharu itu ialah Mohamad yang memikul portfolio Timbalan Menteri Pendidikan II. – Astro Awani

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/feed/ 0 5509
UMNO Sabah Sifatkan Pelantikan Mohamad Sebagai Pengiktirafan Diperingkat Persekutuan https://sabahmedia.com/2021/08/27/umno-sabah-sifatkan-pelantikan-mohamad-sebagai-pengiktirafan-diperingkat-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/umno-sabah-sifatkan-pelantikan-mohamad-sebagai-pengiktirafan-diperingkat-persekutuan/#respond Fri, 27 Aug 2021 09:25:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5351
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 2 sebagai satu pengiktirafan kepada parti itu di peringkat persekutuan.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau turut bersyukur dengan pelantikan itu dan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi.

“UMNO Sabah cukup berbangga dan bersyukur atas pelantikan ini dan secara langsung mengiktiraf UMNO Sabah di peringkat persekutuan. Terima kasih YAB Perdana Menteri.

“Buat Datuk Mohamad Hj Alamin, tahniah dan selamat berkhidmat untuk negara,” katanya dalam kenyataan ringkas disini hari ini.

Mohamad adalah antara enam pemimpin Sabah yang dilantik dalam Kabinet baharu kerajaan Pusat pimpinan Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Mohamad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan bagi dirinya memegang portfolio Timbalan Menteri Pendidikan 2.

“Insyallah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara.

“Terima kasih juga kepada YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin dan rakan-rakan  pimpinan UMNO dan BN Sabah serta seluruh rakyat di Parlimen Kimanis di atas dorongan dan doa.

“Doakan saya diberi kekuatan dan hidayah dalam melaksanakan tugas ini. Alhamdulillah,” katanya.

Selain Mohamad, Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2; Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili kekal memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Turut dilantik semula Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yassin yang kekal sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri 2 dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang turut kekal menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/umno-sabah-sifatkan-pelantikan-mohamad-sebagai-pengiktirafan-diperingkat-persekutuan/feed/ 0 5351