mohd arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Feb 2022 07:29:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mohd arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Terima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal https://sabahmedia.com/2022/02/22/sabah-terima-anugerah-kecemerlangan-prestasi-halal/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/sabah-terima-anugerah-kecemerlangan-prestasi-halal/#respond Tue, 22 Feb 2022 07:29:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12439
Read Time:1 Minute, 11 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Sabah menerima Anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal peringkat negeri daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA 2021) disini semalam.

Ia merupakan pengiktirafan atas inisiatif Kerajaan Sabah membantu dengan cemerlang bagi mencapai tahap kesedaran pengguna yang lebih tinggi dan menggalakkan organisasi dan syarikat menceburi perniagaan halal.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Selain itu, HDC turut menganugerahkan sebanyak 16 organisasi lain atas sumbangan mereka dalam pertumbuhan industri halal.

Mohd Arifin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat seterusnya menjadi penjana, penggerak, pengamal, pemain dan masyarakat yang prihatin terhadap pemakanan dan produk bahan gunaan halal di negeri Sabah.

Katanya, ia termasuklah kerjasama semua kementerian, agensi, pekilang dan usahawan-usahawan terlibat.

“Kita telahpun mewujudkan halal hub Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan kita juga akan memberikan bantuan serta kerjasama kepada usahawan-usahawan dalam memperkasa Halal di Sabah.

“Selain itu, industri berhubung halal dengan kerjasama agensi-agensi atau jabatan yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkaitan juga akan diperkasa.

“Moga-moga Halal Hub MUIS yang telah diwujudkan akan menjadi wadah bersama dalam memperkasa kecintaan, komitmen dan perjuangan semua dalam Halalan Toiyiba.  Terima kasih HDC dan MITI yang memperkenalkan anugerah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/sabah-terima-anugerah-kecemerlangan-prestasi-halal/feed/ 0 12439
JPKK,JKDB Perlu Jadi Agen Pembangunan,Perpaduan & Kesatuan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 03:33:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11444
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi agen kepada pembangunan di kawasang masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, JPKK dan JKDB juga perlu memastikan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat juga perlu sentiasa terjaga.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, saya berharap mereka (JPKK dan JKDB) akan menjadi agen kepada pembangunan, perpaduan dan kesatuan dikalangan masyarakat.

“Ini penting bagi mencapai visi dan misi yang saya harapkan iaitu untuk membangun Membakut dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat bersama JPKK dan JKDB bagi kawasan DUN Membakut disini semalam.

Pada program itu, sebanyak 36 buah kampung terlibat yang diwakili Pengerusi dan Setiausaha JPKK serta JKDB kampung masing-masing.

Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah berkata, semua JPKK dan JKDB diberi taklimat berhubung peranan agensi dan jabatan kerajaan yang mempunyai hubungkait dengan tugas mereka.

“Pada hari ini (semalam) kita mengundang JPKK dan JKDB kesini untuk mendapatkan taklimat berhubung dengan jabatan dan kementerian yang sangat dekat dengan mereka.

“Antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB); Ko-Nelayan; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Jabatan Veterinar; Jabatan Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (JKR).  Ini semua amat dekat dengan kerja-kerja mereka di kawasan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata, menerusi taklimat itu, para JPKK dan JKDB akan dapat menyampaikan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Ariffin turut menyampaikan geran tahunan kepada semua JPKK dan JKDB DUN Membakut bagi melaksanakan projek kecil untuk masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kita turut memberi anugerah JPKK terbaik pada tahun ini untuk memberikan motivasi kepada mereka untuk terus memajukan JPKK dan kampung masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11444
Surau Kampung Sapat Yang Baharu Siap Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/18/surau-kampung-sapat-yang-baharu-siap-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/surau-kampung-sapat-yang-baharu-siap-tahun-ini/#respond Tue, 18 Jan 2022 14:29:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11275
Read Time:1 Minute, 57 Second

PAPAR : Surau Kampung Sapat yang baharu dengan peruntukan berjumlah RM250,000 akan dibina dalam masa terdekat dan dijangka siap pada tahun ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pembinaan surau itu adalah melalui peruntukan yang disalurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Pada hari ini, kita meninjau keadaan surau yang musnah seluruhnya dalam kebakaran semalam.

“Sehubungan itu, JHEAINS akan membantu untuk membangunkan semula surau ini dengan peruntukan RM250,000 bagi membolehkan masjid baharu dibina dan siap pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak Surau Kampung Sapat yang musnah dalam kebakaran pada jam 1.27 pagi semalam.

Mohd Arifin berkata, surau baharu itu akan dibina di tapak lama dengan menambah ruang pengurusan jenazah selain ruang solat.

Mengulas mengenai kerja-kerja menaik taraf Dewan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang terletak bersebelahan dengan surau terbabit, Arifin berkata, dewan itu akan membolehkan lebih 30 jemaah menunaikan solat berjemaah.

“Sementara ini, jemaah yang akan menunaikan solat lima waktu akan menggunakan Dewan KAFA.

“Di samping itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Baitulmal dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga akan menyediakan kemudahan asas di surau sementara ini. Malah, dari masa ke masa kita akan memastikan surau yang baharu ini  akan dibina dan siap pada tahun ini,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali dan Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee.

Dalam pada itu, Arifin turut menyaksikan penyampaian Sumbangan Pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) kepada SMAN Pantai Manis Papar dan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah masing-masing berjumlah RM 162,000 dan RM 216,000 kepada 21 guru tajaan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS.

Penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad kepada Pengetua SMAN Pantai Manis, Akbar Husain dan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Jonisah Harimin.

“Dengan sumbangan ini, kita berharap dapat menyuntik semangat kepada sekolah serta memberi sedikit motivasi kelapada guru-guru,” katanya.

Turut disampaikan, sumbangan aktiviti dakwah dan keagamaan bernilai RM5,000 kepada Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee serta sumbangan khas pengurusan masjid kepada wakil Masjid Imam Pengiran Abdul Rauf Kg Pengalat Besar berjumlah RM5,000.

Pada majlis itu, MUIS juga menyampaikan sumbangan elaun bulanan RM 300 kepada seorang pesakit buah pinggang bagi meringankan kos perubatan dialisis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/surau-kampung-sapat-yang-baharu-siap-tahun-ini/feed/ 0 11275
Politeknik & Kolej Komuniti Main Peranan Sedia Graduan Industri Keempat https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/#respond Sun, 12 Dec 2021 07:12:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9774
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam menyediakan graduan bagi mendepani revolusi industri keempat.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kecanggihan teknologi masa kini telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan ia perlu dilihat sebagai peluang meningkatkan prestasi diri.

Katanya, peluang itu boleh diambil dengan pelbagai kemahiran baharu sebagai persiapan dan cabaran menghadapi dunia pekerjaan.

“Graduan juga perlu kreatif dalam mencari peluang pekerjaan dan juga ruang menjana ekonomi.

“Saya menyeru para graduan untuk tidak hanya tertumpu kepada aktiviti mencari kerja tetapi berusaha untuk menjadi ‘job creator’.

“Selain itu, saya turut berharap graduan tidak terlalu bersikap memilih pekerjaan, sebaliknya mampu bersaing dan sentiasa berupaya mencipta dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan pihak majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu Ke-25 yang diadakan secara maya disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, beliau berharap para graduan akan terus menyemarakkan nama Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Kota Kinabalu dengan memperlihatkan kualiti diri yang unggul.

Katanya, graduan juga perlu menjadi graduan yang berilmu, berinovasi, berakhlak mulia dan mempunyai semangat waja untuk menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

“Saya difahamkan sebentar tadi Politeknik Kota Kinabalu telah melahirkan seramai 25,807 graduan termasuk 2,611 graduan yang diraikan pada tahun ini.

“Saya yakin dan percaya graduan Politeknik Kota Kinabalu yang berada di dalam dewan ini mahupun di luar sana merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi negara kita,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata, tenaga pekerja berkemahiran tinggi dilihat sebagai sumber penting dalam menjamin pertumbuhan industri yang lebih mampan dan membangunkan sebuah negara.

“Justeru, saya turut berasa bangga dengan kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu, yang difahamkan sebanyak 90.1 peratus pada tahun 2020.

“Peratusan ini agak menurun sedikit berbanding pencapaian pada tahun 2019 iaitu 96.5 peratus. Namun jumlah peratusan ini masih boleh dibanggakan kerana melebihi 90 peratus walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 yang telah memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi, politik, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara.

“Ini membuktikan bahawa Politeknik Kota Kinabalu telah berjaya melahirkan graduan berkemahiran tinggi seiring dengan keperluan industri masa kini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/feed/ 0 9774
Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah Terima Sumbangan RM39,200 https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/#respond Sat, 27 Nov 2021 02:39:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8954
Read Time:42 Second

RANAU : Kerajaan negeri menyerahkan sumbangan sebanyak RM19,200 kepada Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah disini kelmarin.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah menerusi bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) yang dilancarkan sebelum ini.

“Sumbangan bantuan ini adalah bagi membantu menampung operasi harian madrasah selain keperluan harian penghuni di sini yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

“Ini adalah satu jihad yang luar biasa telah diperjuangkan oleh pengasas madrasah dalam membangunkan pendidikan dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan itu di sini, kelmarin.

Mohd Arifin berkata, pendidikan dan dakwah amat perlu dalam membangunkan ummah selain ia turut saling berkait rapat.

Selain bantuan IMPAC, turut diserahkan bantuan sejumlah RM20,000 yang disalurkan oleh Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah itu mempunyai seramai 80 orang pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/madrasah-rumah-transit-mualaf-sabah-terima-sumbangan-rm39200/feed/ 0 8954
WAM 2-Care Berjaya Capai Matlamat, Bantu Golongan Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/10/14/wam-2-care-berjaya-capai-matlamat-bantu-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/wam-2-care-berjaya-capai-matlamat-bantu-golongan-memerlukan/#respond Thu, 14 Oct 2021 09:34:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7519
Read Time:1 Minute, 16 Second

TAMPARULI: Program Wadah dan Amal Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (WAM 2-Care) bersama agensi Agama Islam Sabah (AIS) berjaya mencapai matlamat pelaksanaan selain mampu mengeratkan silaturrahim antara kakitangan terlibat.

Menteri Tugas-Tugas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program jelajah di seluruh Sabah itu juga berjaya mendapatkan maklumat bagi menambahbaik setiap agensi dakwah di setiap daerah.

“Kita telah mengadakan jelajah WAM 2-Care di setiap daerah di Sabah bagi mendapatkan maklumat penambahbaikan setiap agensi dakwah di negeri ini.

“Mudah-mudahan ada yang boleh kita laksanakan dan tingkatkan.  Kita juga mengambil input-input atau maklumat di daerah yang boleh ditingkatkan untuk keberkesanan dakwah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program WAM2-Care bagi daerah Tuaran dan daerah kecil Tamparuli di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli disini kelmarin.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli.

Lokasi berkenaan merupakan siri jelajah terakhir program tersebut pada tahun ini.

Terdahulu pada program itu, Mohd Arifin menyaksikan penyerahan bantuan bulanan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi Tabung Zakat untuk Asnaf Fakir berjumlah lebih RM1.16 juta kepada 401 penerima di Tuaran tahun ini.

Selain itu, turut menerima sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Masjid Haji Hajiji Noor Kampung Serusup dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Tambalang.

Sementara itu, sebanyak RM115,680 bantuan bulanan MUIS turut disampaikan kepada 40 Asnaf Fakir bagi daerah kecil Tamparuli bagi tahun ini.

Turut menerima sumbangan Balai Polis Tamparuli; Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli dan SAN Tamparuli.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/wam-2-care-berjaya-capai-matlamat-bantu-golongan-memerlukan/feed/ 0 7519