mohon bantu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Jul 2023 02:10:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mohon bantu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis, ahli keluarga mohon bantu kesan orang hilang https://sabahmedia.com/2023/07/30/polis-ahli-keluarga-mohon-bantu-kesan-orang-hilang/ https://sabahmedia.com/2023/07/30/polis-ahli-keluarga-mohon-bantu-kesan-orang-hilang/#respond Sun, 30 Jul 2023 02:10:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39211
Read Time:1 Minute, 17 Second

PAPAR: Polis dan ahli keluarga memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang sejak Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha berumur 33 tahun, bekerja di Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu sebagai pembantu bot telah tidak balik ke rumah sejak keluar ke tempat kerjanya pada pagi 23 Julai 2023.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pengadu iaitu isteri kepada mangsa telah membuat laporan polis pada 24 Julai keesokan harinya kerana suaminya (mangsa) tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dipastikan di mana keberadaannya.

“Siasatan lanjut mendapati kali terakhir mangsa dapat dikesan kedudukannya ialah di tempat kerjanya iaitu Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu pada 24 Julai 2023 jam lebih kurang 3.30 pagi.

“Mangsa dilihat oleh rakan sekerjanya meninggalkan tempat tersebut dengan menunggang sebuah motorsikal jenis skuter warna merah dan menuju ke arah bandar Kota Kinabalu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di situ,” kata Kamaruddin dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Kamaruddin, mangsa pada mulanya telah keluar dari rumahnya di Taman Pengalat Besar Papar pada pagi 23 Julai 2023 menuju ke tempat kerjanya.

“Hasil temu bual dengan pengadu mendapati kali terakhir dia ada berhubung dengan mangsa ialah pada 23 Julai 2023 jam lebih kurang 5.50 petang dan selepas itu nombor telefon mangsa tidak dapat dihubungi lagi.

“Sehingga kini usaha mencari dan mengesan mangsa sedang dilakukan oleh rakan sekerja, ahli keluarga pihak Polis,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan mangsa Sefuan Taha, mohon segera berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mustifin Wahud di talian 0142030071.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/30/polis-ahli-keluarga-mohon-bantu-kesan-orang-hilang/feed/ 0 39211
Ahli keluarga mohon bantu cari orang hilang https://sabahmedia.com/2023/03/23/ahli-keluarga-mohon-bantu-cari-orang-hilang/ https://sabahmedia.com/2023/03/23/ahli-keluarga-mohon-bantu-cari-orang-hilang/#respond Thu, 23 Mar 2023 12:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31354
Read Time:53 Second

SEMPORNA: Pihak Polis Semporna memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai satu laporan kehilangan seorang lelaki di Kampung Perigi pada Rabu lalu supaya segera menghubungi balai-balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pada 22 Mac lebih kurang jam 9.15 pagi pihak Balai Polis Semporna ada terima aduan satu laporan polis mengenai orang hilang bernama Gan Ka Keat, lelaki berbangsa Cina, masih bujang dan berumur 31 tahun.

“Gan kali terakhir keluar daripada rumah di Kampung Perigi Semporna pada 20 Mac lalu, jam 12.00 tengahari dan sehingga kini masih belum ditemui.

“Pakaian mangsa keluar rumah adalah berbaju ‘T’ Shirt lengan pendek
hitam, seluar pendek berwarna hitam bertopi dan berselipar sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, makluman awal tiada masalah dengan ahli keluarganya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang/mangsa
sila salurkan maklumat kepada Ketua Polis Balai Semporna iaitu Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 010-5517617 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/23/ahli-keluarga-mohon-bantu-cari-orang-hilang/feed/ 0 31354