Mohon maaf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Mar 2025 14:22:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mohon maaf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Restoran popular mohon maaf berhubung dakwaan layanan mengecewakan https://sabahmedia.com/2025/03/31/restoran-popular-mohon-maaf-berhubung-dakwaan-layanan-mengecewakan/ https://sabahmedia.com/2025/03/31/restoran-popular-mohon-maaf-berhubung-dakwaan-layanan-mengecewakan/#respond Mon, 31 Mar 2025 14:14:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71352
Read Time:55 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sebuah rangkaian restoran terkenal di sini tampil dengan permohonan maaf secara terbuka susulan tularnya satu hantaran di media sosial yang mendakwa berlaku layanan mengecewakan terhadap seorang pelanggan tetap.

Hantaran tersebut, yang mendapat perhatian ramai hujung minggu lalu, memaparkan seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan walaupun sering mengunjungi restoran berkenaan.

Sebagai respon, pihak pengurusan restoran menyatakan kekesalan atas segala kesulitan, salah faham, dan rasa kecewa yang telah timbul.

“Kejadian ini sama sekali tidak mencerminkan tahap layanan serta hospitaliti yang kami usahakan setiap hari.

“Kami percaya bahawa setiap pelanggan berhak untuk merasa dihormati, selesa, dan dihargai tanpa mengira waktu, jumlah pesanan, atau keadaan,” menurut kenyataan rasmi restoran itu.

Dalam usaha menangani isu ini, pihak restoran berjanji akan menambah baik latihan kakitangan serta memperkukuhkan standard perkhidmatan pelanggan bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

“Kami juga akan segera mengambil langkah untuk memperbaiki tahap khidmat pelanggan serta memperkukuhkan lagi program latihan staf kami agar kami dapat menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik.

“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami. Kami akan terus belajar, memperbaiki diri, dan menjadi lebih baik,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/31/restoran-popular-mohon-maaf-berhubung-dakwaan-layanan-mengecewakan/feed/ 0 71352