Mohon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Mar 2022 07:03:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mohon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mohon Majlis Sukan Negara Luluskan Kebenaran Pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah – PESRON Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/#respond Thu, 17 Mar 2022 01:48:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13102
Read Time:3 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pasukan atlet para Sabah meraih 17 pingat emas dalam acara renang dan lima pingat emas serta empat pingat perak menerusi acara ping pong semasa Sirkit Sukan Para Kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Mac hingga 12 Mac baru-baru ini.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON Sabah), Tan Hwa Koon berkata, atlet para negeri semakin menyaksikan prestasi yang cemerlang dalam acara sukan yang disertai namun ketiadaan pusat latihan bagi atlet-atlet para menjadi kekangan untuk mereka membuat latihan dengan lebih baik lagi.

Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) dan jurulatih.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) bersama jurulatih.

Susulan dengan masalah itu, Tan ingin memohon Kementerian Sukan Sabah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Sukan Negara untuk membenarkan Sabah mempunyai pusat latihan sendiri dan latihan masing-masing dijalankan di negeri ini untuk semua atlet sukan, berkebolehan dan kurang upaya. Beliau juga memaklumkan kesemua pemenang pingat adalah atlet terlatih tempatan (Sabah).

“Dengan membenarkan atlet para berlatih di tempat asal mereka akan membolehkan mereka lebih menumpukan perhatian kerana mereka lebih dekat dengan keluarga mereka.

“Lebih-lebih lagi, Sabah mempunyai jurulatih sukan para yang berkelayakan dan komited dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Sukan Sabah adalah sangat baik dan bertaraf kebangsaan,” kata Tan dalam kenyataan medianya.

Tan turut menyatakan, atlet para negeri perlu diberi peluang menghadiri pemilihan dan juga diberi peluang mewakili negara.

“Ini adalah adil kerana Sabah telah melahirkan beberapa atlet yang layak ke kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik. Ada banyak kali, atlet berpotensi negeri kita diketepikan tanpa sebab. PESRON Sabah berharap semua badan sukan negeri menyokong idea ini,’ jelasnya.

Tan menambah, keputusan memberangsangkan itu telah membuktikan keupayaan jurulatih para negeri dan PESRON Sabah juga menantikan pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah dalam masa terdekat.

Berikutan dengan perkara itu, presiden dan ahli Jawatankuasa PESRON Sabah akan membuat kunjungan hormat ke Kementerian Sukan ini tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Kejohanan Ping Pong 1 Para Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung selama lima hari bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan bersama pasukan Pingpong Para Sabah yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Thien Teck Leong dan penolong jurulatih Safwanizam Suhaibul, Anibah Duani, Wong Hang Wah dan Tina Yip Shuk Fen berjaya meraih lima pingat emas dan empat perak.

Sementara itu di kolam renang negara, Bukit Jalil, (8 Mac – 10 Mac 2022) Perenang Para Sabah memperolehi sejumlah 17 pingat emas dan satu pingat perak dalam pelbagai kategori yang disertai. Mengetuai perenang para ialah Ketua Jurulatih Eva Wong Hie Ning dan 2 orang pembantunya iaitu Ian Cheng Hong Ming dan Jurulatih renang para yang berpangkalan di Sandakan Roni Safihin Ibrahim.

Atlet- atlet para yang berjaya meraih pingat dalam acara ping pong iaitu Mohd Lizan Mat Sittim Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Micheal Tham Kah Fong Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Harman Halion Wheelchair Men Individual (TT5) (pingat perak), Mohd Nazizul Hamzah Standing Men Individual (TT7) (emas),Mohd Khairul Nizam Sulaiman Standing Men Individual (TT7) (pingat perak), Aliff Aldih Standing Men Individual (TT9) (emas), Gujile Gandila Standing Men Individual (TT10) (pingat perak), Nur Bazli Arola Standing Men Individual (TT10) (pingat perak) dan Rahimah Andungai Wheelchair Women Individual (TT3) (emas).

Manakala acara renang iaitu Brenda Anellia Larry Fizikal category (S4) meraih 4 emas dari 50m backstroke, 100m freestyle, 100m backstroke and 150m individual medley, Ethan Khoo Yin Yun Illetectual disability (S14) peroleh 4 emas dari 100m dan 200m freestyle, 100m backstroke dan 200m individual medley, Abd Halim Mohammad Fizikal (S8) mendapat 4 emas dari 50m dan 100m breaststroke, 50m dan100m freestyle, Jaynie Jamirin Fizikal (S9), peroleh 2 emas dari 50m free style dan 50m backstroke serta satu gangsa dari 50m breaststroke, Wahyu Eqwal Nazrey Fizikal (S5) peroleh 3 emas dari 50m butterfly, backstroke dan freestyle.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/feed/ 0 13102
Hajiji Mohon Kerajaan Persekutuan Naik Taraf Hospital Tuaran https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/#respond Sat, 21 Aug 2021 08:10:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5009
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tuaran sebagai hospital pakar.

Hajiji berkata, kedudukan Hospital Tuaran di jalan utama bagi pembinaan jalan Pan Borneo dan laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu, pantai barat utara dan pantai timur Sabah, amat sesuai untuk dinaik taraf sebagai hospital pakar.

“Selain itu, hospital ini masih mempunyai kawasan tapak pembinaan yang mencukupi. Justeru, usaha menaiktaraf ke hospital pakar amat penting.

“Ini juga adalah permintaan tinggi daripada rakyat untuk mempunyai satu hospital pakar yang dilengkapi dengan kemudahan perubatan.

“Terutama ketika pandemik COVID-19 ini, usaha menaiktaraf Hospital Tuaran ini amat perlu dan kita berharap ia dapat direalisasikan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini pada Sabtu.

Menurut Hajiji lagi, dengan menaiktaraf Hospital Tuaran menjadi hospital pakar ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepakaran kawalan infeksi (jangkitan) kerana belum ada hospital di Sabah yang memfokuskan kepakaran dalam bidang ini dan juga menjadi surgical base.

Selain hospital pakar, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan negeri juga berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu membina klinik kesihatan di dua kawasan di Tuaran iaitu Sulaman dan Pantai Dalit.

“Dengan adanya kemudahan kesihatan ini, ia membolehkan penduduk setempat mendapat rawatan awal selain di hospital kerajaan,” katanya.

Terdahulu dalam lawatan kerja sehari ke Tuaran, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut melakukan lawatan ke Hospital Tuaran dan menerima bakul makanan daripada Persatuan Jurutera Malaysia Cawangan Sabah ( ACEM) dan Syarikat Forever Living, untuk diserahkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau turut menerima taklimat berkaitan Hospital Tuaran yang disampaikan oleh Pengarahnya, Dr G Mohan Gopal Naidoo.

Hajiji juga melawat pusat ternakan udang galah di Kampung Shabandar, di sini.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Jasnih Daya dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai serta Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/hajiji-mohon-kerajaan-persekutuan-naik-taraf-hospital-tuaran/feed/ 0 5009
Mohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/#respond Thu, 05 Aug 2021 15:08:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4125
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan menerusi lama Facebooknya.

“Mohon supaya pastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin. Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” kata Salleh yang juga Ahli Undangan Negeri Usukan.

Terdahulu, Kerajaan Sabah berharap bekalan vaksin yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk negeri ini akan tiba tepat pada waktunya.

Jurucakap Sabah COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini hanya menerima kenaikan dos vaksin sejumlah 374,214 dos sejak 21 Julai hingga 31 Julai 2021.

Manakala jumlah dos harian tertinggi adalah 48,300 pada hari Sabtu, 31 Julai lalu.

Beliau berharap akan dapat lebih banyak bekalan seperti yang telah dipersetujui, sesuai dengan waktu yang dijadualkan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/feed/ 0 4125