Monsun hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Mar 2025 08:32:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Monsun hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini, masyarakat dinasihat berwaspada https://sabahmedia.com/2025/03/20/fasa-peralihan-monsun-bermula-selasa-ini-masyarakat-dinasihat-berwaspada/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/fasa-peralihan-monsun-bermula-selasa-ini-masyarakat-dinasihat-berwaspada/#respond Thu, 20 Mar 2025 08:32:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70810
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kuala Lumpur : Fasa peralihan monsun dijangka akan bermula pada 25 Mac ini dan berterusan sehingga Mei depan dan ia menandakan fasa  berakhirnya Monsun Timur Laut 2024/25 yang telah melanda negara sejak 5 November 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa peralihan monsun, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah. 

Katanya, keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam. 

“Kawasan yang dijangka terjejas termasuk bahagian barat dan pedalaman Semenanjung serta bahagian barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berisiko menyebabkan kejadian banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hisham berkata, masyarakat boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi Jabatan. 

Selain itu katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi Hotline Jabatan di nombor 1-300-22-1638.

Pihaknya turut menegaskan pentingnya kesedaran awam dalam menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu ini.

“Kami menggesa orang ramai untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/fasa-peralihan-monsun-bermula-selasa-ini-masyarakat-dinasihat-berwaspada/feed/ 0 70810
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2024/05/14/monsun-barat-daya-dijangka-bermula-jumaat-taburan-hujan-lebih-rendah-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2024/05/14/monsun-barat-daya-dijangka-bermula-jumaat-taburan-hujan-lebih-rendah-metmalaysia/#respond Tue, 14 May 2024 07:47:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54404
Read Time:1 Minute, 2 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata pada musim ini, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan yang membawa kepada taburan hujan lebih rendah dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.

Muhammad Helmi berkata garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Selain itu, katanya dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk mengelak melakukan pembakaran terbuka, selain menggalakkan mereka menggunakan air secara berhemah sepanjang musim berkenaan.

Menurutnya, maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi jabatan dan hotline MetMalaysia 1-300-22-1638. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/14/monsun-barat-daya-dijangka-bermula-jumaat-taburan-hujan-lebih-rendah-metmalaysia/feed/ 0 54404