monsun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Nov 2025 10:01:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png monsun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Monsun Timur Laut dijangka bermula Khamis ini https://sabahmedia.com/2025/11/10/monsun-timur-laut-dijangka-bermula-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/monsun-timur-laut-dijangka-bermula-khamis-ini/#respond Mon, 10 Nov 2025 09:59:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85445
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka akan bermula pada Khamis ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal melanda negara.

Katanya, hujan lebat yang berlaku selama beberapa hari berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah serta berhampiran sungai. 

“Keadaan turut diburukkan oleh tiupan angin timur laut yang kencang, yang boleh membawa kepada laut bergelora dan kenaikan paras air di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Hisham berkata, orang ramai digesa untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh ini.

Katanya, iatermasuk memantau perkembangan cuaca melalui portal MET Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, saluran media sosial rasmi serta talian hotline 1-300-22-1638. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/monsun-timur-laut-dijangka-bermula-khamis-ini/feed/ 0 85445
Peralihan Monsun bermula 30 September, orang ramai diingatkan berwaspada cuaca buruk https://sabahmedia.com/2025/09/27/peralihan-monsun-bermula-30-september-orang-ramai-diingatkan-berwaspada-cuaca-buruk/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/peralihan-monsun-bermula-30-september-orang-ramai-diingatkan-berwaspada-cuaca-buruk/#respond Sat, 27 Sep 2025 04:05:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82085
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan negara bakal memasuki Fasa Peralihan Monsun bermula 30 September ini hingga November 2025 yang menandakan tamatnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lalu.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Katanya, keadaan itu boleh mengalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat.

“Ia akan berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Orang ramai boleh merujuk makluman melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. –

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/peralihan-monsun-bermula-30-september-orang-ramai-diingatkan-berwaspada-cuaca-buruk/feed/ 0 82085
Jumlah mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 719 https://sabahmedia.com/2022/02/08/jumlah-mangsa-banjir-di-sabah-naik-mendadak-kepada-719/ https://sabahmedia.com/2022/02/08/jumlah-mangsa-banjir-di-sabah-naik-mendadak-kepada-719/#respond Tue, 08 Feb 2022 03:35:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11987
Read Time:54 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Pitas naik mendadak pagi ini kepada 719 mangsa daripada 236 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan PPS Dewan Kampung Sinukab menempatkan mangsa teramai, iaitu 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Tiga PPS lain ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II kekal menempatkan 81 mangsa daripada 29 keluarga; Dewan SK Rukom (55 mangsa daripada 17 keluarga); dan Dewan Kampung Kusilad (73 mangsa daripada 20 keluarga).

Sebanyak 10 kampung terlibat banjir susulan hujan lebat sejak Ahad lepas dengan dua kampung terbaharu yang dilanda bencana itu malam tadi ialah Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

Lapan lagi kampung terbabit ialah Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu, Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang dan Kampung Kanibongan.

Cuaca pagi ini cerah di Papar, Kota Kinabalu dan kawasan lain di pantai barat Sabah, bagaimanapun hujan di kawasan utara antaranya Paitan, Labuk serta Sugut dan kawasan tengah antaranya Telupid dan Tongod.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/08/jumlah-mangsa-banjir-di-sabah-naik-mendadak-kepada-719/feed/ 0 11987
Banjir: 60 kawasan di empat daerah Sabah terjejas https://sabahmedia.com/2021/09/21/banjir-60-kawasan-di-empat-daerah-sabah-terjejas/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/banjir-60-kawasan-di-empat-daerah-sabah-terjejas/#respond Tue, 21 Sep 2021 07:22:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6689
Read Time:1 Minute, 27 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi mengakibatkan 60 kawasan termasuk taman perumahan dan kampung di empat buah daerah di negeri ini terjejas akibat kejadian banjir kilat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu sebanyak 39 kawasan di Kota Belud antaranya Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Kampung Bobot terjejas, manakala 10 kawasan di Kota Kinabalu terjejas antaranya Taman Fulliwa, Taman Wijaya Park dan Kampung Lapasan.

Sebanyak 10 kawasan di Sipitang juga terjejas banjir antaranya Kampung Menangah Ulu Sipitang, Kampung Sungai Tiga dan Kampung Naluyan, selain di Penampang satu kampung terjejas iaitu Kampung Sugud.

“Seramai 14 orang daripada lima keluarga mangsa banjir di Sipitang dipindahkan ke PPS (pusat pemindahan sementara) Dewan Mini Mesapol pagi tadi, dan 20 mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kota Belud dipindahkan ke PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol.

“Proses pemindahan masih dijalankan dan jumlah mangsa dipindahkan di daerah lain belum lagi disahkan. Ketika ini dilaporkan hujan masih turun tetapi hanya renyai, pemantauan terus dilakukan terutama di kawasan hotspot banjir yang telah dikenal pasti,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, dua jalan di Penampang terjejas teruk akibat banjir iaitu Jalan Datuk Panglima Banting dan Jalan Kolopis, manakala jalan yang terjejas di kawasan Kota Kinabalu ialah di sekitar Tobobon, Manggatal sehingga ke Inanam dan Kolombong.

Turut terjejas Jalan Kampung Menangah Ulu Sipitang, manakala beberapa jalan di Kota Belud antaranya Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu dan Jalan Kampung Menunggui turut terjejas serta hanya dapat dilalui kenderaan berat.

Selain itu, terdapat beberapa kejadian tanah runtuh kecil dilaporkan di Kota Kinabalu iaitu di Kampung Unggun Jaya, Sunny Garden, Taman Fantasi, Kampung Pulau Penampang, Jalan Signal Hill, Jalan Taman Khidmat dan Taman Chanyai Villa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/banjir-60-kawasan-di-empat-daerah-sabah-terjejas/feed/ 0 6689
Jalan Penampang-Tambunan terputus hubungan akibat tanah runtuh https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/#respond Mon, 20 Sep 2021 00:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6610
Read Time:41 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU – Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus apabila satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 52.35 berdekatan Air Terjun Masakob pada jam 7 malam ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata laluan sepanjang hampir 30 meter di kawasan itu runtuh hingga tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya

Katanya tiada mangsa terlibat atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/feed/ 0 6610