moratorium – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Jul 2021 02:23:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png moratorium – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka Hari ini, Lulus Automatik https://sabahmedia.com/2021/07/07/permohonan-moratorium-pinjaman-dibuka-hari-ini-lulus-automatik/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/permohonan-moratorium-pinjaman-dibuka-hari-ini-lulus-automatik/#respond Wed, 07 Jul 2021 02:23:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2682
Read Time:4 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula hari ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai hari ini.

Katanya, ia selaras dengan pengumuman tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Bank pusat itu berkata, individu, perusahaan mikro ataupun PKS tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

“Kelulusan akan diberikan secara automatik. Selain moratorium, bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam.

“Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman web bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

“Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan. Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital ini, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium,” katanya.

Bagaimanapun BNM menjelaskan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman seperti moratorium bakal menyebabkan kos pinjaman meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Sehubungan itu, bank pusat berkata, institusi perbankan dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan,” kata kenyataan itu.

BNM menegaskan, Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam juga tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.

Katanya, industri perbankan telah memberikan komitmen dan keyakinan untuk membantu peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan disebabkan oleh sekatan pergerakan.

“Dalam hal ini, BNM akan memantau rapi pelaksanaan program bantuan bayaran balik pinjaman oleh industri perbankan.

“Jika peminjam menghadapi apa-apa kesukaran dengan bank mereka, atau jika bayaran ansuran meningkat secara tidak munasabah, peminjam boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey untuk mengemukakan aduan mereka.

“Peminjam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program bantuan bayaran balik pinjaman ini dengan melayari bnm.gov.my/RA dan platform media sosial BNM,” katanya.

Bank pusat juga menasihati peminjam supaya mendapatkan maklumat tentang sebarang perubahan waktu operasi atau aturan perkhidmatan kaunter daripada bank masing-masing berikutan sekatan pergerakan.

“Bantuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021.

“Pada masa permohonan dibuat , peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/winding up).

“Peminjam yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program terbabit juga boleh memohon moratorium ini,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma (services.akpk.org.my).

“PKS termasuk perusahaan mikro juga boleh memohon bantuan melalui saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk.

“Kaunter khidmat nasihat secara maya ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu pemohon mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman,” katanya. – BERITA HARIAN

๐Œ๐Ž๐‘๐€๐“๐Ž๐‘๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ (๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐€๐“) ๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜‚๐—บ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ผ ๐—”๐—ฝ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฑ ๐—•๐Ÿฐ๐Ÿฌ/๐— ๐Ÿฐ๐Ÿฌ/๐—ง๐Ÿฎ๐Ÿฌ

1. Moratorium ๐™ˆ๐™–๐™ฎ๐™—๐™–๐™ฃ๐™  – https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

2. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ

https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

3. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข

https://vao.bankislam.com.my/ppb/

4. Moratorium ๐˜พ๐™„๐™ˆ๐˜ฝ

https://www.cimb.com.my/covid19support

5. Moratorium ๐˜ฝ๐™Ž๐™‰

https://www.bsn.com.my/page/TRA

6. Moratorium ๐™‹๐™ช๐™—๐™ก๐™ž๐™˜ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

7. Moratorium ๐˜ผ๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

8. Moratorium ๐™๐™ƒ๐˜ฝ

https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

9. Moratorium ๐˜ผ๐™›๐™›๐™ž๐™ฃ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

10. Moratorium ๐™ˆ๐˜ฝ๐™Ž๐˜ฝ

https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

11. Moratorium ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™  ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ฉ

https://map.muamalat.com.my/

12. Moratorium ๐™†๐™ช๐™ฌ๐™–๐™ž๐™ฉ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

13. Moratorium ๐˜พ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

14. Moratorium ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™ž๐™–๐™ฃ๐™˜๐™š ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

15. Moratorium ๐˜ผ๐™œ๐™ง๐™ค๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.agrobank.com.my/my/bbb/

16. Moratorium ๐™ƒ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™‡๐™š๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

17. Moratorium ๐™Ž๐™ˆ๐™€ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

18. Moratorium ๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™™ ๐˜พ๐™๐™–๐™ง๐™ฉ๐™š๐™ง๐™š๐™™ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/

19. Moratorium ๐˜ผ๐™ก ๐™๐™–๐™Ÿ๐™๐™ž ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

20. Moratorium ๐™๐™Š๐˜ฝ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

21. Moratorium ๐™Š๐˜พ๐˜ฝ๐˜พ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™ 

https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

22. Moratorium ๐™‹๐™๐™‹๐™๐™‰

https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/permohonan-moratorium-pinjaman-dibuka-hari-ini-lulus-automatik/feed/ 0 2682
AIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2377
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan membabitkan seramai 378,507 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM bermula Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pengeculian pembayaran yang akan berakhir pada penghujung Julai itu nanti adalah berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.

โ€œDengan penangguhan sehingga penghujung bulan Julai ini, AIM telah memberi penangguhan bayaran kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula 1 Jun lalu.

โ€œUntuk rekod AIM sebelum ini telah memberi pengecualian bayaran balik salama 16 bulan secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. Ia kemudian disusuli penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat AIM,โ€ katanya dalam sidang media disini hari ini.

Lajim berkata, penangguhan itu diberikan kepada mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Katanya, selain penangguhan bayaran balik pinjaman, AIM turut menangguhkan semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang.

โ€œPada masa sama, AIM turut menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

โ€œNamun AIM membenarkan kutipan balik bayaran Skim Pembiayaan Ikhtiar melalui kaedah bukan tunai atau e-bayaran,โ€katanya.

Sementara itu, Lajim berkata AIM turut memperkenalkan lapan Pakej Ransangan Ekonomi AIM, selain menyediakan pelbagai insentif lain termasuk penangguhan tambahan, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan bengkel atau kursus secara digital untuk Sahabat AIM.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat AIM terbela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang setakat ini memberi manfaat kepada seramai 20,700 keluarga menerusi Program Bakul Kasih AIM.

“AIM sesungguhnya amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Sahabat AIM dan atas sebab itu kita berusaha untuk melaksanakan program pasaran produk Sahabat AIM secara dalam talian supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih luas dan mereka dapat terus berniaga tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, AIM juga sedang merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat AIM bagi membantu mereka bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/feed/ 0 2377