mosti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Feb 2025 04:53:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mosti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembinaan Stesen Satelit Bumi Tuaran tidak diteruskan – MOSTI https://sabahmedia.com/2025/02/06/pembinaan-stesen-satelit-bumi-tuaran-tidak-diteruskan-mosti/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/pembinaan-stesen-satelit-bumi-tuaran-tidak-diteruskan-mosti/#respond Thu, 06 Feb 2025 04:38:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68083
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh FLORIETA DIET

KUALA LUMPUR: Pembinaan Stesen Satelit Bumi di Kampung Laya-Laya Tuaran tidak diteruskan memandangkan Program RazakSAT-2 yang diluluskan pada 5 Disember 2012 telah ditamatkan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), RazakSAT-2 digantikan dengan program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN).

“Memandangkan RazakSAT-2 ditamatkan, kesemua skop dan aktiviti termasuk pembangunan stesen bumi baharu juga ditamatkan.

“Selain itu, pengoperasian dua stesen penerima data satelit sedia ada di Temerloh, Pahang dan Banting, Selangor adalah mencukupi bagi memenuhi keperluan negara.

“PSPJN dijangka dapat mencapai matlamat dan keperluan pengoperasian semasa dan akan datang terutamanya dalam aspek perolehan data bagi keperluan strategik negara,” katanya.

MOSTI menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis terhadap Soalan Lisan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.

Dalam soalannya, Madius meminta MOSTI menyatakan status pembinaan Stesen Satelit Bumi yang telah diluluskan pada 2016 dengan peruntukan RM27.5 juta di Kampung Laya-Laya.

“Bilakah akan dilaksanakan, mengapa kelewatan pelaksanaannya berlaku dan bilakah ia dijangka siap,” ujar beliau.

Untuk rekod, pembinaan Stesen Satelit Bumi di Kampung Laya-Laya, Tuaran telah dikenalpasti sebagai keperluan untuk membangunkan stesen bumi bagi tujuan meningkatkan kecekapan penjejakan, pengawalan dan telemetri satelit RazakSat-2.

Dalam pada itu, MOSTI juga memaklumkan bahawa kementeriannya melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sentiasa berusaha dan komited untuk membangunkan landskap ekosistem teknologi angkasa di Malaysia.

“Ia seiring dengan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi dan menguasai bidang teknologi angkasa seterusnya menyumbang pertumbuhan ekonomi, penjanaan ilmu, pembangunan lestari, kedaulatan dan kesejahteraan negara,” jelas kementerian itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/pembinaan-stesen-satelit-bumi-tuaran-tidak-diteruskan-mosti/feed/ 0 68083
Sinergi Inovasi UMS-Industri Hasil Dana MOSTI Atasi Isu Air Bersih Penduduk Kiulu https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/ https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/#respond Mon, 25 Oct 2021 09:53:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7901
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Projek Bekalan Air Graviti Bersih dan Terawat Mudah Alih di Kampung Rungus Nahaba, Kiulu, Tuaran hasil sinergi inovasi penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan industri dari Syarikat Pembinaan Kiawayan Sdn. Bhd. (PKSB) membantu penduduk di kampung itu menikmati bekalan air bersih yang boleh terus diminum.

Projek hasil dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran Malaysia Social Innovation (MySI) itu dilaksanakan selama tujuh bulan dengan penglibatan gotong-royong bersama penduduk kampung, dan telah mula beroperasi sejak Julai lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, projek di kawasan tersebut yang melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan inovasi sosial membolehkan bekalan air disalurkan ke 30 buah rumah di kampung tersebut.

“Dari aspek kejuruteraan, teknologi membran dan graviti diaplikasikan agar bekalan air dikumpulkan dan ditapis sehingga boleh diminum terus dari paip air, dan kualiti inovasi sebeginilah yang UMS giat usahakan untuk dibawa kepada masyarakat di negeri ini.

“Selain aspek teknikal, inovasi kedua yang penyelidik UMS ketengahkan adalah dengan mewujudkan satu sistem untuk penduduk tempatan melalui pengwujudan jawatankuasa pengurusan dalam kalangan penduduk kampung.

“Ini bagi memperkasakan mereka dari segi kemahiran untuk mengendalikan peralatan yang mesra pengguna agar teknologi yang dihasilkan lebih lestari dan komuniti terlibat boleh menerima teknologi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Projek Bekalan Air Graviti Bersih Kg. Rungus Nahaba baru-baru ini.

Ramzah turut memaklumkan UMS sememangnya sedang giat melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat seperti projek di Kampung Rungus Nahaba, dan perkara tersebut turut menjadi keutamaan dalam agenda penyelidikan di UMS dalam tempoh dua tahun ini.

“Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan pemacu sosioekonomi dan penyelesaian terhadap pelbagai masalah komuniti di negeri Sabah, selain turut merupakan game changer dalam pelbagai aspek di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya dan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Justeru, projek inovasi sebegini yang UMS banyak berkolaborasi dengan pelbagai pihak demi manfaat masyarakat, dan UMS juga melaksanakan projek seumpama di daerah Pitas tetapi dengan teknologi yang berbeza,” kata Ramzah.

Dalam pada itu, Ketua Projek, Profesor Madya Ts. Dr. Gaim James Lunkapis memberitahu, terdapat tiga inovasi utama yang diperkenalkan dalam projek tersebut, iaitu inovasi pengambilan sumber bekalan air, inovasi aliran graviti, dan rumah tapisan teknologi hijau.

“Inovasi ini tidak langsung menggunakan kuasa elektrik, sebaliknya hanya bergantung kepada kuasa aliran graviti secara semula jadi.

“Teknologi ini boleh digunakan di mana-mana kawasan luar bandar yang tidak memiliki bekalan tenaga elektrik, dan tenaga solar juga boleh digunakan untuk mengambil air di bawah tanah,” katanya.

Ujar Gaim, projek itu merupakan sumbangan UMS untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih khususnya di luar bandar yang tidak menerima bekalan air atas faktor kekangan sumber kewangan dan lokasi kawasan agak jauh yang secara konvensional akan menelan kos tinggi bagi melaksanakan sistem perpaipan biasa.

Perasmian projek tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan UMS, Prof. Madya Dr. Jidon Janaun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/feed/ 0 7901
MOSTI Usaha Bangunkan Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/04/mosti-usaha-bangunkan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/mosti-usaha-bangunkan-vaksin-covid-19/#respond Sat, 04 Sep 2021 10:02:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5795
Read Time:1 Minute, 17 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berusaha membangunkan vaksin Covid-19 dan vaksin-vaksin lain yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tropika.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, usaha itu akan melahirkan lebih ramai pakar dalam pembangunan vaksin dan saintis dalam penyelidikan.

Beliau berkata, kementerian juga akan memberi penekanan kepada teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan transformasi digital berasaskan kepada pembangunan tempatan berteknologi tinggi dan ekonomi kurang sentuhan.

Menurutnya, IR 4.0 dan transformasi digital itu penting terutama dalam menghadapi situasi pandemik yang mencabar ketika ini.

“Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan innopreneur iaitu melahirkan usahawan berlandaskan inovasi dalam kalangan B40 dan M40.

“Pembangunan innopreneur juga boleh menjadikan produk inovasi dan ekonomi digital sebagai sumber penjanaan pendapatan,” katanya memetik laporan Utusan Online disini hari ini.

Pada masa sama katanya, MOSTI juga terus menerajui bidang teknologi baharu muncul seperti dron, elektrik dan elektronik, Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), blok rantai (blockchain).

“Ia juga termasuk bidang ruang simpanan awan (cloud storage), robotik, serta inovasi dengan pendekatan yang berpusatkan manusia (human-centric innovation),” katanya.

Katanya, MOSTI akan memastikan semua warga kerja kementerian dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa proaktif dan pantas dalam menghasilkan impak berprestasi tinggi serta mengarusperdanakan sains, teknologi dan inovasi.

Jelasnya, budaya kerja cemerlang itu akan memperhebatkan mutu penyampaian kepada masyarakat seterusnya meningkatkan produktiviti dalam memacu IR 4.0 ke arah Masyarakat 5.0.

Dalam pada itu, Adham berkata, kementerian juga akan memberi tumpuan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi disruptif yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi permulaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/mosti-usaha-bangunkan-vaksin-covid-19/feed/ 0 5795