mot – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Aug 2026 10:19:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mot – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPM bincang dengan MOT cari kaedah kurangkan tambang penerbangan Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2026/08/22/jpm-bincang-dengan-mot-cari-kaedah-kurangkan-tambang-penerbangan-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/jpm-bincang-dengan-mot-cari-kaedah-kurangkan-tambang-penerbangan-sabah-sarawak/#respond Sat, 22 Aug 2026 10:19:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102104
Read Time:1 Minute, 13 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU:  Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mencari kaedah bagi menangani isu lonjakan harga tiket penerbangan melibatkan Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata perkara itu turut disuarakannya dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas susulan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan harga tiket penerbangan.

Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan tambang itu adalah peningkatan kos operasi syarikat penerbangan susulan krisis bekalan tenaga global.

“Memang kita menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan (harga tambang penerbangan).

“Kita akan meneliti aduan ini supaya kita dapat mencari kaedah, bersama-sama syarikat penerbangan, untuk mengurangkannya. Kita cuba kurangkan” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program MADANI Kita Bersama Komuniti Darau @Sepanggar di sini hari ini.

Mustapha berkata perhatian khusus turut diberikan kepada penuntut yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada September ini, khususnya yang memerlukan perjalanan udara.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti penuntut serta pelajar TVET yang memerlukan penerbangan, sebelum senarai nama itu dibawa ke Kabinet bagi meneliti langkah yang boleh diambil untuk memudahkan perjalanan mereka.

“Jadi mana-mana yang ada kaitan dengan penerbangan, yang ini kita minta senarainya dan kita lihat supaya dibentangkan di Kabinet supaya kerajaan dapat buat keputusan untuk mempermudah urusan mereka,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/jpm-bincang-dengan-mot-cari-kaedah-kurangkan-tambang-penerbangan-sabah-sarawak/feed/ 0 102104
Bukan Polisi MOT Untuk Batalkan Lesen Sekolah Memandu – Wee Ka Siong https://sabahmedia.com/2022/02/03/bukan-polisi-mot-untuk-batalkan-lesen-sekolah-memandu-wee-ka-siong/ https://sabahmedia.com/2022/02/03/bukan-polisi-mot-untuk-batalkan-lesen-sekolah-memandu-wee-ka-siong/#respond Thu, 03 Feb 2022 05:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11854
Read Time:1 Minute, 40 Second

Cyberjaya — Membatal permit IM dan tarik balik sijil tenaga pengajar kerana rekod kemalangan jalan raya bukan polisi MOT ulas Menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong hari ini.

Menurutnya Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin menegaskan bahawa tindakan untuk membatalkan permit institut memandu (IM) dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang lesen dari institut berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya hanyalah merupakan satu pandangan peribadi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bukan merupakan satu ketetapan dasar oleh MOT pada masa ini.

“ Dimaklumkan juga bahawa sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan penambahbaikan sudah tentunya akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh MOT dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanannya, kebolehlaksanaanya dan keupayaannya untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membatalkan atau menggantung permit institut memandu (IM) sekiranya ramai pemegang lesen yang dilatih mereka didapati melakukan kesalahan trafik dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya langkah itu akan dilaksanakan dengan meletakkan  kod pada lesen yang dikeluarkan  ini bagi mengesan daripada institut memandu mana pesalah trafik itu menerima latihan.

Kenyataan Ketua Pengarah JPJ itu turut mengundang komen netizen yang dilihat negatif tentang kenyataan berkenaan memandangkan ujian akhir dan proses meluluskan lesen adalah dibawah bidang kuasa JPJ, bukannya sekolah memandu.

Mengulas lanjut, Wee berkata , MOT tidak mahu menuding jari secara melulu terhadap pihak tertentu dan seterusnya mempersalahkannya semata-mata berdasarkan andaian atau hipotesis yang tidak berasas.

“ Kajian terperinci ini juga akan turut melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan.

“ Dalam masa sama, MOT bersama agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan jalan raya dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara. MOT serius dan komited dalam memastikan jalan raya kekal selamat digunakan oleh semua pihak katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/03/bukan-polisi-mot-untuk-batalkan-lesen-sekolah-memandu-wee-ka-siong/feed/ 0 11854