Motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Mar 2024 13:53:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang maut, motosikal dilanggar lori https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/ https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/#respond Sun, 10 Mar 2024 13:53:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50881
Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Papar – Beaufort petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa
berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi (10 Mac) semasa pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun memandu kenderaannya bersama kelindannya (lelaki tempatan berusia 23 tahun) dari Lawas, Sarawak, menuju ke Kota Kinabalu.

“Pada masa itu, pemandu lori memandu di lorong sebelah kiri dan apabila sampai di tempat kejadian mendapati ada sebuah motosikal yang di tunggang oleh mangsa seorang diri tiba-tiba memotong lori tersebut dan terus berada di hadapan lori. Disebabkan motosikal tersebut terlalu hampir, lori berkenaan tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan dan diseret di bawah lori. Kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar tiang eletrik dengan kedudukan motosikal tersebut masih berada di depan lori.

“Mangsa dikatakan menunggang motosikal seorang diri menuju ke Papar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 atas arahan KBSPTD,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/10/penunggang-maut-motosikal-dilanggar-lori/feed/ 0 50881
Dua parah, enam cedera ringan, kereta langgar motosikal dan rempuh rumah https://sabahmedia.com/2024/02/05/dua-parah-enam-cedera-ringan-kereta-langgar-motosikal-dan-rempuh-rumah/ https://sabahmedia.com/2024/02/05/dua-parah-enam-cedera-ringan-kereta-langgar-motosikal-dan-rempuh-rumah/#respond Mon, 05 Feb 2024 01:38:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49015
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAMBUNAN: Dua penunggang motosikal cedera parah manakala enam mangsa cedera ringan termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya yang berlaku melibatkan sebuah kereta berlanggar dengan dua buah motosikal lalu terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Dalab Pantai, di sini pada malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.05 malam tadi (4 Feb).

Katanya, sebaik sahaja sepasukan bomba dari BBP Tambunan tiba di lokasi kejadian mendapati satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dari arah Tambunan menuju ke Kota Kinabalu berlanggar dengan dua buah motosikal dan seterusnya terbabas lalu merempuh sebuah rumah berhampiran.

“Rempuhan kereta itu mengakibatkan kerosakan sebuah bilik rumah tersebut.

“Kedua-dua penunggang motosikal lelaki masing-masing berusia 19 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala empat orang mangsa termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia lima dan empat tahun di dalam kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan.

“Turut dilaporkan dua orang penghuni rumah terbabit lelaki dan wanita masing-masing berusia 48 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Mitchell, kesemua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Seterusnya kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.20 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/05/dua-parah-enam-cedera-ringan-kereta-langgar-motosikal-dan-rempuh-rumah/feed/ 0 49015