motosikal terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Jun 2023 10:24:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png motosikal terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Motosikal terbabas, pelajar remaja perempuan maut https://sabahmedia.com/2023/06/20/motosikal-terbabas-pelajar-remaja-perempuan-maut/ https://sabahmedia.com/2023/06/20/motosikal-terbabas-pelajar-remaja-perempuan-maut/#respond Tue, 20 Jun 2023 10:24:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36746
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelajar remaja perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama sepupunya terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Lokub, Jalan Sepanggar dekat sini pada petang Isnin.

Mangsa yang maut berumur 17 tahun itu adalah pembonceng mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Likas pada 20 Jun 2023 jam lebih kurang 12.36 tengah malam tadi.

Manakala penunggang seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun cedera di bahagian kepala dan kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth 1.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pada 19 Jun 2023 jam lebih kurang 6.20 petang, pihaknya terima makluman dari KPP Trafik bertugas Kpl. Hasmuni berkaitan satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal terbabas sendiri berhampiran Kampung Lokub Jalan Sepanggar, dekat sini. Kemalangan melibatkan dua orang mangsa iaitu penunggang dan pembonceng.

“Siasatan awal dilokasi kejadian mendapati penunggang bersama pembonceng dari Menggatal dalam perjalanan menuju ke Sepanggar.

“Ketika itu, cuaca hujan renyai-renyai dan keadaan jalan raya basah. Apabila mangsa sampai berhampiran Kampung Lokub, tiba-tiba motosikal ditunggangi telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa terbaring di bahu kiri jalan dalam keadaan separa sedar dan berlumuran darah dan kemudiannya dibawa oleh ambulan dan pihak bomba ke Hospital Likas untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pembonceng disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas tengah malam tadi manakala B1 dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 pada jam lebih kurang 6:29 pagi tadi.

“Mayat mangsa masih berada di Forensik Hospital Likas dan akan dibawa ke Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian setelah keputusan PCR diperolehi,” ujarnya.

Bagaimanapun Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian penunggang yang gagal mengawal kenderaan motosikal dengan baik sehingga terbabas ke bahu jalan. Namun, siasatan masih diteruskan.

“Kes disiasat dibawah Kaedah 10 LN166/59 direklasifikan semula di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 arahan SIO(T),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/20/motosikal-terbabas-pelajar-remaja-perempuan-maut/feed/ 0 36746
Pesara cedera, motosikal terbabas terlanggar kabel elektrik terjuntai tengah jalan raya https://sabahmedia.com/2023/04/28/pesara-cedera-motosikal-terbabas-terlanggar-kabel-elektrik-terjuntai-tengah-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/04/28/pesara-cedera-motosikal-terbabas-terlanggar-kabel-elektrik-terjuntai-tengah-jalan-raya/#respond Fri, 28 Apr 2023 01:07:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33434
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Seorang pesara kerajaan cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas akibat terlanggar kabel elektrik yang terjuntai melintang di tengah jalan raya di Jalan Kampung Lumatai menuju ke Pekan Beaufort dekat sini pada Rabu lalu.

Mangsa Junnayah Sadim, 63, ketika dihubungi Sabah Media berkata, pada 26 April 2023 jam 7.15 pagi beliau yang sedang menunggang motosikalnya dari rumahnya di Kampung Rancangan Klias menuju ke pekan Beaufort atas urusan ke bank, namun apabila tiba di laluan berdekatan dengan bulatan Petronas Kampung Lumatai terdapat satu kabel elektrik terjuntai ke bawah dan melintang di tengah jalan raya.

Mangsa Junnayah terhumban ke atas jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar kabel elektrik terjuntai. – Foto ihsan Junnayah

“Saya tidak sempat mengelak kabel elektrik tersebut, motosikal saya hilang kawalan lalu terbabas dan saya terhumban ke atas jalan raya, mujur ada orang awam yang lalu di kawasan itu terus memanggil ambulan dan menolong mengalihkan saya ditepi,” katanya.

Junnayah berkata, akibat dari kemalangan itu beliau mendapat kecederaan di bahagian leher, tangan kiri dan kaki kiri.

“Saya mengalami kecederaan di bahagian leher, tangan kiri dan kaki kiri, sejurus pasukan perubatan tiba, mereka membawa saya ke Unit Kecemasan Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian itu beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Beaufort pada hari yang sama.

“Laporan ini adalah sebagai peringatan kepada pihak berkenaan atau pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat masalah sedemikian seperti meletakkan tanda amaran atau segera menyiapkan kerja-kerja pembaikan untuk mengelakkan pengguna jalan raya lain mendapat kecelakaan semasa melalui jalan tersebut,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/28/pesara-cedera-motosikal-terbabas-terlanggar-kabel-elektrik-terjuntai-tengah-jalan-raya/feed/ 0 33434