Motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Apr 2026 07:57:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Motosikal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita maut motosikal dirempuh lori https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/#respond Thu, 23 Apr 2026 07:57:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95390
Read Time:53 Second

KENINGAU: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Nabawan-Sapulut berhampiran Kampung Sarikan, Nabawan, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa, Marlyana Baulun, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal jenis Modenas Kriss.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama mangsa dari arah Nabawan ke Sepulut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, pembonceng wanita maut di tempat kejadian, manakala penunggang berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal memberi perhatian kepada kenderaan di hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-maut-motosikal-dirempuh-lori/feed/ 0 95390
Dua maut motosikal langgar kereta di Jalan UMS https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/ https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/#respond Mon, 13 Apr 2026 11:28:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94806
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan UMS berhampiran Mini Putrajaya, kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 27 tahun serta motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua individu.

Menurutnya, kenderaan Proton Saga itu dilaporkan bergerak dari arah Sepanggar menuju ke Alam Mesra sebelum membuat pusingan U di lampu isyarat Mini Putrajaya dan meneruskan perjalanan di lorong tengah.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di lorong tengah jalan manakala pembonceng tercampak ke bahu kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

“Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan usaha mengesan waris sedang giat dijalankan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut oleh polis dan agensi berkaitan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

“Penunggang motosikal juga diingatkan supaya tidak menunggang secara berbahaya atau dalam keadaan laju yang boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/feed/ 0 94806
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dua kenderaan di Penampang https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/#respond Tue, 30 Dec 2025 05:53:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88981
Read Time:58 Second

PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bundusan, di sini, pada malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam, melibatkan sebuah motokar dan sebuah motosikal.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motokar yang dalam perjalanan menghala ke Towering melalui Jalan Bundusan dipercayai hilang kawalan ketika dipandu dalam keadaan hujan lebat sebelum terbabas dan melanggar motosikal yang berada berhampiran.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal, seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju serta peka terhadap keadaan cuaca, khususnya ketika hujan dan pada waktu malam, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni, di talian 019-809 5133.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/feed/ 0 88981
Remaja lelaki maut motosikal ditunggang bertembung bas sekolah https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/ https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/#respond Tue, 15 Oct 2024 07:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62257
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima makluman berkenaan satu kes kemalangan maut berlaku di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan melibatkan bas sekolah dengan motosikal itu pada jam 1.45 petang kelmarin (14 Okt).

“Pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan maut telah berlaku di Jalan Kampung Kalabakan yang melibatkan sebuah bas sekolah telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berumur 19 tahun.

“Penunggang motosikal terperosok di bawah bas berkenaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, pemandu bas sekolah yang berumur 37 tahun dari arah Kampung Kapilit menuju ke Kalabakan, apabila melalui jalan berselekoh telah bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan lanjut mendapati semasa kemalangan suspek memandu bas di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai lesen memandu. Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jasmin meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/feed/ 0 62257
Remaja maut, seorang cedera terlibat kes kemalangan babit dua motosikal https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/#respond Thu, 25 Jul 2024 12:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58029
Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah motosikal yang ditunggang masing-masing di Jalan Papar Lama, Putatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ada menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 5.10 awal pagi tadi (25 Julai).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua motosikal tersebut datang dari arah Penampang menuju ke Papar melalui Jalan Papar Lama dan berlaku kemalangan ketika melalui lokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal pertama seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah dijumpai di dalam lubang takungan air pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala penunggang motosikal kedua seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun mengalami cedera bahagian mata, muka dan tangan. mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/feed/ 0 58029
Anggota tentera Brunei maut, motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Tambunan https://sabahmedia.com/2024/07/21/anggota-tentera-brunei-maut-motosikal-ditunggang-terlibat-kemalangan-di-tambunan/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/anggota-tentera-brunei-maut-motosikal-ditunggang-terlibat-kemalangan-di-tambunan/#respond Sun, 21 Jul 2024 03:40:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57826
Read Time:1 Minute, 20 Second

KENINGAU: Seorang anggota Tentera Diraja Brunei maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Keningau – Tambunan pada Sabtu.

Mangsa Sarjan Mejar Mohammad Joeriman Abdul Latif, 40, warganegara Brunei itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, sebelum kejadian pada 20 Julai semalam (Sabtu), kira-kira jam 10 pagi mangsa berkonvoi bersama empat rakan masing-masing menunggang motosikal dari arah Keningau ke Sandakan bagi menyertai Event Bike Week / Bike Fest MC/MG Permotoran Asean pada 19-21 Julai 2024 di Daerah Sandakan.

“Tiba di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun telah keluar simpang dari arah Kampung Monsorulung, Tambunan memasuki jalan utama yang dilalui mangsa, mangsa cuba mengelak ke sebelah kanan jalan tetapi terlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan Hilux tersebut.

“Akibat pelanggaran itu motosikal ditunggang mangsa telah tercampak di sebelah kanan bahu jalan arah bertentangan manakala mangsa telah terjatuh dan terperosok di bawah kenderaan Hilux.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut, namun pada jam lebih kurang 2.56 petang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Keningau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Yampil, pada jam 4.52 petang, bertempat di perkarangan Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah (BSPTD) Keningau, tangkapan telah dilakukan terhadap pemandu Hilux berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/anggota-tentera-brunei-maut-motosikal-ditunggang-terlibat-kemalangan-di-tambunan/feed/ 0 57826
Penunggang, pembonceng motosikal maut akibat elak tayar gantian lori tertanggal di tengah jalan raya https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/#respond Sun, 12 May 2024 08:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54311
Read Time:1 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Dua lelaki berusia 27 dan 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu masuk ke dalam longkang akibat mengelak sebiji tayar gantian milik sebuah lori yang tiba-tiba tertanggal di tengah jalan di Kilometer 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori komersial dan dua buah motosikal yang bergerak dari arah yang sama di KM 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu berhampiran bulatan Towering, Penampang pada jam 6.30 pagi tadi (12 Mei).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada tayar gantian milik lori komersial yang sedang dipandu ke destinasinya telah tertanggal di tengah jalan lalu dilanggar oleh sebuah motosikal dan sebuah motosikal yang lain cuba mengelak kemalangan tersebut telah terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kejadian tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas di dalam longkang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala terdapat empat lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/12/penunggang-pembonceng-motosikal-maut-akibat-elak-tayar-gantian-lori-tertanggal-di-tengah-jalan-raya/feed/ 0 54311
Nenek maut selamatkan cucu dari dilanggar motosikal https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/#respond Tue, 18 Apr 2023 11:48:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33003
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seorang nenek maut dipercayai cuba menyelamatkan cucunya dari dilanggar sebuah motosikal semasa melintas jalan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman pada jam 8.55 pagi tadi (18 April) mengenai satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan UMS berhampiran Kampung Rampayan melibatkan dua orang pejalan kaki serta satu penunggang motosikal bersama pembonceng.

“Siasatan awal kejadian mendapati penunggang motosikal seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke One Borneo untuk menghantar teman wanitanya (pembonceng) ke tempat kerja.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut sedang menunggang motosikal di lorong kanan, tiba-tiba nenek dan cucunya dari arah kiri telah melintas dihadapan laluan penunggang menyebabkan tidak sempat mengelak lalu terlanggar nenek tersebut.

“Walaubagaimanapun sebelum pelanggaran berlaku nenek itu sempat menolak cucunya untuk elak daripada dilanggar.

“Nenek yang berusia 56 tahun yang dilanggar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala cucunya yang berusia sembilan tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, kesan pelanggaran tersebut juga menyebabkan penunggang dan pembonceng terbabas ke bahu kanan jalan bersama motosikal yang dinaiki.

Katanya, penunggang yang berusia 46 tahun itu turut mengalami kecederaan dibahagian kepala juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pembonceng berusia 47 tahun dan cucu yang melintas jalan tadi hanya cedera ringan dibahagian muka masing-masing dibawa ke Hospital Likas dan seterusnya ke Hospital Queen Elezabeth l (HQE1) untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kesemua pihak yang terlibat tidak disyaki mabuk. Namun spesimen milik kedua-dua mangsa yang maut akan diambil setelah bedah siasat dijalankan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/nenek-maut-selamatkan-cucu-dari-dilanggar-motosikal/feed/ 0 33003