MoU – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Jan 2022 09:17:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MoU – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga Projek Pembangunan Babit Pelaburan Lebih RM4.3 Bilion Dilaksanakan Mulai Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/#respond Tue, 18 Jan 2022 09:17:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11250
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Tiga projek pembangunan komersial berkaitan industri herba, tenaga solar dan pembinaan pusat komersial serta kediaman mewah dijangka akan dilaksanakan di Sabah mulai tahun ini.

Projek membabitkan pelaburan lebih RM4.3 bilion itu dilaksanakan secara usahasama di antara kerajaan Sabah melalui dua kementerian dan syarikat berkaitan kerjaaan negeri (GLC) dengan syarikat pelabur tempatan serta luar negara.

Usahasama pertama melalui MoU itu diusahakan menerusi kerjasama Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) Sabah dengan syarikat BorneoMed Sdn Bhd bagi pembangunan Ladang Herba Bersepadu (SIHP) dengan pelaburan bernilai RM350 juta.

MAF diwakili Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Mariana Tinggal dan disaksikan Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof manakala BorneoMed diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Fauzi dan turut disaksikan Pengarah Eksekutif syarikat Francis Sina.

Pelaburan BorneoMed termasuklah dalam teknologi komersil seperti bahan penanaman, teknologi penanaman berketumpatan dan hasil tinggi, sistem Internet Perkara (IOT), pendigitan pertanian pintar, peralatan pemprosesan komersial, sistem pergudangan serta prasarana dan kemudahan lain.

Bagi MoU kedua, ia membabitkan pelaburan bagi membangunkan kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 billion yang dimeterai antara Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sabah dengan pelabur dari China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar itu yang akan dibina sama ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) atau Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) selain akan membuka lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 80 peratus daipadanya dikhaskan untuk pekerja tempatan dan dijangka mula beroperasi pada 2024.

MoU bagi pihak MID diwakili Setiausaha Tetapnya, Thomas Logijin dan turut disaksikan Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof manakala SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Presidennya Lin Hai dan Ketua Pegawai Eksekutif SBH Kibing, Yao Xin Xi selaku saksi.

Sementara itu, bagi MoU ketiga pula dimeterai di antara Yayasan Sabah selaku cabang pelaburan kerajaan negeri dengan syarikat Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi pembangunan Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.

Projek yang merangkumi pembinaan bangunan kediaman, restoran tepi laut, pasar nelayan dan hotel mewah untuk penginapan, peranginan serta aktiviti rekreasi itu meliputi kawasan laut seluas 12.14 hektar (30 ekar) bersebelahan SICC dan dijadual siap dalam tempoh 10 tahun.

Ia dijangka menjana kira-kira 1,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan, manakala 2,000 peluang pekerjaan setelah pembangunan selesai kelak.

Yayasan Sabah diwakili oleh Pengarah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, disaksikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman manakala Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd pula diwakili oleh pengarahnya, Jameson Pias, dan disaksikan oleh Pengurus Besar Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd Timmy Gan Ve Li.

Majlis MoU bagi ketiga-tiga projek pelaburan itu dimeterai hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 dengan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/tiga-projek-pembangunan-babit-pelaburan-lebih-rm4-3-bilion-dilaksanakan-mulai-tahun-ini/feed/ 0 11250
KYS & SET Memeterai MoU Laksana Usaha Sama Lindungi Hidupan Terancam https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/#respond Fri, 10 Dec 2021 07:41:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9692
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Sabah Environmental Trust (SET) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan usaha sama sama melindungi dan mengurus spesis terancam di Kompleks Hutan Hujan Lembah Danum – Lembangan Maliau – Kanyon Imbak (DaMaI).

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar berkata, MoU itu bakal menyaksikan usaha terbaharu KYS dan SET dalam memantau dan melindungi hidupan liar terancam yang ada di Kompleks Hutan Hujan DaMaI.

Katanya, menerusi kerjasama itu, kajian akan dilakukan di Lembangan Maliau dan tertumpu kepada spesies tembadau dan gajah.

“Kajian ini akan diterajui oleh ketua penyelidik yang juga merupakan seorang pakar dalam hidupan liar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Saya berharap kajian ini akan dapat membabitkan lebih ramai lagi kakitangan KYS sama ada di peringkat pegawai atau renjer dalam melengkapkan diri mereka dengan kepakaran dan kemampuan, meningkatkan kesedaran serta pengetahuan agar pembangunan kapasiti kakitangan tetap dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangi MoU antara KYS dan SET Pelantikan Khidmat Pakar Perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SET Dr Rahimatsah Amat.

Ghulam berkata, KYS dan SET turut menandatangani dokumen pelantikan khidmat pakar perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) bagi mengukuhkan lagi kolaborasi antara dua pihak.

Katanya, pelan pengurusan strategik ini merangkumi tempoh 10 tahun dari 2023 hingga 2033.

“Selaku konsultan, SET bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat, merangka dan menyunting pelan pengurusan strategik tersebut, termasuk mengendalikan ekspedisi saintifik, serta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Semoga dengan adanya pelan strategik ini dan kajian terhadap hidupan liar di Kompleks DaMaI, maka usaha memelihara khazanah berharga kita ini akan dapat diteruskan demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/feed/ 0 9692
Sabah Bakal Mempunyai Skytrain Hubungkan LTAKK Ke UMS https://sabahmedia.com/2021/11/29/sabah-bakal-mempunyai-skytrain-hubungkan-ltakk-ke-ums/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/sabah-bakal-mempunyai-skytrain-hubungkan-ltakk-ke-ums/#respond Mon, 29 Nov 2021 09:28:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9044
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Sabah bakal mempunyai Sistem Transit Pantas (RTS) pertama dengan temeterainya satu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara WHSB Ventures Sdn Bhd (WVSB), Vizione Construction Sdn Bhd, Sycal Skycity Sdn Bhd dan Guangcai China (M) Sdn Bhd.

Menerusi MoU itu, projek bernilai billion ringgit itu akan melihat perkhidmatan Skytrain menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) melalui kawasan pusat bandar.

Wakil empat syarikat hari ini telah berjaya memeterai MoU bagi menerokai pelaksanaan projek berkenaan.

“Objektif MoU ini adalah bagi mewujudkan kerjasama formal dan kerjasama berkaitan dengan penyediaan serta pelaksanaan projek.

“Kerjasama ini akan membawa kepada perbincangan diperingkat akhir iaitu persetujuan yang mengikat kerjasama diantara semua pihak,” kata WVSB Sdn Bhd dalam satu kenyataan disini selepas Majlis MoU itu di sini, hari ini.

Katanya, projek mega itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dimana fasa pertama melibatkan bahagian pertama Skytrain dan juga 64 hektar pembangunan campur komersial untuk dibangunkan sepanjang Teluk Likas.

“Fasa pertama Skytrain akan melibatkan laluan sejauh 10.5 kilometer (KM) dari LTAKK ke pusat bandar dan juga pembangunan campur yang dikenali Jesselton New City.

“Bagi fasa pertama ini, Skytrain akan dibina dalam tempoh masa tiga tahun dengan jangkaan kos hampir RM1 bilion dan ia akan dijana oleh sekumpulan pelabur.

“Skytrain akan bermula di LTAKK melalui KK Central terminal, Terminal Gaya Street sebelum berakhir di Terminal Jesselton New City.

“Cadangan asal untuk syarikat pengurusan konsesi untuk operasi perkhidmatan Skytrain menerusi Syarikat Tujuan Khas (SPV) di mana pegangan dalam entiti itu hendaklah dalam bentuk saham percuma dan hendaklah dimiliki oleh Kerajaan Sabah. Ini akan diwujudkan pada peringkat seterusnya,” katanya.

Selain itu, Pembangunan Jesselton New City dijangka akan memakan kos bernilai RM5 bilion dan dijangka siap dalam tempoh enam tahun.

Fasa kedua Skytrain yang akan dikenali sebagai LTAKK Express Line 2 akan merangkumi laluan sejauh 15KM dari Terminal Pusat Jesselton ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, UMS dan berakhir di Pusat Komersial Alamesra dan kawasan perumahan.

LTAKK Express Line 2 dijangka memakan kos bernilai RM1.425 bilion dan akan dilaksanakan menerusi Inisiatif Kewangan Swasta (PFI).

Hadir sama menyaksikan MoU berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/sabah-bakal-mempunyai-skytrain-hubungkan-ltakk-ke-ums/feed/ 0 9044
MoU Kerajaan Pusat & PH Jadi Sejarah Politik Negara https://sabahmedia.com/2021/09/15/mou-kerajaan-pusat-ph-jadi-sejarah-politik-negara/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/mou-kerajaan-pusat-ph-jadi-sejarah-politik-negara/#respond Wed, 15 Sep 2021 02:23:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6338
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) menjadi satu sejarah dalam politik di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia juga mampu menangani masalah pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi menerusi pendekatan kerjasama ‘dwipartisan’.

“Apa yang lebih penting rakyat perlu menang dan keluar dari masalah pandemik COVID-19. Ekonomi dan pendapatan rakyat juga akan mampu dipulihkan selepas ini.

“MoU ini juga dilihat bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong seperti di dalam ucapan baginda ketika merasmikan persidangan Parlimen Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, MoU yang dimeterai ini juga dilihat turut disambut baik pihak PH ketika kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah diabsahkan.

Katanya, semangat MoU ini perlu dilaksanakan dengan sebaiknya khususnya membabitkan hal ehwal rakyat, pemerkasaan institusi Parlimen serta perkara-perkara yang terkandung menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang turut menyentuh negeri Sabah.

“Ini juga dilihat dilihat sebagai satu berita baik menjelang sambutan Hari Malaysia Khamis ini dimana negeri ini menjadi tuan rumah.

“Semoga kita sebagai Keluarga Malaysia berjaya mengeluarkan negara ini khususnya Sabah dari isu-isu pandemik COVID-19 yang telah hampir dua tahun membelenggu negara kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/mou-kerajaan-pusat-ph-jadi-sejarah-politik-negara/feed/ 0 6338